Saturday, January 5, 2013

Berjimba di Sumatera Utara - Masjid Raya Medan



Setelah menyepikan diri beberapa bulan dari arena pengembaraan, akhirnya panda kembali terbang ke langit walaupun hanya untuk 50 minit sahaja. Tiket telah dibeli ketika jualan "free seat" Airasia sekitar Oktober/November 2012 yang lalu. Tetapi harganya bukalah 'RM0' tiket, tetapi RM79 dah return all-in RM211. Harga ini jika dibanding dengan 'RM0" adalah lebih rendah. Mungkin kerana strategi komersial Airasia agaknya.



Penerbangan jam 0740 waktu Malaysia pada 29 Disember 2012 dan tiba pada 0740 WIB di Bindara Polonia Medan Indonesia. Panda telah disambut oleh Zidan, announcer dari radio Medan RCTI dan di bawa sarapan Lontong Acheh (?).


Perancangan hari ini adalah menuju ke Danau Toba, antara tasik gunung berapi yang terbesar di dunia, kami akan menggunakan bas wisata Paradep. Pickup point nya di depan Masjid Raya Medan. Biasanya kenderaan yang digunakan adalah van toyota Avanza. Menurut Zidan, kebiasaan harga iket adalah Rp70,000/head. Malangnya kerana sekarang adalah hari cuti umum yang panjang di Indonesia, perkhidmatan pengangkutan hanya sampai ke Siatar, 3/4 perjalanan dari Medan ke Parapat di Danau Toba. cajnya Rp40,000 seorang.


Sementara menunggu van tiba, kami mengambil kesempatan untuk ke Masjid Raya Medan yang berada di depan lokasi menunggu van kerana tiada tempoh waktu yang ditetapkan untuk van tersebut tiba. Alasanya kekurangan pengangkutan dan bilangan penunpang yang lebih tinggi atau berganda tingginya di musim cuti.




Masjid ini dibangun pada tahun1906 dan selesai pada tahun 1909. Pada awal pendiriannya, masjid ini menyatu dengan kompleks istana. Gaya arsitekturnya khas Timur Tengah,India dan Spanyol. Masjid ini berbentuk segi delapan dan memiliki sayap di bagian selatan, timur, utara dan barat - sumber wikipedia.


Sultan Ma’mum Al Rasyid Perkasa Alam sebagai pemimpin Kesultanan Deli memulai pembangunan Masjid Raya Al Mashun pada tanggal 21 Agustus 1906 (1 Rajab 1324 H). Keseluruhan pembangunan rampung pada tanggal 10 September 1909 (25 Sya‘ban 1329 H) sekaligus digunakan ditandai dengan pelaksanaan sholat Jum’at pertama di masjid ini. keseluruhan pembangunannya menghabiskan dana sebesar satu juta Gulden. Sultan memang sengaja membangun mesjid kerajaan ini dengan megah, karena menurut prinsipnya hal itu lebih utama ketimbang kemegahan istananya sendiri, Istana Maimun. Pendanaan pembangunan masjid ini ditanggung sendiri oleh Sultan, namun konon Tjong A Fie, tokoh kota medan dari etnis Thionghoa yang sejaman dengan Sultan Ma’mun Al Rasyd turut berkontribusi mendanai pembangunan masjid ini. - sumber wikipedia.



Senibina masjid ini boleh dikatakan antara yang terindah di bandingkan dengan masjid-masjid yang PERNAH panda lihat di Asia Tengara yang di bina sezamannya. Walaupun masjid in self sufficient dalam pengurusanya, ia masih berjaya mengekalkan identitinya.

Thursday, December 20, 2012

Aku sebagai posman

20122012, memakai baju batik baru dengan mengharapkan tuah darinya jika ada... Malangnya tidak seperti diharap... Setelah bersengkang amat selama 3 minggu akhirnya berakhir di bakul sampah jua karya maha agong aku...

Hampir menitik segala cecair dari rongga-rongga yang ada akibat frust yang teramat. Kesan yang amat tidak tertahan.. Posman ini melarikan diri ke perpustakaan, tetapi tertiba sahaja telefon bimbit berdering... "Hello encik! Datuk panggil, Dia nak Tanya sesuatu...."

"Ok, dah tengahari, Datuk dah lapar, kita make its short and simple... Apakah beza 1Malaysia dengan pelan strategik organisasi kita? Jawaban tidak lebih 5 minit" "ok, saya jawab untuk 1 minit sahaja..."

Sesaja test guna iPad Bloger...

Sunday, December 16, 2012

Lapar...


