Friday, August 16, 2013

Conquest of Europe - Cinta bersemi di Interlaken / Misi di Trummelbachfalle


2 Julai 2013, rombongan untuk ke Jungfrau terpaksa di tangguhkan kerana tempahan telah penuh. Pakej ke Jungfrau, iaitu puncak tertinggi di Swiss berharga CF151 untuk pakej berkumpulan. Ilternari hari ini telah bertukar dengan aktiviti sendiri mengikut minat dan bajet masing-masing.



Panda memilih untuk ke Trummelbachfalle atau air terjun Trummelbach. Ia adalah air terjun tertinggi di Europe di dalam gua. Kami berjalan kaki menyusuri sungai selama 45 minit untuk tiba di air terjun ini. Pemandangan di sini sangat menakjubkan dan antara lokasi semulajadi tercantik pernah panda kunjungi.







Tiket untuk memasuki gua air terjun ini adalah CF10.50. Pengunjung berpeluang menaiki lokomotif menunju ke tingkat 6 gua dan mendaki anak tangga ke tingkat 10. Anak tangga ini menyusuri aliran deras air terjun. Dari tingkat 6, pengunjung boleh memilih untuk menggunakan lokomotif atau tangga untuk turun ke pintu masuk. Pengungjung di nasihatkan memakai baju dan kasut kalis air.








Dari Trummelbachfalle, kami menaiki bas (CF3.40) untuk kembali ke Lauterbrunen. Apa yang menarik, bas ini mempunyai wifi percuma. Sempatlah panda memuat naik beberapa gambar ke Facebook. Kami berhenti di stesen keretapi Lauterbrunen untuk menuju ke Interlaken, bandar utama di kawasan ini. Tiket keretapi pergi balik berharga CF15 untuk berkumpulan melebihi 10 orang. Di Swiss, sekiranya membeli tiket atau pakej pelancungan, ada harga konsesi apabila dibeli melebihi 10 tiket.






Perjalanan ke Interlaken atau bandar antara 2 tasik ini mengambil masa 45 minit. Di bandar ini terdapat banyak kedai jam yang menjadi idaman ramai orang. Antara jemana terkenal dari Swiss adalah Tissot, Swiss Army Victorinox, Swiss Military, Swatch. Sekadar menyebut beberapa nama yang panda tahu, adalah jenama yang di pakai oleh RM.



Hujan membasahi bumi Interlaken memaksa kami untuk kembali ke Lauterbrunen walaupun panas terik pada waktu paginya.

Tuesday, August 13, 2013

Conquest of Europe - Beautiful Alps, Expensive Swiss (Cinta Berputik di Interlaken)


1 julai 2013 (isnin) - Perjalanan dari Pisa ke Lauterbrunen di Swiss Alps mengambil masa lebih 9 jam. Kami sempat singgah di 2 perhentian servis dan di Ballenberg untuk mengambil gambar berkumpulan. Kami berhenti di Stalvedro untuk solat jamak zohor/asar. Lokasi serhis ini berada di tepian gunung dan sungai aka jeram yang sangat sejuk airnya. Kami juga melalui terowong ke dua panjang di Eropah.

 



Kami tiba di Camping Shutzenbath, Lauterbrunen sekitar jam 1800, dan di hidangkan dengan nasi putih dan ayam masak lemak cili api.

Tuesday, August 6, 2013

Conquest of Europe - Campo dei Miracoli ("Field of Miracles") in Pisa

credit to Muhammad Idil Idris... show me new approach to take this pics...

30 June 2013, kami meninggalkan Tebes camp, Rome untuk menuju ke Pisa. hari ini adalah perjalanan paling singkat di antara perjalanan yang telah di lalui sebelum ini. keluar dari Rome kami singgah ke Centro Commerciale Arca, sebuah hypermarket yang berada di luar Rome.

Torre Pendete Camp, Pisa 

Kami diberi peluang untuk membeli kudapan dan makan tengahari. Hari ini makan tengahari tidak di sediakan oleh kelanaconvoy. Maka berbondong-bondong kami membeli pelbagai barangan makanan yang harganya sangat berpatutan walaupun dalam . Kami berada di sini selama 45 minit.


Kami tiba di  Torre Pendete Camp, Pisa pada jam 1530 petang. Tapak perkhemahan ini hanya 700 meter dari menara condong Pisa. Kami hanya perlu berjalan kaki ke sana. Selepas solat jamak qasar zohor/asar. Kami merendah kepanasan Pisa yang bersuhu 35C semata-mata untuk melihat tarikan utama di kota ini iaitu Piazza del Duomo.



