26 November, misi ke Dungun, Terengganu. misi, mengunjungi ibu saudara. Sejak beliau mendapat status 'single' panda tidak berkesempatan untuk bertemu dengan beliau. Bersemperna dengan cuti Awal Muharram kami mengambil kesempatan ini untuk kembali ke kampung halaman bertemu sahabat handai dan saudara mara.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun mengambil masa 7 jam, termasuk singgah seketika di Temerloh Pahang untuk menikmati sarapan pagi di rumah sahabat lama seketika di Arau 14 tahun lepas. Lama sudah kan? kami masih lagi bertanyakan khabar masing-masing walaupun sekian lama.
Banyak perkara yang ingin di lakukan dalam perjalanan singkat ini, walaupun pada asalnya ingin ke Kuala Terengganu untuk menonton Monsoon Cup, tetapi tidak berkesampaian, lebih rela berada di rumah dari bersesak-sesak di jalan raya dan mencari tempat letak kereta.
Keinginan yang lebih kuat adalah untuk bersama-sama dengah kariah Masjid Intan Zaharah di Dungun dalam membaca doa akhir dan awal tahun pada 26 November 2011 ini. Dapat juga bertemu dengan sahabat-sahabat lama yang sama sama menunaikan solat secara berjemaah sejak 12 tahun yang lepas. Ketika panda belajar dan bekerja di Dungun. Syahdu rasanya bila pakcik-pakcik masih ingatkan akan diri panda ini.
27 November 2011, setelah ke pasar besar Dungun, kami telah berkunjung ke pantai-pantai yang terdapat di sekitar Dungun, walaupun sekitar Jun 2011 panda telah masukan entri pantai-pantai menarik sepanjang perjalanan terdahulu. Tetapi kini panda hanya mengambil satu sahaja yang belum panda promosikan.
Musim tenkujuh telah menjelma kembali, hujan yang berlarutan sepanjang perjalanan juga agak mencemaskan. Bimbang jika banjir di tengah jalan. AlhamdulLILLAH, segalanya berjalan lancar. Semoga Panda dapat menempuh hari-hari yang mendatang dengan gembira (?). Semoga ia berterusan hingga ke liang lahat.
Cantik... Harap dapat menyinggah ke sini satu hari nanti...
ReplyDelete