Monday, May 23, 2011

Sulawesi Selatan - Makassar II

makassar 457

Hari ini Panda kan menghadirin Konferen bagi jawatan Panda sandangi peringkat Malaysia, ada 111 jawatan ini di seluruh Malaysia yang akan berlangsung di Hotel Istana Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam. Selamat untuk kami semua bagi mendengar pelbagai talimat dan hala tuju organisasi dari peringkat atasan Agensi hingga ke Pak Menteri. Dengar kata, bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tun Daim akan hadir memberikan ceramahnya.

monumen mandalla

Kembali ke banhagian 3  kisah perjalanan Panda ke Makassar, seronok untuk di tulis kerana rakan-rakan menunjukkan rasa hairan apabila panda menyatakan hasrat untuk ke tempat ini. Perkara utama kenapa panda memilihnya kerana tiketnya yang murah ketika panda membelinya setahun yang lalu, RM55 pergi dan balik dan juga panda memang suka pergi tempat yang orang tidak beberapa popular (di kalangan orang Malaysia). Sekurang-kurangnya panda dapat maklumat dari sumber tempatan dan bolehlah di sebar ke seluruh alam.

ngalesong beach

14 Mei 2011 (Sabtu) - Setelah ke penatan pulang dari lawatan singkat di Toraja, panda menerima cadangan untuk ke Bira di Bulukumba di Selatan Makassar. Perjalanannya 4 jam. Memandangkan panda sangat penat, panda memilih ke pantai yang lebih dekat iaitu pantai Galesong, 1 jam perjalanan menggunakan motorsikal. Ini juga dari cadangan rakan FB. Sepanjang perjalanan, kami menempuhi kampung-kampung yang cantik pemandangannya. Seperti berjalan di kampung-kampung di Terengganu. Agak mengecewakan kerana pantai Galesong berpasir hitam dan agak kurang bersih. Cuma di situ ada pusat rekriasi yang bayaran masuknya RP40,000. Panda mengambil keputusan untuk kembali ke Makassar tanpa berlengah lagi.

trans studio

Di dalam perjalanan pulang itu, kami singgah di Trans Studio. Dikatakan taman tema tertutup ini adalah di antara yang terbesar di Asia. Bayaran masuk adalah Rp100,000. Kami hanya mundar mandir di depan pintu masuk sahaja dan juga di mall yang ada di situ. Hiasan dalamannya cantik dan luas. Katanya taman tema ini di miliki oleh keluarga Kalla iaitu bekas Timbalan Presiden Indonesia penggal lepas.

Masjid Raya

Stelah menikmati makan tengahari di bandar Makassar, kami mengambil peluang bersolat di Masjid Raya Makassar. Masjid ini pernah di singgahi oleh Perdana Menteri Malaysia D.S. Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika lawatan kerjanya ke Makassar. 

jimba2

Memandangkan malam ini adalah malam libur bagi orang Makassar, kami mengelilingi kawasan tumpuan utama di sana. Antaranya Pantai Losari dan sepanjang jalan di taman-taman bandar. Panda masih kurang pandai mengambil gambar di suasana gelab, hanya ini sahaja yang agak boleh di pandang. Orang-orang muda bermain basikal.

makassar 460

Ada beberapa entri lagi bagi kisah Makassar ini, harap dapat di selesaikan sebelum panda ke Terengganu nanti. Banyak benda yang panda ingin kongsikan, tetapi ia menjadi terlalu pribadi dan akn melanggar konsep yang ada. Tuan editor pasti marah...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com