Piazza del Duomo ("Cathedral Square") berada di dalam kubu di utara pusat bandar Pisa, Tuscany, Itali. Ia diiktiraf sebagai salah satu pusat utama untuk seni zaman pertengahan di dunia. Sebahagiannya berturap dan sebahagiannya rumput, ia dikuasai oleh empat Edifices agama besar: Duomo (gereja), Campanile (menara loceng gereja), Baptistry dan Camposanto.



Ia juga dikenali sebagai Piazza dei Miracoli ("Square Keajaiban"). Nama ini telah dicipta oleh penulis dan penyair Itali Gabriele d'Annunzio yang, dalam novelnya Forse Che si Forse Che No (1910) diterangkan persegi dengan cara ini:







Pada tahun 1987 seluruh dataran telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia dikatakan dataran (padang) rumput paling hijau dan cantik di dunia. Panda amat mengakuinya, walaupun di injak berkali-kali keadaannya masih baik berbanding padang bola di stadium terbesar Malaysia miliki.


Cenderahati juga agak berpatutan sama seperti bandar-bandar lain. Freeze magnet bermula dengan harga 1, tetapi tiada orang ingin membelinya kerana sangat tidak cantik. Panda pun tidak membelinya.


Bila berada di itali ini, terasa seperti di Petaling Street, kerana hampir 80% penjual cenderahati ini adalah Bangla yang boleh bercakap Melayu. Siap boleh tawar menawar lagi. Gunakan kebijaksanaan tuan/puan untuk mendapat harga terbaik dari bangla-bangla ini.




Malamnya, kami di hidangkan dengan kurma kambing dari Rome sebelum tidur dengan nyenyaknya. 

Saturday, August 3, 2013

Conquest of Europe - Hangatnya Rome


Kami menaiki bas di sebelah Bangunan San P.zza Pia menuju ke Stazione Centrale  Roma Termini. Bangunan ini adalah stesen keretapi utama di Rome dan menghubungkan seluruh bandar utama europe. Sempat juga kami bertemu 3 pelajar perempuan dari Alexandra Mesir yang mengembara ke seluruh eropah seperti drama 'cinta jangan pergi' itu...



Kami menikmati makan tengari di kawasan sekitar stesen ini. Terdapat banyak restoren halal di sini. Harganya juga berpatutan. Boleh menikmati nasi briani ayam atau daging dengan hanya 6 termasuk minuman.



Kami menuju ke Colosseum menggunakan metro dari stesen Temini.  Stesen Colosseo ini berada di depan P.zza del Colosseo ataupun nama popularnya Colosseum. Bangunan hebat yang berusia ribuan tahun ini.



Kami berjalan kaki menuju ke Ford Romano atau pusat pentadbiran Rome purba. Apa yang tinggal adalah puing-puing sahaja.








Tidak jauh dari Ford Romano terletaknya P.zza Venezia, pejabat presiden Mussolini yang telah di jadikan muzium. Pejabat ini adalah bangunan moden yang paling menyerlah di kota Rome.






Kami meneruskan penerokaan kota rome dengan menuju ke Pantheon, kuil bagi agama pagan Rome yang menyembah planet-planet. Kuil ini terkenal dengan kubah berlubang yang boleh menyerap cahaya bulan. Kuil ini tidak dibuka untuk orang ramai pada hari Sabtu.



Kemudian kami ke Fontana Di  Trevi, tempat paling romantik di kota Rome. Di sini terdapatnya air pancut yang menggunakan air dari sungai Tereve yang merentangi kota Rome.




P.zza di Spagna, terletaknya Spanish ledder yang menuju p.zza Trinitta Dei Monti. Tanga-tanga yang tinggi ini menuju ke gereja sepanyol.



Dari gereja ini kami berjalan lagi ke Pincio Garden yang berhadapan  Piazza Del Popolo. Dari bukit ini kami menikmati matahari terbenam di kota Rome. Jam 2030 kami bergerak pulang ke Flaminio stesen, tidak jauh dari Piazza del Popolo.



Destinasi berikutnya adalah Masjid Rome, Masjid terbesar di Eropah.  Kami sempat bertemu dengan saudara seagama dan menunaikan solat jamak maghrib-isyak di sini. Jika dari Rome, pengunjung boleh menaiki keretapi dari Flaminio ke Campi Station, masjid ini berada sebelah kiri station dari pintu keluar. Perlu berjalan dalam 10 minit untuk tiba di sini. Kami kembali ke Teber camp site jam 11 malam. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com