Bila ke Batu Feringgi, selain pantainya, mestilah Hard Rock Hotel, pertama dan satu-satunya di Malaysia, jika Hard Rock cafe sudah ada tiga iaitu di Kuala Lumpur (Hotel Concode), Penang dan Melaka. Dimana ada Hard Rock Cafe, di situ juga ada Hard Rock Shop. Sumber pendapatan utama Hard Rock.
Panda bukanya peminat tegar Hard Rock, tetapi semenjak dua menjak ini, makin menjadi tradisi untuk panda mengumpul t-shirt jika ada berkenan. Agak berbaloi membeli t-city t-shirt jika ke Hard Dock, kerana t-shiet ini adalah signature tempatan.
Jika ke Hard Rock Shop Penang, jangan lupa memakai baju HR yang original, anada akan mendapat diskaun 10%. Di sini juga banyak memberikan tawaran menarik pembelian atas pembelian.
Pada 27 Oktober 2013, juga berlangsungnya - Treasure Of The Hard Rock Memorabilia Tour Crosses The Globe. Acara yang di jalankan di seruruh dunia oleh HR. Pelbagai aktiviti berlangsung termasuklah permainan tradisional dan Fun Run.
Setelah membelek segala t-shirt di HR shop, panda kembali ke jalan raya untuk menikmati pasar malam di sepanjang Batu Feringgi, terasa seperti berada di Phuket pula. agak menarik walaupun pengunjungnya tidak ramai. Mungkin terlalu awal agaknya.
Hari yang agak memenatkan, bangun seawal 3 pagi, menaiki bas dari Terminal Bas Bersepadu Sungai Besi jam 4 pagi ke LCCT untuk penerbangan jam 7.15 dan terus ke Taiping. Kemudian kembali ke Penang buat seketika.
Salam/Hi,
ReplyDeleteSaya Nurul, student Phd, saya tengah buat kajian berkaitan travel for blogger. Saya terjumpa blog Tuan untuk blog travel. Saya harap Tuan boleh tolong saya untuk dapatkan maklumat blogger dan blog dengan menjawab survey ni
Terima kasih sangat2 sebab sudi bekerjasama :)
Ini linknya: https://www.surveymonkey.com/s/5Y8Z5FM
memang fun lah semua tu... tumpang seronok tengok...
ReplyDeletemenarik... saya pun suka juga dengan T-shirt Hard Rock tu... :)
ReplyDeletedah lama tak singgah penang..HRH antara hotel yang best!
ReplyDeletegambar semuanya cantik2...