Tuesday, September 20, 2011

Beraya di Lawas Serawak


From 2011-09-04 raya2011

Dalam kesibukan tidur di hari raya, panda sempat juga mengunjungi negeri terbesar di Malaysia, iaitu Serawak. Kali ini panda melepasi sempadan Sabah dan Serawak melalui pos immigresen di Sindumin. Perjalanan antara Sidumin dan lawas memakan masa sekitar 45 minit mengunakan kereta.

From 2011-09-04 raya2011


Sepanjang perjalanan, kami melalui suasana yang menarik. Di mana tanah rata yang di hiasi dengan pemandangan bukit batu kapur dan pepohon kelapa sawit.

From 2011-09-04 raya2011


Keunikan Lawas adalah kerana bandarnya berda di pinggir Sungai (Tidak dipastikan sungai apa namanya). Di sini di sediakan kemudahan bot penambang yang menyeberangi perkampungan di seberang sungai. Bila di tanya penduduk tempatan katanya percuma akan tambang botnya. Bila panda tanya kepada penambang, caj yang di kenakan adalah Rm0.50 sehala, untuk tempoh masa tidak sampai 5 minit.

From 2011-09-04 raya2011
Hotel yang terbesar di sini adalah Hotel Sri Malaysia, bangunannya masih baru dan mempunyai bentuk yang unuk berbeza dengan lain-lain hotel Seri Malaysia sedia ada. Makan? Tidak dapat dipastikan, kerana panda tiba di sini ketika penduduk muslim masih lagi asyik meraikan hari raya, jadi kami hanya menikmati KFC sahaja di sini.

From Collages

Di dalam perjalanan pulang ke Sipitang, sempat juga panda singgah ke Jambatan Gantung Batang (sungai) Lawas yang di dirikan secara usaha sama antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia. Malangnya, tidak di nyatakan bila jambatan gantung ini didirikan.

Tuesday, September 13, 2011

Beraya di Sipitang, Sabah


From 2011-09-04 raya2011
Sedar tidak sedar, Syawal telah memasuki minggu ke tiga, dan pada hari ini panda baru sempat membelek kembali gambar-gambar yang di ambil ketika hari raya lepas. Tahun ini, Panda beraya di Sipitang, Sabah. Kedudukan Geografi Sipitang di Sebelah Barat Sabah dan tidak jauh dari Sempadan Serawak. Sekitar 30 km sahaja.

From New Folder
Menyambut raya  di sini tiada bezanya dengan Semenanjung, cuma kemeriahan kunjung mengunjung jelas terasa. Seperti zaman dulu-dulu. Disini mesyarakatnya berkunjung secara berkeluarga dan beramai-ramai.

From New Folder
Dari segi makanannya pula, hampir sama sahaja, keistemewaanya adalah daging payau yang mudah didapati dan murah. Sepanjang hari raya kami hanya menikmati daging payau, udang galah segar yang besar-besar, ikan tuna dan dan sedikit ayam. Masakan ruji adalah ketupat di dalam plastik (samakan di Semenanjung?). Terdapat juga kuih tradisional seperti kalumpis (nasi yang di masak di dalam daun) dan kuih cincin.

From 2011-09-04 raya2011

Tempat pertemuan utama di pekan Sipitang adalah Esplanad aka esplane yang mengadap laut China Selatan. Tempat ini menjadi tempat berkumpul muda-muda dan juga keluarga. Pemandangannya juga cantik cuma airnya keruh, Ini adalah kesan Kuala Sungai Sipitang yang berhampiran dan hujan yang kerap sejak kebelakangan ini.

From 2011-09-04 raya2011


Sebelum hari raya, Panda sempat juga mengunjungi Pantai yang terletak di taman negeri. Kedudukan pantai ini menghadap pekan Sipitang. Sekitar 10 km dari pekannya.


Tenang di sebelah timur kerana berada di dalam teluk< tetapi agak ganas ombaknya di sebelah barat. Pada waktu kunjungan Panda ke sini, Air laut sedang pasang penuh. Di sini juga tempat popular mencari kupang bagi penduduk tempatan.

Sekadar berehat di bulan Ramadhan sebelum menyambut Syawal, di Sipitang juga baru disiapkan dengan Komplek Sukannya yang tersendiri. Sewaktu kunjungan ini. Jalan utamanya masih belum di buka. Cuma lokasinya agak jauh dari pusat bandar.


itu hanya sebahagian kecil perjalanan panda sepanjang cuti hari raya 2011, tempoh perjalanan yang panjang (KL-KK-Sipitang) banyak mempengaruhi corak perjalanan. Di tambah pula hari-hari yang singkat agak membataskan masa untuk pergi ke tempat-tempat yang menarik. Mungkin trip yang berikutnya akan membolehkan panda mengunjungi lokasi-lokasi lain yang popular.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com