20 Disember 2011 (Rabu), penerbangan Malaysia Airlines MH154 meninggalkan lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2359 menuju ke Dubai. Penerbangan mengambil masa 7 jam merentasi lautan Hindi dan tiba jam 0300 di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Terminal 3. Lapangan Terbang yang terbesar di dunia.
Lapangan Terbang yang sibuk, pegerakan di emegresen juga agak pelahan. Kelebihannya Dubai adalah negara yang agak mudah untuk dimasuki. Pengunjung tidak perlu mengsi apa-apa borang di lapangan terbang. Cukup dengan passport sahaja. Lain-lain akan diuruskan oleh pegawai emergresen.
Memandangkan keputusan untuk ke Dubai dibuat agak tergesa-gesa, dengan persetujuan rakan sembang yang telah dikenali lebih 5 tahun lepas untuk menumpang beberapa hari. Panda segera membeli tiket. Keputusan ini di ambil kerana Malaysia Airlines akan menamatkan perkhidmatannya ke laluan Kuala Lumpur -Karachi- Dubai-Damam pada Januari 2012. Walaupun perancangan awal adalah sekitar March 2012 untuk panda berkunjung ke sini. Laluan Kuala Lumpur - Johannesburg-Cape Town- Buenos Aires juga akan di tutup dalam tempoh yang sama. Panda tidak sempat untuk menikmati laluan ini.
Suhu di Dubai sekitar 16C hingga 22 C, lebih sejuk berbanding Perth yang panda kunjungi Oktober lepas. Perjalanan dari Lapangan Terbang ke Burj Residences hanya mengambil masa 30 minit dengan cajnya UAE Dirham DHS47 aka RM41. Tukaran asing pada waktu panda ke sini sekitar DHS100=RM90.
Lokasi penginapan adalah strategik, kedudukannya hanya seperjalanan 10 minit ke Dubai Mall, salah satu gedung membeli belah terbesar di dunia, mempunyai pelbagai jenama terkemuka dan ada aquarium yang hebat di tengah tengahnya yang mengisi ikan-ikan laut. Di sebelahnya terdapat Souk Al Bahar yang dibina sebegitu rupa untuk mengekalkan tradisi bangunan Arab dan juga icon utama iaitu bangunan tertinggi di dunia buat masa ini dan beberapa tahun yang akan datang iaitu Burj Khalifa. Bangunan setinggi 828 meter ini amat mempersonakan. Tidak puas mata memandang. Di sekitar ni juga terdapat beberapa hotel hebat seperti the Palace, the Address Dubai Mall, The Address Downtown Hotel, Ramada Hotel dan lain-lain.
Pengangkutan awam adalah bas RTA dari Dubai Mall, Metro (seperti LRT di Malaysia) Dubai Mall/Burj Khalifa, dan juga teksi yang pelbagai jenis. Jadi pengunjung boleh ke mana-mana destinasi dari Burj Khalifa ini ke lain-lain bahgian di Dubai. Memandang Burj of Dubai juga pun sudah terpengun. Apatah lagi melihat persembahan air pancut di Dubai Fountain setiap malam.
Dubah~ on of my must visit country.
ReplyDeleteSayangnya MAS tutup route