From 2011-09-04 raya2011 |
Sedar tidak sedar, Syawal telah memasuki minggu ke tiga, dan pada hari ini panda baru sempat membelek kembali gambar-gambar yang di ambil ketika hari raya lepas. Tahun ini, Panda beraya di Sipitang, Sabah. Kedudukan Geografi Sipitang di Sebelah Barat Sabah dan tidak jauh dari Sempadan Serawak. Sekitar 30 km sahaja.
From New Folder |
Menyambut raya di sini tiada bezanya dengan Semenanjung, cuma kemeriahan kunjung mengunjung jelas terasa. Seperti zaman dulu-dulu. Disini mesyarakatnya berkunjung secara berkeluarga dan beramai-ramai.
From New Folder |
Dari segi makanannya pula, hampir sama sahaja, keistemewaanya adalah daging payau yang mudah didapati dan murah. Sepanjang hari raya kami hanya menikmati daging payau, udang galah segar yang besar-besar, ikan tuna dan dan sedikit ayam. Masakan ruji adalah ketupat di dalam plastik (samakan di Semenanjung?). Terdapat juga kuih tradisional seperti kalumpis (nasi yang di masak di dalam daun) dan kuih cincin.
From 2011-09-04 raya2011 |
Tempat pertemuan utama di pekan Sipitang adalah Esplanad aka esplane yang mengadap laut China Selatan. Tempat ini menjadi tempat berkumpul muda-muda dan juga keluarga. Pemandangannya juga cantik cuma airnya keruh, Ini adalah kesan Kuala Sungai Sipitang yang berhampiran dan hujan yang kerap sejak kebelakangan ini.
From 2011-09-04 raya2011 |
Sebelum hari raya, Panda sempat juga mengunjungi Pantai yang terletak di taman negeri. Kedudukan pantai ini menghadap pekan Sipitang. Sekitar 10 km dari pekannya.
From 2011-09-04 raya2011 |
Tenang di sebelah timur kerana berada di dalam teluk< tetapi agak ganas ombaknya di sebelah barat. Pada waktu kunjungan Panda ke sini, Air laut sedang pasang penuh. Di sini juga tempat popular mencari kupang bagi penduduk tempatan.
From 2011-09-04 raya2011 |
Sekadar berehat di bulan Ramadhan sebelum menyambut Syawal, di Sipitang juga baru disiapkan dengan Komplek Sukannya yang tersendiri. Sewaktu kunjungan ini. Jalan utamanya masih belum di buka. Cuma lokasinya agak jauh dari pusat bandar.
From 2011-09-04 raya2011 |
itu hanya sebahagian kecil perjalanan panda sepanjang cuti hari raya 2011, tempoh perjalanan yang panjang (KL-KK-Sipitang) banyak mempengaruhi corak perjalanan. Di tambah pula hari-hari yang singkat agak membataskan masa untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik. Mungkin trip yang berikutnya akan membolehkan panda mengunjungi lokasi-lokasi lain yang popular.
Salam Eidul Fitri, Panda. Jauh beraya bah...
ReplyDelete