Thursday, November 28, 2013

Pi Tanjung Makan Nasi kandar Penang

PA270259


Final entry for Penang, same day difference entry. Saja nak polish English yang lama dah berkarat ini. Cerita kali ini masih berkisah tentang Penang yang panda jengah pada 27 Oktober yang lalu. Destinasi kali ini adalah Georgetown atau lebih dikenali dengan nama Tanjung (betul ker?).

PA270346

   
Matlamat utama adalah menikmati nasi kandar Kapitan dan juga mencari Penang Street Art, Wall Painting. Tanpa meninjau maklumat atau brocher pelancongan. kira pakat redah ajer la.

PA270332

Tempat pertama di tuju adalah Armenian Stree, di situ terdapat beberapa mural yang terkenal. Jadi panda berula di situ dan mencari-cari di sepanjang dinding yang ada. Panda hanya jumpa 3 sahaja, iaitu giant cat, budak naik basikal dan budak panjat dinding. yang lain tidak ketemu.

PA270268
PA270267

Setelah itu kami terus menyusuri kawasan Amernian street hingga ke Masjid Kapitan Keling. Keseronokannya pabila hari minggu, kawasan ini agak lengang, yang ada hanyalah pelancong-pelancong yang gairah mencari mural di kawasan ini.

PA270330

PA270306PA270276


PA270282


JIka tidak larat untuk berjalan, pengunjung bolehlah menyewa beca roda tiga dengan kadar RM30 untuk menjelajah Penang Street Art, Wall Painting at Penang, harganya berbaloi.

PA270316

Oleh kerana masa yang terhad, panda hanya berlegar-legar di sekitar Tanjung sebelum menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Penang. Walaupun penerbangan di tunda selama 2 jam. Tua di sana. Nasib baik perut kenyang.

Saturday, November 23, 2013

Senja di Hard Rock Cafe Penang

PA260196

Bila ke Batu Feringgi, selain pantainya, mestilah Hard Rock Hotel, pertama dan satu-satunya di Malaysia, jika Hard Rock cafe sudah ada tiga iaitu di Kuala Lumpur (Hotel Concode), Penang dan Melaka. Dimana ada Hard Rock Cafe, di situ juga ada Hard Rock Shop. Sumber pendapatan utama Hard Rock.

PA260199

Panda bukanya peminat tegar Hard Rock, tetapi semenjak dua menjak ini, makin menjadi tradisi untuk panda mengumpul t-shirt jika ada berkenan. Agak berbaloi membeli t-city t-shirt jika ke Hard Dock, kerana t-shiet ini adalah signature tempatan.

PA260187

PA260189

PA260194

PA260195

PA260202

Jika ke Hard Rock Shop Penang, jangan lupa memakai baju HR yang original, anada akan mendapat diskaun 10%. Di sini juga banyak memberikan tawaran menarik pembelian atas pembelian.


Pada 27 Oktober 2013, juga berlangsungnya - Treasure Of The Hard Rock Memorabilia Tour Crosses The Globe. Acara yang di jalankan di seruruh dunia oleh HR. Pelbagai aktiviti berlangsung termasuklah permainan tradisional dan Fun Run.

PA270246

Setelah membelek segala t-shirt di HR shop, panda kembali ke jalan raya untuk menikmati pasar malam di sepanjang Batu Feringgi, terasa seperti berada di Phuket pula. agak menarik walaupun pengunjungnya tidak ramai. Mungkin terlalu awal agaknya.

PA260219

PA260222

PA260224

Hari yang agak memenatkan, bangun seawal 3 pagi, menaiki bas dari Terminal Bas Bersepadu Sungai Besi jam 4 pagi ke LCCT untuk penerbangan jam 7.15 dan terus ke Taiping. Kemudian kembali ke Penang buat seketika.

Saturday, November 16, 2013

Message from Laura- 7 tips :-)


I got an email from Laura Kwan about traveler tips. So I'm share with all of you. More info, fell free to visit Gaviscon

Wednesday, November 13, 2013

Sepetang di Batu Feringgi, Penang

PA260179

Setelah selesai urusan di Taiping, panda terus kembali ke Penang, destinasi berikutnya adalah Pantai Batu Feringgi. Lokasi yang terkenal dengan pantainya yang bersih dan terdapat beberapa hotel bertaraf dunia di sini.

