20122012, memakai baju batik baru dengan mengharapkan tuah darinya jika ada... Malangnya tidak seperti diharap... Setelah bersengkang amat selama 3 minggu akhirnya berakhir di bakul sampah jua karya maha agong aku...
Hampir menitik segala cecair dari rongga-rongga yang ada akibat frust yang teramat. Kesan yang amat tidak tertahan.. Posman ini melarikan diri ke perpustakaan, tetapi tertiba sahaja telefon bimbit berdering... "Hello encik! Datuk panggil, Dia nak Tanya sesuatu...."
"Ok, dah tengahari, Datuk dah lapar, kita make its short and simple... Apakah beza 1Malaysia dengan pelan strategik organisasi kita? Jawaban tidak lebih 5 minit" "ok, saya jawab untuk 1 minit sahaja..."
Sesaja test guna iPad Bloger...
Thursday, December 20, 2012
Sunday, December 16, 2012
Lapar...
1:54 pagi... Tahap kelaparan tidak dapat dibendung, maka panda ke gedung simpanan butil-butil padi mencari apa bijirin yang ada. Sejak kemarau berpanjangan, bekalan makanan menjadi semakin kurang. Panda hanya menjumpai segengam gandum yang hampir luput tarikh... Ibarat cerita Ibu tua yang merebus batu untuk anak-anaknya yang kelaparan... panda merebuslah gandum menjadi air untuk mengalas perut...
Perempuan seher telah pergi betapa ke Gunung Sepi, akibat dari kecederaan teruk kesan pertarungan yang lepas. Sekian lama rakyat jelata tidak mendengar kabar berita. Katanya selama 40 tahun lenyap. Burung-burung murai telah kembali.
Tetapi tikus-tikus mondok yang menunggang serigala jadian telah keluar bermaharaja lela... mengigit butil-butil padi simpanan petani. Kesian petani-petani yang bekerja keras siang dan malam yang mencari bersuap-suap nasi. Walaupun mereka bekerja siang dan malam, semua hasil hanyalah untuk membayar ufti kepada ikus-tikus mondok sahaja.
Monday, November 26, 2012
upgrade to 3.5 version...
Diam tidak diam panda telah melepasi separuh usia, rutin kehidupan semakin ketat. Berada di ruang kecil selama 14 jam sehari kadang kala agak membingitkan. Tetapi, hari kehari panda mula menyesuaikan diri. Cuba menari megikut rentak yang di mainkan. Walaupun kerap kali terpijak kaki sendiri. Harap-harap makin cepat belajar untuk tempoh yang amat singkat ini. Semuanya tinggal dua minggu sahaja lagi bagi panda menghasilkan karya maha agung tahun 2013.
Kamera juga telah berabuk, sudah lama tidak keluar dari sarungnya, kesian... Dulu saban minggu ku kelek ke sana ke mari, seperti seperti menjauhkan diri. Ikan-ikan di kolam telah tiga kali di ganti, semuanya mati kelaparan. Sia-sia, ikan koi yang telah bersedia untuk dituai mati kebuluran tiada perhatian.
Langkah perlu di teruskan, kerana bebanan terus meningkat. Masa telaah aku hanya tinggal 4 tahun lagi, waktu untuk panda berlari dengan lebih laju. Agar tidak ketinggalan. Mungkin selepas ini tiada lagi cerita-cerita perjalanan, tetapi lebih kepada cerita-cerita kemanusiaan, jiwa yang tanpa ilustrasi. Panda harap panda tidak berubah jauh walaupun hidup panda terus berubah....
Saturday, November 10, 2012
Membawa hati ke Air Terjun Seri Mahkota
Setelah terkurung lebih tiga minggu di penjara kaca, panda berpeluang memboloskan diri pulang ke kampung halaman. Itu pun setelah perempuan seher itu terbang ke New York. Maka berlari-larian anak lah panda menunggang kaldai mencari pendekar guru di kaki Gunung Lesong .
Tempat persembunyian kali ini adalah Air Terjun Mahkota, kira-kira 54 km dari Kuala Rompin, di dalam kawasan Hutan Simpan Endau/Rompin di wilayah Pahang. Sekiranya ke taman Negeri ini, selepas melepasi pintu gerbang, maka pelahan-lahanlah menaiki dan menuruni bukit, kedudukan air terjun ini amatlah tersorok, hanya kayu penanda sahaja sebagai tanda.
Dari jalan utama, setelah di tambat akan kaldai itu, perlu berjalan kaki selama 30 minit untuk tiba ke tempat yang di tuju. Sesiapa yang beratnya melebihi 70 kilo maka akan mengalami lebih kepayahan dan keperitan. Maka hendaknya selalu bersenam-senam agak tidak ketinggalan dan menjadi habuan harimau kumbang.
