Wednesday, September 26, 2012

Aku di Bumi Kiwi - Hari 5 season finale


Hari terakhir, akibat kegagalan mendapatkan coklat dengan harga berpatutan. kami terpaksa ke luar dari bandar Auckland. Cadangan yang di cadangkan lelaki berbangsa Iran pada petang berikutnya adalah di hypermarket Pak'n Save di Mt. Albert Road. Kami menunggu bas di Victoria Street. Kerana bas-bas bandar di Auckland akan melalui jalan-jalan yang berbeza berhampiran Queen Street.


Tambang yang di kenakan adalah NZD3.60 sehala. Jika ingin menggunakan bas secara berterusan boleh membeli daily pass yag berharga NZD10 dengan pemandu bas. Perjalanan ke Mt Albert Road adalah melebihi 30 minit. Kemudian kami terpaksa berjalan kaki kira-kira 2 km untuk ke Pak'n Save dari perhentian bas Mt. Albert Road.


Pak'n Save adalah rangkaian hypermarket seperti tesco ataupun Giant di Malaysia. Cuma saiznya lebih kecil. Harga yang di tawarkan adalah jauh lebih murah dari kedai-kedai biasa. Sempat kami memborong coklat buatan New Zealand yang lebih mahal berbanding buatan Australia. beza harga adalah NZD1. Tetapi rasanya lebih enak.


Kawasan Mt. Albert ini rata-rata kedainya di miliki oleh orang Asia Timur Jauh iaitu samada orang Cina, Korea ataupun Jepun. Orang-orang kulit putih  boleh di bilang dengan jari sahaja. Begitu juga di bandar Auckland, Ia di penuhi oleh orang-orang dari Asia. Kami berasa seperti di Malaysia sahaja kecuali suhu yang lebih sejuk dan bandar yang bersih.


Selesai membeli belah, kami kembali ke Auckland dan menuju ke Britomart stesen di downtown Auckland untuk mengambil bas ke Okahu Bay. Ini adalah kerana jemputan warga tempatan untuk berhari raya. Tambang bas juga stardard NZD3.60 untuk mana-mana destinasi atau per entri.


Walaupun kami terlajak untuk ke Okahu Bay, ia memberi peluang keada kami menyusur sepanjang pantai yang berlatar belakangkan bandaraya Auckland. Rumah yang di tuju berada di Orakei Domain. Aman dan tenang suasana di sini walaupun tidak jauh dari pusat bandar Auckland.







Pn Zaida Ahmad telah berkahwin dengan warga tempatan. Banyak yang di kongsi bersama bagaimana pengalamannya yang pada asalnya datang bercuti di Auckland, bekerja sebagai pemetik kiwi dan berkahwin di sini. Beliau juga berasal dari Kedah.




Setelah kenyang menjamu selera, kami di bawa berjalan-jalan sekitar Okahu Bay. Sepanjang jalan pantai itu terdapat tempat menarik seperti aquarium KellyTarlton's dan juga restoren Hammerhead yang menyediakan menu makanan laut ala New Zealand. Semuanya di kenakan bayaran.




Tempat yang paling menarik di sini adalah Micheal Joseph Savage Momerial, Tugu peringatan Perdana Menteri Pertama dari Labour Party New Zealand. dari bukit ini pengunjung boleh melihat Auckland dengan lebih jelas dan cantik.


Sekembalinya ke Auckland, kami sempat menghabiskan NZD yang ada untuk membeli tandamata dan T-shirt di sepanjang Queen Street. Bas ke Airport ada setiap 10 minit di antara 7.00 pagi hingga 7.00 petang, selepas itu sekitar 30 minit satu. Pengunjung boleh menunggu di perhentian bas di Queen Street. Tiketnya adalah NZD16 sehala.




Memandangkan tempoh kontrak panda ngan Malaysia Airlines juga hampir tamat. Kunjungan ke New Zealand mungkin menjadi kunjungan terakhir panda menggunakan kemudahan penerbangan Malaysia Airlines.Pada masa akan datang, akan di fikirkan kemudian. 

2 comments:

  1. kejap je pegi...x puasnya. south island sememangnya lagi cantikkk! hehehe.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Menarik.

    Saya juga sama macam Danny kejap je pergi ke Auckland...tak tahu bila ada rezeki ke sana.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com