Wednesday, November 6, 2013

From Taiping with Love 2013

PA260073

Bila panda terfikirkan Taiping, mesti kisah cinta karya Rasyid Asmawi yang popular pada tahun 80'an dulu. Kisah cinta antara Mum dan Mat, sezaman dengan karya Fatah, Lagak A. Mahmood. Komik-komik ini banyak memperkenalkan daerah-daerah terpencil ke seluruh Malaysia. 

PA260035

Mengambil peluang lepas waktu berkursus dan memenuhi jemputan group member - Conquest of Europe June 2013 Bus #1 rules ketika di Paris Julai lepas, panda sempat singgah ke Taiping, kota cinta (betul kah?). Bandar moden pertama di Malaysia ini masih mengekalkan keharmornian alam dan ketenangan kehidupan. Terasa sangat sunyi tanpa gema kenderaan.

PA260037

PA260038

Tempat tarikan utamanya tentulah Taman Tasik Taiping, taman dengan rimbunan kehijauan dan perpohon semarak api yang menerjah ke tasik. Sangat unik dan menarik. Ada tarikan lain di Taman Tasik ini seperti Ride & Cruise yang kosnya di bawah RM25. Zoo Taiping yang menawarkan program Night Safari dan pengungjung boleh ke Bukit Larut jika berkesempatan untuk menikati kesejukan gunung.

PA260044

PA260050


PA260051

PA260054

PA2600701

Ini hanya sekelumit sahaja kisah Taiping, sebelum ini panda ada memasukan beberapa entri lain perihal Taiping ini. Banyak juga entri lain berkaitan Taiping jika di google. Sekadar berkongsi bagi mengurangkan tekanan.

1 comment:

  1. Dah lama baca blog ni tapi hari ni baru ada kekuatan untuk komen..KENAPA?..sbb TERUJA tgk taman tasik taping dengan pokok-pokok yg cantik tu...kamera yg canggih je dlm gambar yg cantik seperti ini dan juga potographer yg kreatif :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com