PA260136

Lokasi kami adalah Hotel Park Royal. Sempat juga panda menjengok biliknya, ala-ala room testing. Hotel ini berada di sebelah Holiday Inn dan tidak jauh dari Hard Rock Hotel yang baru di buka. Lokasinya agak strategik kerana berdekatan dengan pasar malam di Batu Feringgi.

PA260138

PA260155

PA260160

PA260157


Diskriminasi harga berlaku apabila menempah bilik-bilik hotel di Malaysia, tidak seperti panda belajar dalam subjek Hospitality, di Malaysia hotel lebih murah di tempah di third party services provider berbanding di laman web hotel itu sendiri. Bezanya berpuluh-puluh dan kadang kala beratus ringgit. Semakan di perbagai penyedia perkhimatan tempahan talian perlu di lakukan untuk mendapat lebih nilai wang anda. 

PA260173

PA260174

PA260186

Keadaan di Batu Feringgi lebih baik berbanding di Tanjung Bungah, pantainya lebih bersih dan tiada bau harrum dari sungai yang mengalir ke laut. Cuma kawasan mandinya agak terhad, mungkin kerana lokasi ini terkenal dengan obor-obor gergasinya. Bisa membuatkan mangsa yang terkena di hantar ke wad kecemasan. 

Wednesday, November 6, 2013

From Taiping with Love 2013

PA260073

Bila panda terfikirkan Taiping, mesti kisah cinta karya Rasyid Asmawi yang popular pada tahun 80'an dulu. Kisah cinta antara Mum dan Mat, sezaman dengan karya Fatah, Lagak A. Mahmood. Komik-komik ini banyak memperkenalkan daerah-daerah terpencil ke seluruh Malaysia. 

PA260035

Mengambil peluang lepas waktu berkursus dan memenuhi jemputan group member - Conquest of Europe June 2013 Bus #1 rules ketika di Paris Julai lepas, panda sempat singgah ke Taiping, kota cinta (betul kah?). Bandar moden pertama di Malaysia ini masih mengekalkan keharmornian alam dan ketenangan kehidupan. Terasa sangat sunyi tanpa gema kenderaan.

PA260037

PA260038

Tempat tarikan utamanya tentulah Taman Tasik Taiping, taman dengan rimbunan kehijauan dan perpohon semarak api yang menerjah ke tasik. Sangat unik dan menarik. Ada tarikan lain di Taman Tasik ini seperti Ride & Cruise yang kosnya di bawah RM25. Zoo Taiping yang menawarkan program Night Safari dan pengungjung boleh ke Bukit Larut jika berkesempatan untuk menikati kesejukan gunung.

PA260044

PA260050


PA260051

PA260054

PA2600701

Ini hanya sekelumit sahaja kisah Taiping, sebelum ini panda ada memasukan beberapa entri lain perihal Taiping ini. Banyak juga entri lain berkaitan Taiping jika di google. Sekadar berkongsi bagi mengurangkan tekanan.

Sunday, November 3, 2013

Mee Udang di Sungai Dua Butterworth


Telah lama panda tidak posting cerita berkaitan makanan. Kali ini ketika menghadiri kursus di Institut Latihan Kakitangan M di Jawi sempat juga kumpulan kami keluar untuk menikmati makanan yang terkenal di utara tanah air, iaitu mee udang. Kawasanya adalah di tepi Sungai Perai menggunakan Jalan Sungai Dua. Betul-betul di selekoh selepas jambatan Sugai Perai.




Selain mee udang, ada lagi lain-lain menu yang boleh menjadi pilihan, nak cuba mee ketam pun boleh. Harganya berdasarkan harga semasa ketam atau udang dan tambahan RM4.00 untuk mee/sepingan.



Jadi, beringatlah apabila memilih udang-udang untuk di timbang. Harganya pun berpatutan dengan rasanya. Bukan yang terbaik tetapi boleh dipertimbangkan apabila berkunjung ke sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com