Suasana yang nyaman, jambatan gantung yang hampir reput akan menjadi laluan selain tebing batu yang tersusun secara semula jadi akan di lalui. Sekiranya musim hujan, jagalah betis yang bagai buting padi itu dari menjadi santapan si pacat yang dahagakan darah setiap masa dan ketika.
Hasilnya, sangat menakjubkan. Bolehlah merendam akan diri selama 3 purnama sekiranya tidak kembang si jari kaki dengan kesejukkan air yang terjun dari celahan batu-batan itu. Bersama kita menikmati keindahnya tetapi janganlah pula membuang pampers, ipad ataupun bekasan plastik di celah-celah belahan batu yang ada, kerana itu bukan sahaja merosakan pemandangan mata tetapi alam sekitar jua.
Tuesday, October 23, 2012
Tanjung Gemuk bersama anak ikan...
Cerita lama, gambar dua bulan yang sudah, sekadar mengisi kekosongan ruang waktu di kesibukkan membaca journal-journal yang sukar untuk difahami. Mentelaah dan menghadam hingga menjadi butiran-butiran intan, malangnya tidak menjadi... cuma butiran maajun sahaja yang keluar...
Tanjung Gemuk adalah sebuah pekan yang berada di sempadan Pahang dan Johor, hanya 25 km dari bandar Kuala Rompin. Apa yang menarik di sini tidak dapat di pastikan. Terdapat jeti ferri untuk ke Pulau Tioman dan hotel Sri Malaysia.
Ia di pisahkan dengan Sungai Endau dan di sebelah Johor, pekan Endau yang berada di dalam daerah Mersing tersegam dengan hebatnya. Pekan Endau lebih lama usianya berbanding Tanjung Gemuk. Di sini juga terdapatnya dataran menara jam, tetapi jam gergasinya sudah tiada di tempatnya lagi. Entah ke mana hilangnya.
Di dataran ini terdapat gerai-gerai makan yang makannannya 'so and so' tetapi suasana di muara sungai memberi nilai tambah yang menenangkan dan ceria terutamanya pada waktu malam.
Tidak di pastikan samada ada wujud gerai ikan bakar atau tidak di kawasan ini, kerana kebiasanyanya kami datang ke sini untuk menikmati nasi lemak ayam gorang atau keropok lekor goreng panas yang harganya lebih murah 50% dari Chawan Restoren tetapi lebih enak 200%.
Apa-apapun Selamat Menyambut Hari Raya Haji aka Aidil Adha buat muslimin dan muslimat... Panda nak balik ke Kuala Rompin untuk bersama keluarga, tahun ini tiada acara korban, cuma ingin lari dari keketatan waktu di kota besar ini. Tidak sabar untuk meninggalkan tanah air tercinta ini....
Sunday, October 14, 2012
Jom Bunuh Diri?
Cukup cerita mengarut minggu lepas... Pada Ahad lepas 5 Oktober 2012, akibat tahap stress telah berada di ubun-ubun, panda bersama-sama 'my toy' keluar bersama-sama. Sejak pulang dari New Zealand kami tidak dapat meluangkan masa. Biasanya kami hampir setiap minggu akan mengadakan aktiviti bagi membunuh waktu atau urusan kerja.
Walaupun niat awal panda ingin berjogging sambil menonton orang-orangan di tepi Tasik Permaisuri yang popular itu, Nasib menyebelahi panda kerana adanya program anjuran Kementrian Kesihatan bagi mengatasi gejala kemurungan yang semakin tinggi di Malaysia.
Nasib baik pengunjung ke program ini semuanya ceria, tiada insiden membunuh diri disini pada hari tersebut. Panda perlu mencari alternatif yang lebih menarik supaya tahap kemurungan dapat dikurangkan...
Sunday, October 7, 2012
Panda dan Perempuan Seher - siri 1
Al kesah satu cerita dahulu kala, adanya seorang perempuan seher yang menjadi permaisuri yang evil. Usia perempuan seher ini telah melebihi 2,000 tahun usia genapnya... Beliau di kelilingi oleh jeneral-jeneral yang berupa tikus modok yang bermuncung amat panjang. Hamba rakyatnya berkerut dahi setiap hari demi mengharapkan sesuap nasi. Cerita ini sama seperti cerita Snow white and the huntman, versi 'the twilight saga' kerana heroinnya yang tiada nafsu di mukanya adalah orang yang sama manakala cuma heronya berkerja part time sebagai 'Dewa Petir'.
