Sepanjang perjalanan, kami melalui suasana yang menarik. Di mana tanah rata yang di hiasi dengan pemandangan bukit batu kapur dan pepohon kelapa sawit.
Keunikan Lawas adalah kerana bandarnya berda di pinggir Sungai (Tidak dipastikan sungai apa namanya). Di sini di sediakan kemudahan bot penambang yang menyeberangi perkampungan di seberang sungai. Bila di tanya penduduk tempatan katanya percuma akan tambang botnya. Bila panda tanya kepada penambang, caj yang di kenakan adalah Rm0.50 sehala, untuk tempoh masa tidak sampai 5 minit.
Hotel yang terbesar di sini adalah Hotel Sri Malaysia, bangunannya masih baru dan mempunyai bentuk yang unuk berbeza dengan lain-lain hotel Seri Malaysia sedia ada. Makan? Tidak dapat dipastikan, kerana panda tiba di sini ketika penduduk muslim masih lagi asyik meraikan hari raya, jadi kami hanya menikmati KFC sahaja di sini.
Di dalam perjalanan pulang ke Sipitang, sempat juga panda singgah ke Jambatan Gantung Batang (sungai) Lawas yang di dirikan secara usaha sama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia. Malangnya, tidak di nyatakan bila jambatan gantung ini didirikan.
No comments:
Post a Comment