Friday, September 21, 2012

Aku di Bumi Kiwi - Hari 4 (Auckland)


Seawal 7::30 pagi kami meninggalkan Rotorua menuju ke Auckland berpandukan GPS yang di sewa NZD8 sehari. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam melalui beberapa pekan dan bandar kecil Pulau New Zealand Utara bahagian tengah.


Kami sempat singgah Waihou river, di katakan salah satu sungai tertua di New Zealand. Sungai yang cantik dan bersih walaupun berada di kawasan ladang lembu dan biri-biri.




Kami melalui pekan seperti Okoroire, Tirau, Karapiro, Cambridge dan memasuki lebuhraya ke Auckland.


Sekitar jam 11 kami tiba di Auckland dan terus menuju ke Mt Eden. Antara puncak tertinggi di bandar Auckland. Di sini pengungjung boleh menikmati hampir keseluruhan bandaraya Auckland.





Setelah itu, kami ke War Museum of Auckland bersebelahan Auckland Museum. Kebanyakan kawasan di Auckland di kenakan bayaran letak kereta yang tinggi sekitar NZD4 sejam. Tempat letak kerata hanya di hadkan 1 jam sahaja untuk satu-satu masa.



Waktu telah menunjukkan jam 1:00 petang, kami ke New Market untuk makan tengahari. Di Auckland terdapat banyak restoren atau gerai Asian. Mendapatkan makanan halal juga mudah. Berhati-hati kerana perniagan Thailand atau China juga memaparkan tanda Halal tetapi mereka juga menjual daging babi.



Kadar makanan di Auckland untuk sekali makan adalah sekitar NZD10, lebih murah berbanding di Perth AUD10 untuk setiap hidangan. Cuma saiznya lebih kecil. Kawasan ini juga sesuai untuk membeli belah barangan dan jenama tempatan.



Tempoh masa yang terhad, kami terus ke Mission Bay, pantai tumpuan warga tempatan. Agak cantik tetapi tidak secantik pantai di Terengganu. Terdapat sisa-sisa batu-batu karang yang mati. Suasana agak sejuk di tepi pantai ini.


Jam 3:00 petang kami ke Nomads backpacker untuk mendaftar masuk. Bilik kami telah di naiktarafkan, NZD50 semalam ke bilik NZD90. Bilik yang kecil tetapi selesa. Kami hanya tinggal semalaman sahaja. Sebagai tetamu kali pertama mendaftar masuk, kami diberi 2 jam wifi percuma. Kadar caj wifi di Auckland agak mahal iaitu NZD5 per jam.


Kedudukan backpacker ini sangat strategik iaitu di Fort Street yang berada di persimpangan Queen Street, lokasi membeli belah di Auckland. Kemudahan pengangkutan awam juga banyak di sini termasuk bas ke Lapangan Terbang Auckland.


Selepas berehat seketika, kami menuju ke Beach Road untuk memulangkan kereta yang telah di sewa selama 4 hari. Syarat pemulangan adalah seperti waktu mengambilnya dahulu iaitu minyak separuh penuh dan bersih tanpa kecacatan. Kami telah berlegar di sekitar Auckland untuk mendapatkan tempat mencucui kereta. Kadar cucian kereta adalah NZD12 untuk cucian luar menggunakan mesin. Nasib kami baik kera penjaga pam berbangsa India banyak membantu kami dan memberi kami pinjam penyapu untuk cucian dalam. Jika tidak caj NZD25 akan di kenakan sekiranya kereta kotor.







Setelah ketiadaan kereta, kami bersiar-siar sekitar Queen Street untuk menijau harga barangan cenderamata. Harganya sangat berbeza berbanding Rotorua. Harga coklatnya 2 kali ganda berbanding di luar. Malamnya kami makan di gerai restoren Iran yang di miliki oleh orang Malaysia. 

2 comments:

  1. Salam,
    Restoren yang dikatakan halal dengan papantanda sebesar2 alam terdapat di Beijing juga...tetapi arak dan babi tetap disajikan...

    Sila baca Nota Kembara saya di:
    www.nota-kembara.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Hi. Wow menarik artikel ni... tahniah admin.


    My page Rahsia Hebat Diranjang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com