Ceritanya bermula apabila panda yang sedang terbang di kayangan di panggil balik oleh 'ketua manusia' untuk kembali berkhidmat dengan alasan takut panda terbang lebih jauh hingga ke langit 7 dan mencapai kehidupan yang hakiki sebelum mereka. Dalam perjalanan pulang bagi megadap 'Ketua Manusia' panda telah tererangkap dalam taufan api hingga terpelanting di bumi perempuan seher itu.
Maka panda telah di tangkap dan di kurung di dalam keranda yag kecil. Panda tidak di benarkan membongkokkan diri tetapi hanyalah tegak semata-mata. Maka bertitahlah peremuan seher itu. "Beta tau siapa kamu, Beta telah hidup 2,000 tahun di sini, tiada siapa yang pernah menentang beta! Beta bangga dengan apa yang beta usahakan. Janganlah kamu mengubahnya... Apabila kamu di sini, tunduklah di bawah telunjuk beta". "Kamu hamba telah menjadi tawanan beta, kamu kena bangun sebelum ayam berkokok dan tidor selepas murai berkicau. Kamu tidak di benarkan keluar dari tempat ini tanpa kebenaran beta. Seluruh hidup kamu adalah untuk beta!".
Maka, tersekelian kalinya, terkurungan panda di dalam keranda kaca itu sambil melihat kegusaran rakyat jelata dan general-general yang bermuncung panjang mencari peluang untuk melarikan diri...
Sunday, September 30, 2012
Pantun Perpisahan buat Malaysia Airlines
Hampir genap setahun bersama Malaysia Airlines bagi program Cross Assignment Anjuran Talent Corp yang di warisi dari Khazanah Nasional Berhad. Program yang bermula pada 3 Oktober 2012 dan tamat secara rasminya pada 30 September 2013.
Sebuah pengalaman yang berharga buat panda dan juga rakan-rakan yang lainnya seramai 19 orang pada cycle 2012/2013 dan tambahan 6 orang dari cycle 2011/12. Kami serai 4 orang telah terpilih untuk menyertai Malaysia Airlines.
Sepanjang tempoh itu, pelbagai cerita yang wujud, tempoh 3 bulan yang pertama amat kritikal akibat perubahan budaya kerja. Sebagai pekerja sektor separa kerajaan, ini adalah kali pertama panda menyertai GLC atau di luar kerajaan sejak tamat pengajian peringkat ijazah 2001 yang lalu (dah tua panda ni).
Geng Cross Asignment Talent corp sessi 1 XA program Nov 2011
Panda di tempatkan di unit External Relations & Stakeholder Management, di Strategic Communication. Bunyi sangat menarik, dan pekerjaannya juga menarik serta orang-orang nya juga menarik... Bertemu dengan pelbagai kelompok masyarakat, dari kampung hinggalah yang berada di atas kayangan, dari laut hinggalah ke gunung. Ini mempelbagaikan rencah kehidupan panda, dan panda terbang dengan lebih jauh...
MH Pintar Day di Sekolah Kebangsaan Keruak Besut Terengganu Jun 2012
Walau apa pun, jutaan terima kasih buat teman-teman di Malaysia Airlines dan juga di cross assignment Talent corp yang menerima, membantu dan menjadi kawan sepanjang program. Semoga persahabatan ini akan kekal, hingga ke akhir hayat. akhir sekali pantun yang panda ceduk dari blog nukilan — m. Ali acmad — buat semua di Malaysia Airlines:
Berhembus bayu angin mengilir
Sejuknya sampai keujung pohon
Sambutlah salam pesan terakhir
Kusampaikan lewat untaian pantun.
Hendak menebang nibung berduri
Dibuat pagar tepi perigi
Pantun dikarang melepas diri
Entahkan bila berjumpa lagi.
Orang mentigi mengail tenggiri,
Tenggiri dijual dalam pekan
saya yang pergi memohon diri
Silap dan salah mohon dimaafkan.
Dari tungkal pergi siantan
Singgah berlabuh di kuala maras
Selamat tinggal handai dan tolan
Kita berpisah karena tugas.
Kalau tidak karena unggas
Tidaklah rusak padi disawah,
Kalaulah tidak karena tugas
Tidaklah kita akan berpisah.
Namun demikian;
Tanjung sauh di pulau bintan
Tempat berlabuh orang penyengat.
Berpisah jauh bercerai badan
Sahabat handai tetap kuingat
Gunung bintan lekuk ditengah
Sayang penyengat kubunya tiga.
Hancur badan dikandung tanah.
Budi kusanjung kuingat juga.
