Wednesday, December 17, 2014

Taiwan-29th.... final



Hari ke 2, sebelum tamat tambang konsesi 24 jam berharga NT180. Panda menuju ke Chiang Kai Shek memorial, di sini pejuang komitang CKS di tugukan. Terdapat dewan teater dan juga dewan konsert di sini. Monumen di sini sangat megah dengan alemen CHina yang sangat jelas.











Waktu solat Jumaat pada jam 11:30am. Panda menaiki MRT ke Daan Park. Taipei Grand Mosque terletak di sec 3, bersebelahan dengan Daan Park ini. Pada hari Jumaat ada jualan makanan halal termasuk daging dan ayam. Di sebelah masjid ada juga kedai Indonesia yang diberi nama Toko Sakura. Makanan juga agak murah, sekitar NT100 sahaja untuk ikan/ayam dan sayur.



Setelah menyelesaikan solat jumaat dengan khutbah berbahasa english, khutbah bermula jam 12:30 dan solat selesai jam 1:30pm. 





Panda menuju ke Jiannan Road station dari Daan Park station, perlu menukar MRT di Daan station. Kami ke Miramar entertainment Park. Di sini terletaknya tompuzen besar dan juga mall yang menawarkan jenama tempatan. Sempat memeli beberapa keperluan di carefor. Kami berjalan kaki ke Bein Road station semata-mata untuk menjimatkan masa konsesi ticket MRT. Dari Dazhi station kami terus kembali ke Ximen. Mencari fridge magnet atau tshirt untuk kenangan. Malangnya sangat-sangat kurang dan mahal harganya berbanding dengan Australia. Kami kembali ke hostel dengan kepenatan.










Hari 3, tiada agenda Khusus untuk hari terakhir. Melayari Internet untuk mendapatkan tambahan maklumat, Panda memutuskan untuk ke Tamsui. Sebuah perkampungan nelayan di penghujung mrt laluan Tamsui-Xiangshan atau pun laluan merah. Tamsui terletak di muata sungai. Tamsui adalah sebuah perkampungan nelayan. Banyak hasil Laut yang sehari di jual di sini. Barangan di sini murah NT10 dari Taipei. Setelah mengelilingi pelan Tamsui kami kembali ke Taipei untuk menikmati Makan tengahari di lewat petang. Malamnya kami kembali bersiar-siar di Ximen untuk menghabiskan baki NT yang dimiliki.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com