Monday, October 26, 2009

Orkid?

New Folder

Hari minggu lepas jadual akan penuh, Sabtu (24.10.2009) Panda ada taklimat dengan Dewan Perniagaan Melayu Malysia (DPMM) Perak. Lebuh weekend Panda yang cadangnya nak ke Lost World of Tambun dengan rerakan pejabat. Sudah hampir dua tahun di Ipoh, tapi belum berkesempatan lagi untuk mengunjungi tempat menarik di sekitar. Jangan jadi macam di Seremban dah lah. Muzium Negri pun tidak sempat pergi.

PA256899

PA256907

Ahad (25.10.2009), selepas makan ikan kembung bakar bersama ulam-ulaman dan sambal tempoyak, Panda sempat singgah di Pameran Orkid (Jual pun ada) di Dataran MBI anjuran Persatuan Orkid Perak. Walaupun boothnya tidaklah banyak, tetapi orkid yang dipamerkan memang menarik dan cantik-cantik. Terpersona seketika. Nasib baik Panda bukanlah jenis rajin menjaga, sudah tentu Panda pun nak jadikan Hobi menternak orkid ni.Tapi Panda suka tengok jer..

PA256924

PA256937

Katanya, dalam minggu yang terhampir akan ada satu lagi pameran orkid yang lebih besar di Dataran MBI, jadi tunggu lah. 07.11.2009 ni Hot Jem nak buat persembahan di tempat yang sama, tapi Panda akan ke Kelantan pada tarikh tersebut. Tak dapat nak join lah...

Thursday, October 22, 2009

Cerita Habis Raya

PA216857



Syawal telah selamat meninggalkan kita, entah tahun depan sempat lagi atau tidak Panda berjumpa Ramadhan dan Syawal lagi. Hidup mesti diteruskan walaupun apa yang terjadi sehingga nyawa di kerongkong.

My creation

Semalam, Panda sempat ke Daerah Batang Padang, bagi menguruskan tempahan hari keluarga di Sungai Klah Hot Spring, bila dah buat bayaran deposit, baru dimaklumkan bahawa kolam 'sotong' ataupun kolam air sejuknya ditutp selama 10 hari bermula 09-29.10.2009. Ini menimbulkan kekecewaan seketika bagi yang mempunyai anak. Setelah perbincangan panjang lebar dan kuasa atas kuasa. Program ditangguhkan pada 01.11.2009, jadi kepada yang kelapangan, boleh jumpa Panda di sana.

Thursday, October 15, 2009

Cerite Selepas raya

PA116692


Sedar atau tidak, hari ini sudah masuk 25 Syawal 1430 hijrah. Masih ada lagi jemputan rumah terbuka walaupun tidak segalak 2-3 minggu sudah. Panda pun dah tak berapa larat untuk menikmati kuih-muih yang telah hampir expired yang dihidangkan kepada tetamu. Panda lebih suka makanan yang malar segar berbanding kuih-muih kebaratan yang di simpang sehingga ke hari raya tahun hadapan.

My creation

Dalam minggu ini, Panda telah ke Hulu Perak (12.10.2009) dan Taiping (14.10.2009) untuk seminar dan kursus keusahawanan. Memberi sedikit padangan dan membentang kertas kerja (?). Pada hujung minggu sempat menghadiri 3 majlis perkahwinan. Semua atas undangan yang tidak dapat ditolak. Walhal Panda bukanya suka sangat pergi tempat ramai-ramai orang ni.
Minggu lepasnya (07.10.2009) Pejabat panda juga mengadakan progam pejabat terbuka dan (08.10.2009) Anugerah Penyewa & Premis di Hill city. Bunyinya Ala-ala BZZ gituw.

PA086583

Agak lama Panda tidak mengemas kini blog ini, ini kesan dari kehadiran Facebook yang lebih mudah dan senang. Lagipun tidak banyak benda yang dapat dikongsi bersama. Aktiviti mengambil gambar pun kurang. Kamera tidak dihantar servis, mula menunjukkan ragam. Jika ada kelapangan dan sesuatu yang ingin di kongsi barulah diupdate.

Monday, September 28, 2009

Cerita Raya

raya09 193

Isnin (28.09.2009) kembali betugas, walaupun telah memohon cuti untuk hari ini, dibatalkan sahaja. Cuti lama-lama pun naik buntat juga. Hari ini juga, Panda memulakan puasa di bulan syawal (puasa 6). Harap dapat dihabiskan dalam minggu ini. Minggu depan sudah penuh dengan program pejabat terbuka untuk sambutan raya. Raya kali in boleh dikatakan ala-ala 'meriah' juga, kehadiran 'Tengku' menyebabkan Panda lebih seronok kunjung-mengunjungi. Bermula 17.09.2009 (Khamis) terus dari Ipoh ke KL selepas waktu kerja. Walhal pada 16.09.2009 (Rabu) Panda berada di Hulu Perak diatas urusan kerja dan jamuan berbuka puasa di Kuarter pegawai M Hulu Perak. Selepas Solat subuh, Panda terus gerak, lewat masuk opis 2 minit dari waktu yang ditetapkan.

