Monday, December 8, 2014

Taiwan... 29th


Jam 0610, kkia terminal 2, penerbangan AK208 menuju ke Taipei Taiwan. Ini adalah antara penerbangan terawal yang pernah panda gunakan. Perancangan untuk ke Taipei bermula bulan June lagi, pada waktu itu Malaysia Airlines menawarkan harga RM586 pergi balik dari Kota Kinabalu, berbanding Airasia RM849. Tapi Ogos 2014, harga yang di tawarkan agak berbaloi, RM384 pergi balik. Harga ini terus meningkat dari hari ke hari.



Panda tiba di Taipei pada jam 0910 pagi, perjalanan mengambil masa 3 jam, zon masa Taiwan dan Malaysia adalah sama. Suhu sekitar 20-25C. Pemandangan pun jelas. Bagi tidak terputus dengan dunia luar, panda membeli simcard untuk pelancong, TWD300 untuk data tanpa had selama 5 hari dan TWD50 masa berbual. Salinan Passport diperlukan untuk pembelian ini. Kemudian panda menaiki bas bernombor 1819 dari Tousyuan airport menuju ke Taipei dengan bayaran TWD125. Perjalanan ini kan mengambil masa selama sejam. Perkhidmatan bas setiap 10 minit.



Setelah mendaftar masuk ke ezy stay hostel di jalan Xining, panda kembali ke jalan raya, matlamatnya mencari makanan untuk makan tengahari. matlamatnya adalah Muslim beef Noddles di Yanping street road, makan sup lembu bersama mee lebar, rasanya 'bolehlah' untuk orang kelaparan. Selepas tidak berjaya menghabiskan sop, perjalanan di teruskan lagi  ke Peace Park.  Di sini terletaknya Presidental Office Building dan lain-lain bangunan muzium.






Dengan tiket 24 jam untuk MRT, panda menaiki MRT menuju ke Taipei 101. Bangunan tertinggi di Taiwan dan yang ke 3 di dunia. Ini adalah Mercutanda moden bagi Taiwan. Di bawahnya terdapat gedung membeli belah yang mewah. Panda berada di sini untuk beberapa jam dan sempat mencuba iPhone 6 yang belum lagi di pasarkan di Malaysia. Terbelakang juga Malaysia dari segi teknologi untuk beberapa bulan.







Waktu maghrib di Taipei pada jam 5:30 petang, panda menaiki MRT ke Longsang Temple. Tempat ini terkenal dengan night market. Bila panda sampai di sini? Gerai-gerai baru sahaja di buka. Tumpuannya adalah gerai makanan yang pelbagai dengan makanan tempatan. Sehinggakan ia mengeluarkan satu bau yang kurang menyenangkan. Tiada apa yang dapat di beli di sini. Panda kembali ke  Ximen. Rupanya cimen lagi meriah pada waktu malamnya. Ximen adalah kawasan lepak bagi Taipei. Penuh cahaya warna warni.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com