Friday, December 19, 2014

From Moscow With Love


Setelah sekian lama di dalam angan-angan akhirnya menjadi kenyataan. Akhir bulan September  2014 mendapat panggilan dari bahagian sumber Manusia untuk menghadirkan diri ke temuduga jawatan luar negara. Seperti biasa, panda tidak menolak untuk kembali ke Semenanjung secara percuma. 2 Oktober 2014, berlangsunglah temuduga seramai 28 calon. 


16 Oktober 2014 Surat perkeliling pertukaran telah di keluarkan, pada waktu itu panda dalam perjalanan dari daerah Ranau menuju ke Kota Kinabalu. Tertiba penuh whatapps ucapan taniah. Ala2 kejutan tergempar gitew... Walaupu di kehendaki melapor diri di ibu pejabat pada minggu berikutnya, sempat juga panda menangguhkan untuk tempoh seminggu. Menyelesaikan tugas-tugas yang belum selesai. Sempat mengunjungi Lahad Datu dan daerah Keningau. Bukan itu sahaja, sempat ke Taipei Taiwan seperti entri terdahulu.


Menghadiri kursus di IDFR anjuran Wisma Putra selama 2 minggu Bermuda 3 - 14 November, memohon visa di kedutaan Russia pada 10 November 2014, program understudy di ibu pejabat selama 4 minggu, dan visa di luluskan pada 2 Disember 2014. Panda dengan selamatnya terbang ke Moscow melalui London pada 12.12.14 jam 2355. Panda selamat tiba di heathrow London jam 6:30 pagi di Terminal 5, kemudian ke terminal 4 untuk menaiki penerbangan British Airways jam 10:15 pagi ke Moscow. Perjalananmengambil masa 3 jam 30 minit dan panda selamat tiba di bumi Russia pada jam 1710. Moscow dag sangat gelab pada waktu ini dengan suhu -1C.


Ahad, kami telah di bawa ke Kremblim atau lebih terkenal dengan nama red  square. Di sini juga terletaknya  chatedral terletaknya mercutanda Moscow iaitu St. Basil's cathedral.






Ini adalah sekelumit  dari Moscow, إن شاء الله akan meneroka dengan lebih lagi sepanjang tempoh berada di sini. Sekarang panda blogging dari iPhone. Maaf, kerana kesuntukan masa untuk membawa camera dan melakukan editing.

Wednesday, December 17, 2014

Taiwan-29th.... final



Hari ke 2, sebelum tamat tambang konsesi 24 jam berharga NT180. Panda menuju ke Chiang Kai Shek memorial, di sini pejuang komitang CKS di tugukan. Terdapat dewan teater dan juga dewan konsert di sini. Monumen di sini sangat megah dengan alemen CHina yang sangat jelas.











Waktu solat Jumaat pada jam 11:30am. Panda menaiki MRT ke Daan Park. Taipei Grand Mosque terletak di sec 3, bersebelahan dengan Daan Park ini. Pada hari Jumaat ada jualan makanan halal termasuk daging dan ayam. Di sebelah masjid ada juga kedai Indonesia yang diberi nama Toko Sakura. Makanan juga agak murah, sekitar NT100 sahaja untuk ikan/ayam dan sayur.



Setelah menyelesaikan solat jumaat dengan khutbah berbahasa english, khutbah bermula jam 12:30 dan solat selesai jam 1:30pm. 





Panda menuju ke Jiannan Road station dari Daan Park station, perlu menukar MRT di Daan station. Kami ke Miramar entertainment Park. Di sini terletaknya tompuzen besar dan juga mall yang menawarkan jenama tempatan. Sempat memeli beberapa keperluan di carefor. Kami berjalan kaki ke Bein Road station semata-mata untuk menjimatkan masa konsesi ticket MRT. Dari Dazhi station kami terus kembali ke Ximen. Mencari fridge magnet atau tshirt untuk kenangan. Malangnya sangat-sangat kurang dan mahal harganya berbanding dengan Australia. Kami kembali ke hostel dengan kepenatan.










Hari 3, tiada agenda Khusus untuk hari terakhir. Melayari Internet untuk mendapatkan tambahan maklumat, Panda memutuskan untuk ke Tamsui. Sebuah perkampungan nelayan di penghujung mrt laluan Tamsui-Xiangshan atau pun laluan merah. Tamsui terletak di muata sungai. Tamsui adalah sebuah perkampungan nelayan. Banyak hasil Laut yang sehari di jual di sini. Barangan di sini murah NT10 dari Taipei. Setelah mengelilingi pelan Tamsui kami kembali ke Taipei untuk menikmati Makan tengahari di lewat petang. Malamnya kami kembali bersiar-siar di Ximen untuk menghabiskan baki NT yang dimiliki.

Monday, December 8, 2014

Taiwan... 29th


Jam 0610, kkia terminal 2, penerbangan AK208 menuju ke Taipei Taiwan. Ini adalah antara penerbangan terawal yang pernah panda gunakan. Perancangan untuk ke Taipei bermula bulan June lagi, pada waktu itu Malaysia Airlines menawarkan harga RM586 pergi balik dari Kota Kinabalu, berbanding Airasia RM849. Tapi Ogos 2014, harga yang di tawarkan agak berbaloi, RM384 pergi balik. Harga ini terus meningkat dari hari ke hari.



Panda tiba di Taipei pada jam 0910 pagi, perjalanan mengambil masa 3 jam, zon masa Taiwan dan Malaysia adalah sama. Suhu sekitar 20-25C. Pemandangan pun jelas. Bagi tidak terputus dengan dunia luar, panda membeli simcard untuk pelancong, TWD300 untuk data tanpa had selama 5 hari dan TWD50 masa berbual. Salinan Passport diperlukan untuk pembelian ini. Kemudian panda menaiki bas bernombor 1819 dari Tousyuan airport menuju ke Taipei dengan bayaran TWD125. Perjalanan ini kan mengambil masa selama sejam. Perkhidmatan bas setiap 10 minit.



Setelah mendaftar masuk ke ezy stay hostel di jalan Xining, panda kembali ke jalan raya, matlamatnya mencari makanan untuk makan tengahari. matlamatnya adalah Muslim beef Noddles di Yanping street road, makan sup lembu bersama mee lebar, rasanya 'bolehlah' untuk orang kelaparan. Selepas tidak berjaya menghabiskan sop, perjalanan di teruskan lagi  ke Peace Park.  Di sini terletaknya Presidental Office Building dan lain-lain bangunan muzium.






Dengan tiket 24 jam untuk MRT, panda menaiki MRT menuju ke Taipei 101. Bangunan tertinggi di Taiwan dan yang ke 3 di dunia. Ini adalah Mercutanda moden bagi Taiwan. Di bawahnya terdapat gedung membeli belah yang mewah. Panda berada di sini untuk beberapa jam dan sempat mencuba iPhone 6 yang belum lagi di pasarkan di Malaysia. Terbelakang juga Malaysia dari segi teknologi untuk beberapa bulan.







Waktu maghrib di Taipei pada jam 5:30 petang, panda menaiki MRT ke Longsang Temple. Tempat ini terkenal dengan night market. Bila panda sampai di sini? Gerai-gerai baru sahaja di buka. Tumpuannya adalah gerai makanan yang pelbagai dengan makanan tempatan. Sehinggakan ia mengeluarkan satu bau yang kurang menyenangkan. Tiada apa yang dapat di beli di sini. Panda kembali ke  Ximen. Rupanya cimen lagi meriah pada waktu malamnya. Ximen adalah kawasan lepak bagi Taipei. Penuh cahaya warna warni.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com