Sudah 5 hari meninggalkan Makassar,kembali melalui rutin kehidupan biasa. Seawal jam 5 pagi bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Segalanya berjalan lancar. Mencari kesempatan untuk mengukuhkan foto-foto yang telah diambil memelukan masa dan perhatian yang khusus.
Panda baru selesai memuat naik foto-foto hari ke dua di Makassar, bolehlah menontonnya di flickr.com. Mungkin akan mengambil masa beberapa minggu lagi foto-foto tersebut siap di muatnaikkan ke alam siber.
Kembali ke cerita-cerita di Sulawesi Selatan. Petangnya 12 Mei 2011,Selesai di Pantai Losari, kira-kira jam 6.30 petang kami bergegas ke terminal bas yang berada 5 km dari pusat bandar. Walaupun kedengaran dekat, kenderaan di bandar-bandar utama di Indonesia sangat banyak. Kesesakan jalan raya adalah rutin, tetapi kenderaan masih bergerak. Tidak seperti di Kuala Lumpur.
Kami bisa mendapatkan tiket bas ke Toraja dengan menggunakan bas tanpa penghawa dingin, kosnya Rp65,000 sehala. Perjalanan mengambil masa 9 jam. Setelah sekian lama semenjak tahun 80'an panda tidak menggunakan bas express tanpa penghawa dingin. Barulah panda rasa bagaimana berapa dalam sauna selama 3 jam.
Toraja adalah daerah di utara Makassar, kedudukanya dikawasan penggunungan yang sejuk, lebih sejuk dari Kota Bandung. Ketika seudah memasuki kawasan Toraja, Bas tidak lagi panas sebaliknya bertukar sangat sejuk.
Maklumat dari penduduk tempatan, Toraja terkenal dengan uacara pengkebumian kematian yang unik. Satu upacara di mana sekiranya berlaku kematian, satu upacara khas sepeti pesta kan dilakukan, aktivitinya seperti penyediaan patung simati, pesta laga kerbau, kenduri yang melibatkan 24 ekor kerbau, perarakan jenazah ke gua dan penepatan jenazah di puncak-puncak gua mengikut status.
Kami turun di Kampung Alang-Alang, kedudukan kampung ini di tepi sungai yang cantik. Terdapat sebuah resort di sini yang bernama Nonongan Resort Hotel. Cantik walaupun kelihatan lama. Caj yang di kenakan adalah Rp80,000 semalam, walaupun kami check in seawal jam 6.00 pagi.
Hotel ini tidak memberi kemudahan tuala maupun air panas. Bayangkan untuk mandi di sini dengan menggunakan bair yang di tangkung di dalam tap mandi. Selepas berihat seketika, kami kembali ke jalan raya dan mendapatkan perkhidmatan motorsikal. Kami menyewa motorsikal dan di bawa ke Londa untuk melihat kuburan gua yag telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu.
Kedudukan Kuburan gua ini cuma 1.8 km dari hotel inapan kami. cuma jalannya agak kecil dan berbukit. Kadang kala menakutkan apabila melalui tepi-tepi bukit. Kedudkan kuburan gua ini di tengan kawasan kampung yang menghijau dengan sawah padi dah pohon-pohon buah-buahan.
Di Londa juga terkenal dengan lagenda pasangan kekasih yang membunuh diri akibat cinta mereka di halang, Mereka juga dikuburi di sini dan tengkorak mereka di pamerkan di lantai gua. Bayaran masuk sekitar Rp5000, tetapi untuk masuk ke gua bayaran sewa lampu adalah RP30,000 dan ikhlas untuk pemandu pelancung.
Selepas menghabiskan masa sekitar 1 jam di Londa, dan sempat melihat keunikan kerbau putih yang bernilai Rp200 juta. kami meneruskan perjalanan ke Tesuke ataupun taman rekriasi Toraja Utara. Kira-kira 3 km dari Alang-alang.
Gua di kawasan ini lebih tinggi dan di sediakan tangga untuk mendakinya, bayaran masuk hampir sama dengan Londa, cuma di sini ada di bangunkan rumah-rumah tradisional Toraja yang terkenal itu. Kuburan di sini agak tersusun berbanding Londa. Cuma di ingatkan bayaran tiket masuk untuk bukan warga negara lebih tinggi berbanding Indonesian....
Kami kembali ke Hotel setelah 3 jam melihat kuburan dan di caj Rp100,000 untuk 2 buah motor bersama pemandunya. Kami menjadi pembonceng sahaja. Akibat kelaparan kerana kawasan yang kami menginap tiada kedai makan muslim, kami ke bandar Makale yang berada sekitar 10km dari Alang-alang. Disini ada 2 masjid. di hitung cuma kurang dari 10 kedai makan muslim di sini.
Perjalanan ke Makale memerlukan 2 pengangkutan, iaitu menaiki troper Kijang dengan kos Rp4,000 seorang, kemudian angkutan Kota sebanyak Rp2,000 seorang. Jika ke sini jangan lupa mengungjungi pasar Makale untuk melihat produk tani tempatan.
Malamnya, Kami menaiki bas berhawa dingin untuk kembali ke Makassar. Tiketnya Rp80,000. Sepanjang perjalanan panda hanya tidur sahaja. Melepaskan kepenatan sepanjang hari.
wow....the pic like nat geo, like sekalee
ReplyDelete