raya09 181

Perjalanan ke Kuala Lumpur agak mencabar, kali ini PLUS di kedua-dua hala penuh trafiknya, tetapi sempat sampai di Kuala Lumpur sekitar 9 malam. Keesokkannya jam 3 pm (18.09.2009-Jumaat). Panda dan adik bergerak dari Wangsamaju ke Kuala Rompin, Lebuhraya sesak dari Nilai-RnR Seremban,walhal hanya kerana pemandu melihat 2 bangkai kereta di RnR Seremban. Kami sampai di Kuala Rompin jam 9 malam. Sabtu (19.09.2009) dok rumah sahaja. Biasalah anak bujang balik sekali sekala... bukannya nak menolong:-P

raya09 124

bukan pemenggang mohor besar...

Pemegang Mohor Besar Raja-Raja telah mengistiharkan bahawa hari Raya puasa telah jatuh pada 20.09.2009 (Ahad), Jadi Rakyat Malaysia pun berayalah pada hari Ahad tersebut, walaupun Brunei beraya pada hari Isnin. Hari Raya pertama, Panda dan famili beraya di rumah Besan-besan yang terhampir sahaja. Petangnya Panda tido, Isnin pun Panda tak kemana-mana, tido dirumah.

raya09 088

Re-union ex-SMKR

22.09.2009 (Selasa) paginya menghadiri Re-union ex-SMKR (Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin) bacth 1990 -1994. kehadiran sekitar 6-7 orang, itupun yang ada Facebook. Terima kasih kepada FB yang merapatkan dan menemukan rakan-rakan lama dan baru. Tengaharinya terus ke Dungun Terengganu, ada Tahlil malamnya di Dungun.

raya09 111

raya09 208

Sepupu sepepeh yang berbagai warna

23.09.2009 (Rabu), Panda dijemput oleh Riju menghadiri majlis persandingan adiknya di Kampung Alor lek, Bukit Payung, sebelum itu sempat singgah di Kg. Kijing Marang. Kemudian ke Selada dan akhirnya Kg Durian Burung Kuala Terengganu. Selepas itu Panda pickup saudara di MYdin Mall, hyper market terulung di Kuala Terengganu. Sentiasa dipenuhi oleh orang ramai. Sempat juga panda Solat Magrib di Masjid Terapung Kuala Ibai.

raya09 142

Kawin Adik Riju

24.09.2009 (Khamis), Panda dan famili pulang ke Kuala Rompin, singgah seketika di Chukai- Kemaman, East Coast Mall-Kuantan, dan Bandar diRaja Pekan. Jumaatnya (25.09.2009), selepas solat Jumaat, Panda ke Endau-Johor dan petangnya pergi membeli buah duku kulit tebal di Kg. Setajam di Pianggu, Tanjung Gemuk.

raya09 220

Sabtu (26.09.2009) Selepas menikmati pulut kuning, Panda memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan singgah beraya di Rumah terbuka ahli Parlimen Kuala Pilah (Timbalan Menteri KKLW) dan rumah CT di Seremban. 27.09.2009 (Ahad) selamat tiba di Ipoh.

raya09 228

Some candid di Rumah terbuka Ahli Parlimen Kuala Pilah

raya09 231

Itulah perjalanan tanpa henti Panda sepanjang raya 2009, badan masih terasa segar, lepas ini apa pula plan Panda yerk? Nak ke Medan terpaksa ditangguhkan sebab bajut dah berada dalam keadaan kritikal, almaklumlah Goment tak bagi Bonus, Sebelum penutup tahun ini (Akhir Disember 09), InsyaALLAH ingi ke Penang untuk cuti-cuti Malaysia ...

Thursday, September 17, 2009

Salam Aidil Fitri....

PB014589


Hari ini (17.09.2009)...Mood Raya jelas terasa, Pejabat lengang, walaupun yang dalam list bercuti hanya 1 atau 2 orang, kemana agaknya mereka semua. Susulan agaknya. Selalam Panda telah berbuka puasa di Hulu nPerak, atau dengan tepatnya Gerik, dan selepas solat subuh, baru panda bergerak kembali ke IPoh. Penat juga.
Dalam kesibukan ini (atau buat-buat sibuk), Panda akan memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur bila-bila masa dari sekarang. Dengan Harapan, Panda kan dapatr ber IFTAR di hentian RnR Sungai Buluh dan bermalam di Wangsa Maju. Esok selepas SOlat Jumaat, Panda akan meneruskan perjalanan ke Kuala Rompin. Cadangan berbuka adalah di Bandar Sri Jempol atau lebih mudah didalam kereta sahaja. Begitulah Harapanya. Akan tiba di Kuala Rompin sekitar jam 8 malam.
Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari Panda untuk semua, moga dihari baik bulan baik ini, kita bermaaf-maaf satu sama lain. lupakan segala sengketa, mulakan yang baru... Jangan Gaduh-gaduh k...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com