Bunga kemboja putih berseri
Putihnya melur diujung dahan
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi
Puji syukur dan terimakasih saya ucapkan.
Kalau menjemur papan panjang
Baik disusun tegak berdiri
Kalau lah ada umur panjang
Insya allah kita kan berjumpa lagi.
Orang memangkas pohon salam
Daunnya gugur habis ditutuh
Akhir kata penutup salam
Dipanjatkan doa , assalamualaikum
Warahmatullahi wabarakatuh.
p/s: panda tidak pandai menulis karangan curahan hati patah lagi berpuitis...
Wednesday, September 26, 2012
Aku di Bumi Kiwi - Hari 5 season finale
Hari terakhir, akibat kegagalan mendapatkan coklat dengan harga berpatutan. kami terpaksa ke luar dari bandar Auckland. Cadangan yang di cadangkan lelaki berbangsa Iran pada petang berikutnya adalah di hypermarket Pak'n Save di Mt. Albert Road. Kami menunggu bas di Victoria Street. Kerana bas-bas bandar di Auckland akan melalui jalan-jalan yang berbeza berhampiran Queen Street.
Tambang yang di kenakan adalah NZD3.60 sehala. Jika ingin menggunakan bas secara berterusan boleh membeli daily pass yag berharga NZD10 dengan pemandu bas. Perjalanan ke Mt Albert Road adalah melebihi 30 minit. Kemudian kami terpaksa berjalan kaki kira-kira 2 km untuk ke Pak'n Save dari perhentian bas Mt. Albert Road.
Pak'n Save adalah rangkaian hypermarket seperti tesco ataupun Giant di Malaysia. Cuma saiznya lebih kecil. Harga yang di tawarkan adalah jauh lebih murah dari kedai-kedai biasa. Sempat kami memborong coklat buatan New Zealand yang lebih mahal berbanding buatan Australia. beza harga adalah NZD1. Tetapi rasanya lebih enak.
Kawasan Mt. Albert ini rata-rata kedainya di miliki oleh orang Asia Timur Jauh iaitu samada orang Cina, Korea ataupun Jepun. Orang-orang kulit putih boleh di bilang dengan jari sahaja. Begitu juga di bandar Auckland, Ia di penuhi oleh orang-orang dari Asia. Kami berasa seperti di Malaysia sahaja kecuali suhu yang lebih sejuk dan bandar yang bersih.
Selesai membeli belah, kami kembali ke Auckland dan menuju ke Britomart stesen di downtown Auckland untuk mengambil bas ke Okahu Bay. Ini adalah kerana jemputan warga tempatan untuk berhari raya. Tambang bas juga stardard NZD3.60 untuk mana-mana destinasi atau per entri.
Walaupun kami terlajak untuk ke Okahu Bay, ia memberi peluang keada kami menyusur sepanjang pantai yang berlatar belakangkan bandaraya Auckland. Rumah yang di tuju berada di Orakei Domain. Aman dan tenang suasana di sini walaupun tidak jauh dari pusat bandar Auckland.
Pn Zaida Ahmad telah berkahwin dengan warga tempatan. Banyak yang di kongsi bersama bagaimana pengalamannya yang pada asalnya datang bercuti di Auckland, bekerja sebagai pemetik kiwi dan berkahwin di sini. Beliau juga berasal dari Kedah.
Setelah kenyang menjamu selera, kami di bawa berjalan-jalan sekitar Okahu Bay. Sepanjang jalan pantai itu terdapat tempat menarik seperti aquarium KellyTarlton's dan juga restoren Hammerhead yang menyediakan menu makanan laut ala New Zealand. Semuanya di kenakan bayaran.
Tempat yang paling menarik di sini adalah Micheal Joseph Savage Momerial, Tugu peringatan Perdana Menteri Pertama dari Labour Party New Zealand. dari bukit ini pengunjung boleh melihat Auckland dengan lebih jelas dan cantik.
Sekembalinya ke Auckland, kami sempat menghabiskan NZD yang ada untuk membeli tandamata dan T-shirt di sepanjang Queen Street. Bas ke Airport ada setiap 10 minit di antara 7.00 pagi hingga 7.00 petang, selepas itu sekitar 30 minit satu. Pengunjung boleh menunggu di perhentian bas di Queen Street. Tiketnya adalah NZD16 sehala.
Memandangkan tempoh kontrak panda ngan Malaysia Airlines juga hampir tamat. Kunjungan ke New Zealand mungkin menjadi kunjungan terakhir panda menggunakan kemudahan penerbangan Malaysia Airlines.Pada masa akan datang, akan di fikirkan kemudian.
Subscribe to:
Posts (Atom)