Saturday, November 10, 2012

Membawa hati ke Air Terjun Seri Mahkota


Setelah terkurung lebih tiga minggu di penjara kaca, panda berpeluang memboloskan diri pulang ke kampung halaman. Itu pun setelah perempuan seher itu terbang ke New York. Maka berlari-larian anak lah panda menunggang kaldai mencari pendekar guru di kaki Gunung Lesong .


Tempat persembunyian kali ini adalah Air Terjun Mahkota, kira-kira 54 km dari Kuala Rompin, di dalam kawasan Hutan Simpan Endau/Rompin di wilayah Pahang. Sekiranya ke taman Negeri ini, selepas melepasi pintu gerbang, maka pelahan-lahanlah menaiki dan menuruni bukit, kedudukan air terjun ini amatlah tersorok, hanya kayu penanda sahaja sebagai tanda.



Dari jalan utama, setelah di tambat akan kaldai itu, perlu berjalan kaki selama 30 minit untuk tiba ke tempat yang di tuju. Sesiapa yang beratnya melebihi 70 kilo maka akan mengalami lebih kepayahan dan keperitan. Maka hendaknya selalu bersenam-senam agak tidak ketinggalan dan menjadi habuan harimau kumbang.



Suasana yang nyaman, jambatan gantung yang hampir reput akan menjadi laluan selain tebing batu yang tersusun secara semula jadi akan di lalui. Sekiranya musim hujan, jagalah betis yang bagai buting padi itu dari menjadi santapan si pacat yang dahagakan darah setiap masa dan ketika.






Hasilnya, sangat menakjubkan. Bolehlah merendam akan diri selama 3 purnama sekiranya tidak kembang si jari kaki dengan kesejukkan air yang terjun dari celahan batu-batan itu. Bersama kita menikmati keindahnya tetapi janganlah pula membuang pampers, ipad ataupun bekasan plastik di celah-celah belahan batu yang ada, kerana itu bukan sahaja merosakan pemandangan mata tetapi alam sekitar jua.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com