1:54 pagi... Tahap kelaparan tidak dapat dibendung, maka panda ke gedung simpanan butil-butil padi mencari apa bijirin yang ada. Sejak kemarau berpanjangan, bekalan makanan menjadi semakin kurang. Panda hanya menjumpai segengam gandum yang hampir luput tarikh... Ibarat cerita Ibu tua yang merebus batu untuk anak-anaknya yang kelaparan... panda merebuslah gandum menjadi air untuk mengalas perut...

Perempuan seher telah pergi betapa ke Gunung Sepi, akibat dari kecederaan teruk kesan pertarungan yang lepas. Sekian lama rakyat jelata tidak mendengar kabar berita. Katanya selama 40 tahun lenyap. Burung-burung murai telah kembali.


Tetapi tikus-tikus mondok yang menunggang serigala jadian telah keluar bermaharaja lela... mengigit butil-butil padi simpanan petani. Kesian petani-petani yang bekerja keras siang dan malam yang mencari bersuap-suap nasi. Walaupun mereka bekerja siang dan malam, semua hasil hanyalah untuk membayar ufti kepada ikus-tikus mondok sahaja.

Monday, November 26, 2012

upgrade to 3.5 version...


Diam tidak diam panda telah melepasi separuh usia, rutin kehidupan semakin ketat. Berada di ruang kecil selama 14 jam sehari kadang kala agak membingitkan. Tetapi, hari kehari panda mula menyesuaikan diri. Cuba menari megikut rentak yang di mainkan. Walaupun kerap kali terpijak kaki sendiri. Harap-harap makin cepat belajar untuk tempoh yang amat singkat ini. Semuanya tinggal dua minggu sahaja lagi bagi panda menghasilkan karya maha agung tahun 2013.


Kamera juga telah berabuk, sudah lama tidak keluar dari sarungnya, kesian... Dulu saban minggu ku kelek ke sana ke mari, seperti seperti menjauhkan diri. Ikan-ikan di kolam telah tiga kali di ganti, semuanya mati kelaparan. Sia-sia, ikan koi yang telah bersedia untuk dituai mati kebuluran tiada perhatian.


Langkah perlu di teruskan, kerana bebanan terus meningkat. Masa telaah aku hanya tinggal 4 tahun lagi, waktu untuk panda berlari dengan lebih laju. Agar tidak ketinggalan. Mungkin selepas ini tiada lagi cerita-cerita perjalanan, tetapi lebih kepada cerita-cerita kemanusiaan, jiwa yang tanpa ilustrasi. Panda harap panda tidak berubah jauh walaupun hidup panda terus berubah....

Saturday, November 10, 2012

Membawa hati ke Air Terjun Seri Mahkota


Setelah terkurung lebih tiga minggu di penjara kaca, panda berpeluang memboloskan diri pulang ke kampung halaman. Itu pun setelah perempuan seher itu terbang ke New York. Maka berlari-larian anak lah panda menunggang kaldai mencari pendekar guru di kaki Gunung Lesong .


Tempat persembunyian kali ini adalah Air Terjun Mahkota, kira-kira 54 km dari Kuala Rompin, di dalam kawasan Hutan Simpan Endau/Rompin di wilayah Pahang. Sekiranya ke taman Negeri ini, selepas melepasi pintu gerbang, maka pelahan-lahanlah menaiki dan menuruni bukit, kedudukan air terjun ini amatlah tersorok, hanya kayu penanda sahaja sebagai tanda.



Dari jalan utama, setelah di tambat akan kaldai itu, perlu berjalan kaki selama 30 minit untuk tiba ke tempat yang di tuju. Sesiapa yang beratnya melebihi 70 kilo maka akan mengalami lebih kepayahan dan keperitan. Maka hendaknya selalu bersenam-senam agak tidak ketinggalan dan menjadi habuan harimau kumbang.



Suasana yang nyaman, jambatan gantung yang hampir reput akan menjadi laluan selain tebing batu yang tersusun secara semula jadi akan di lalui. Sekiranya musim hujan, jagalah betis yang bagai buting padi itu dari menjadi santapan si pacat yang dahagakan darah setiap masa dan ketika.






Hasilnya, sangat menakjubkan. Bolehlah merendam akan diri selama 3 purnama sekiranya tidak kembang si jari kaki dengan kesejukkan air yang terjun dari celahan batu-batan itu. Bersama kita menikmati keindahnya tetapi janganlah pula membuang pampers, ipad ataupun bekasan plastik di celah-celah belahan batu yang ada, kerana itu bukan sahaja merosakan pemandangan mata tetapi alam sekitar jua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com