Hari ke 2, 22 Disember 2011 (Khamis), menggunakan metrodubai berbekalkan kad RTA bernilai EAD20 daripada Metro Burj Khalifa ke Al Rigga, katanya di sini terdapat kedai-kedai cenderamata yang lebih murah harganya. Panda tiba agak awal, banyak kedai yang belum memulakan operasi walaupun sudah jam 10 pagi. Panda ada menemui kedai yang sekiranya di Malaysia seperti kedai RM2 atau RM5 satu barang, tetapi di sini harganya tidak serangam, free magnet paling murah pun AED8.
Panda meneruskan perjalanan melalui bulatan Clock Tower. Satu iconic yang lama bagi Dubai. Panda sempat menikmati makan tengahari di Deira City Centre, makan Burger King sekitar AED28.
Setelah itu, Panda menyusuri Dubai Creek dari Deira city centre menuju ke Baniyas Marine Transport. Sepanjang perjalanan, Panda menikmati keindahan terusan ini. Ia menjadi pelabuhan tradisional bagi penduduk tempatan dan di penuhi dengan Dhow tradisional. Tetapi pekerjanya adalah terdiri dari warga Pakistan yang memakai pakaian tradisional Pakistan. Kita akan berasa selamat walaupun berjalan seorang diri di sini.
Dari Baniyas Marine Transport, panda menaiki feri ke Dubai Old Souk, kosnya pergi balik AED6 sahaja. Dubai Old Souk ini antara pasar yang terawal di Dubai. Sangat Tradisional tetapi di penuhi dengan kain-kain dan pakaian daripada India dan Pakistan. Anda tidak akan menrasa diri anda di Timur Tengah kecuali seperti di Pakistan bila ke sini.
Di sini juga terdapat Dubai Fort & Museum. Anda boleh berjalan kaki dari terminal Old Souk ke sini. Di sekitar sini juga terdapat kedai-kedai yang menjual cenderamata tempatan yang agak murah berbanding di pusat bandar baru. Cuma perhatikan kedai-kedai seperti kedai RM2 di Malaysia.
Dari Museum, panda ke terminal feri Bur Dubai, memandangkan tiket feri panda hilang, panda mencuba menaiki perahu dengan kos EAD1 ke Deira Old Souk. Di sini banyak menjual rempah ratus Timur Tengah. Dari ini Panda berjalan kaki menuju Metro Baniyas. Dari situ menukar haluan ke Union dan terus ke Metro Burj Khalifa. Hanya rehat di rumah pada malamnya.
Hari 3, 23 Januari 2012 (Jumaat), perkhidmatan metro hanya di mulakan selepas solat Jumaat iaitu jam 1:30 petang. Panda hanya berada di Dubai Mall pada tempoh itu. Sekitar jam 2.00 petang panda menuju ke Dubai Festival City dengan menggunakan laluan Metro Burj Khalifa ke Emirates Metro Station. Dari situ panda menaiki bas ke Dubai Festival city.
Tujuannya hanyalah ingin ke Hard Rock Cafe Dubai. Harganya, lebih tinggi berbanding dengan Hard Rock Hong Kong. Di sini juga terdapat butik Ferari dan jenama-jenama terkenal lainnya. Sama seperi di Dubai Mall. Dapatlah panda membeli t-shirt Hard Rock Cafe Dubai debgab harga AED92.
Petangnya panda terpaksa menaiki teksi ke Emirates kerana kad metro tidak mencukupi kreditnya. Bagusnya di sini pengangkutan awamnya adalah cekap dan orangnya juga mesra. Pemandangan waktu petang di Dubai Creek juga menawan dengan berlatar belakangkan bangunan-bangunan tinggi di Jameira.
Salam, nice info, we are looking forward to...thanks for info.
ReplyDelete