Setelah kembali dari Australia, panda menerima tetamu dari Penang pula. Pernacangan awal adalah mengunjungi Kundasang ataupun kaki Kinabalu. Perancangan ini terpaksa di ubah kerana hujan yang lebat telah membasahi bumi Kinabalu. Ini akan mebataskan penglihatan. Panda mengubah tentatif perjalanan ke Kudat, atau dengan lebih tepat ke Simpang Mengayau iaitu tempat terletaknya 'tip of Borneo'.
Selepas memandu hampir 2 jam, panda tertarik dengan papantanda 'rumah panjang Rungus' yang terdapat di tepi-tepi jalan selepas kota Marudu. Rumah Panjang ini terletak di kampung Bavanggazo, 98 km dari Kota Kinabalu atau 41 km dari Pekan Kudat.
Kunjungan ke sini agak berbaloi, dengan bayaran di antara RM3 ke RM5 seorang, pengunjung akan di dedahkan asal usul kaum Rungus yang berkulit putih mulus ini. Memang comel-comel orang Rungus ni. Tetapi yang berada di dalam rumah panjang mempromosikan barangan kraftangan tradisional adalah orang-orang yang veteran. Jadi jangan lah gusar kerana kunjungan kesini adalah untuk melihat kebudayaan dan keramahan warga tempatan.
Maklumat lanjut boleh berhubung dengan tourism sabah. Jika mahu lebih menyeronokan, datang pada hari keamatan. Barulah boleh melihat pesta yang lebih meriah. Tidak salah untuk singgah seketika di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Kudat.
No comments:
Post a Comment