Setelah sekian lama berangan untuk melawat pulau-pulau di sekitar Semporna, pada 16 Ogos 2014 hasrat ini tercapai. Itupun setelah menghadiri program rasmi di Semporna. Kesempatan berada di Sabah ini memberi peluang untuk panda menikmati keindahannya dengan lebih dekat.
Panda menempah penginapan dan pakej dari Uncle Chan, Pejabatnya berada di resort terapung Dragon Inn. Kadar caj yang di kenakan adalah RM170 untuk penginapan 2 hari 1 malam. Pakej ini termasuk perjalanan pergi balik dari Semporna, makan maximun 5 kali, penginapan dorm untuk empat orang, maximun 4 kali snorkeling di Mabul. Untuk peralatan snorkeling, sewanya adalah RM20 sehari, manakala Snorkeling di Pulau Kapalai caj tambahan sebanyak RM30.
Perjalanan selama hampir 1 jam bermula jam 8 pagi dari jeti Semporna ke Pulau Mabul, melimpasi kawasan tanaman (?) seaweed yang terkenal dan juga beting-beting pasir. Air laut di sini sangat jernih dan kaya dengan kepelbagaian biositinya.
Sempat juga ketika menunggu waktu snokeling jam 9:30 pagi, kami di jamu dengan sarapan pagi. Ketika itu juga ada penjual datang menggunakan perahu untuk menjual lobster, ketam dan udang alean. Harga lobster yang ditawarkan adalah RM60 seekor. Tidak dapat dipastikan murah atau tidak. Sesiapa berminat boleh membeli dan mengupah Resort untuk memasaknya.
Sewaktu di Kapalai, panda tidak boleh mengambil gambar, sepajag pagi hujan dengan lebatnya. Batu Karang di Kapalai lagi cantik dan besar berbanding Mabul. Ikan-ikan besar berenang dengan bebas dibawa chalet yang terdapat di sini. begitu juga dengan batu karanganya, sebegitu hampir dengan chalet terapung. Akibat hujan, perjalanan dari Mabul ke Kapalai mengamil masa hampir 1 jam. Masa untuk snokelling adalah antara 45 minit ke 1 jam. Setelah makan tengahari di Mabul, kami sekali lagi snorkeling di Mabul.
Sesiapa yang membeli pakej 'day trip' bolehlah dapat 2 kali snorkelling, selepas itu boleh menaiki bot pulang ke Semporna pada jam 4 petang. Panda meneruskan kehidupan panda di sini. Selepas checkin dan mandi. Sempat juga panda bersiar-siar di daratan pulau ini. Melihat kehidupan kampung yang terpencil dan jauh dari daratan. Orang di sini juga ramah dan comel.
Oleh kerana kesihatan panda tertiba merudum, panda sempat berada di Pulau ini 1 malam sahaja. Pagi berikutnya panda terus kembali ke tanah besar pada jam 10 pagi. Jika tidak mau sahaja panda ber-snorkelling untuk 2 kali lagi. Tambahan pulau penerbangan pulang adalah jam 8:20 malam dari Tawau ke Kota Kinabalu.
Pengalaman meneroka keindahan dasar laut di Mabul dan Kapalai amat mengujakan. Trip pulau selepas ini adalah Simpadan. Tempahan untuk ke Simpadan perlu beberapa bulan kerana kawalan bilangan kemasukan pengunjung dan keperluan permit yang lebih ketat.
This is my first time pay a visit at here and i am truly happy
ReplyDeleteto read everthing at alone place.
Take a look at my web site ... personal injury terms, ,
Murah tu! Thanks!
ReplyDelete