Sunday, May 29, 2011

Sulawesi Selatan - Pantai Losari

makassar 1008

Inilah entri terbanyak bagi panda untuk suatu pejalanan, bila agak lama, banyak cerita yang hampir lupa untuk dikongsi. Tambahan pula kesibukan jadual harian membuatkan masa lebih terbatas. Panda pun tidak pasti apa yang panda kejarkan. Cuma apa yang panda ingin lakukan buat masa ini dan depan, adalah menikmati hari-hari terakhir dengan penuh manafaat buat diri panda.

makassar 1044

Selepas ke Pulau Khayalan, panda mengunjungi Makassar Mall ataupun sentral, dsini banyak menjual barangan tempatan terutamanya fabrik Sutera Bugis. Harganya sekitar Rp40,000 dan ke atas. Kebijaksanaan pembeli adalah penting dalam tawar menawar.

43

Petangnya kami ke Jalan Sumbo Opuh, jalan ini terkenal dengan kedai-kedai emasnya dan juga barang cenderamata Makassar. Harga di barangan di sini lebih murah dari Pasar Sentral tetapi berharga tetap. Harga Pass katanya.

44

Menjelang senja, panda menikmati petang terakhir di Makassar dengan melihat gelagat warga tempatan di Pantai Losari. Ia bukanlan pantai sebenarnya tetai lebih kepada dataran yang dibina di pantai. Menikmati pemandangan senja memang mengasyikan di sini.

makassar 138

Di sini juga lebih kepada tempat pertemuan bag masyarakat Makassar. Cuma sekali-sekala air dari Lagoon tersebut mengeluarkan aroma yang kurang menyenangkan. Air di sini juga agak hitam . Ini boleh merosakkan mood pengungjung  terutamanya yang baru datang.

Friday, May 27, 2011

Sulawesi Selatan - Pulau Khayangan

makassar 803

Entri ke 4 kisah Makassar, hari ke 5, 15 Mei 2011 (Ahad)- Pagi-paginya kami mengunjung pasar sehari atau pasar pagi di Pantai Losari. Pelbagai aktiviti jualan di lakikan di sini pada setiap pagi  Ahad. Jika ingin menikmati makanan tradisional dengan harga yang murah, silalah kunjungi Pantai Losari di pagi Ahad. Terdapat juga aktiviti senamrobik.

khayangan island

Keadaan pagi dan petai di Pantai Losari sering saja meriah, di sini kita boleh lihat kepelbagaian wajah orang yang tinggal di Makassar. Entri tentang Pantai Losari akan di persembahkan selepas ini.

khayangan island

Selepas menikmati sarapan pagi iaitu nasi pecal dan juga bubur ayam, kami mengunjungi jeti untuk ke Pulau Khayangan. Tambang yang di kenakan adalah Rp30,000 dua hala. Memandangkan hari ini adalah hari Libur tempatan, maka penumpang ke Pulau agak ramai.

makassar 853

Menggunakan bot penambang, yang boleh memuatkan lebih 30 orang, perjalanan mengambil masa selama 30 minit dari jeti ke pulau. Kedudukan pulau ini tidak jauh dari daratan dan berada di depan pelabuhan Makassar.

41

Pulau ini hanyalah seperti beting pasir yang di tumbuhi pokok-pokok yang tidak berapa tinggi, Pasirnya putih berbanding tanah besar dan airnya sangat jernih. Terdapat chalet-chalet penginapan untuk di sewa dengan kadar berpatutan.

42

Airnya sangat jernih sehingga boleh dilihat dasarnya. Ikan-ikan yang berenang-renang agak jelas kelihatan walaupun ramai pemancing yang memangcing di restoren-restoren terapung yang di tinggalkan.

4

Setelah beberapa jam di pulau khayangan, kami melangkah pulang dengan penuh keterujaan. Keadaan pulau ini lebih baik dari pantai yang kami kunjungi pada hari sebelum itu.

makassar 965

Banyak lagi pulau pasir yang boleh di kunjungi di Makassar ini sekiranya masa mengizinkan. Antaranya adalah Pulau Lei-lei, Samolena dan khayangan. Sekiranya ingin melawat pulau-pulau ini, pengunjung perlulah menggunakan bot laju yang boleh di sewa dengan harga Rp300,000 untuk sehari.

Monday, May 23, 2011

Sulawesi Selatan - Makassar II

makassar 457

Hari ini Panda kan menghadirin Konferen bagi jawatan Panda sandangi peringkat Malaysia, ada 111 jawatan ini di seluruh Malaysia yang akan berlangsung di Hotel Istana Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam. Selamat untuk kami semua bagi mendengar pelbagai talimat dan hala tuju organisasi dari peringkat atasan Agensi hingga ke Pak Menteri. Dengar kata, bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tun Daim akan hadir memberikan ceramahnya.

monumen mandalla

Kembali ke banhagian 3  kisah perjalanan Panda ke Makassar, seronok untuk di tulis kerana rakan-rakan menunjukkan rasa hairan apabila panda menyatakan hasrat untuk ke tempat ini. Perkara utama kenapa panda memilihnya kerana tiketnya yang murah ketika panda membelinya setahun yang lalu, RM55 pergi dan balik dan juga panda memang suka pergi tempat yang orang tidak beberapa popular (di kalangan orang Malaysia). Sekurang-kurangnya panda dapat maklumat dari sumber tempatan dan bolehlah di sebar ke seluruh alam.

ngalesong beach

14 Mei 2011 (Sabtu) - Setelah ke penatan pulang dari lawatan singkat di Toraja, panda menerima cadangan untuk ke Bira di Bulukumba di Selatan Makassar. Perjalanannya 4 jam. Memandangkan panda sangat penat, panda memilih ke pantai yang lebih dekat iaitu pantai Galesong, 1 jam perjalanan menggunakan motorsikal. Ini juga dari cadangan rakan FB. Sepanjang perjalanan, kami menempuhi kampung-kampung yang cantik pemandangannya. Seperti berjalan di kampung-kampung di Terengganu. Agak mengecewakan kerana pantai Galesong berpasir hitam dan agak kurang bersih. Cuma di situ ada pusat rekriasi yang bayaran masuknya RP40,000. Panda mengambil keputusan untuk kembali ke Makassar tanpa berlengah lagi.

trans studio

Di dalam perjalanan pulang itu, kami singgah di Trans Studio. Dikatakan taman tema tertutup ini adalah di antara yang terbesar di Asia. Bayaran masuk adalah Rp100,000. Kami hanya mundar mandir di depan pintu masuk sahaja dan juga di mall yang ada di situ. Hiasan dalamannya cantik dan luas. Katanya taman tema ini di miliki oleh keluarga Kalla iaitu bekas Timbalan Presiden Indonesia penggal lepas.

Masjid Raya

Stelah menikmati makan tengahari di bandar Makassar, kami mengambil peluang bersolat di Masjid Raya Makassar. Masjid ini pernah di singgahi oleh Perdana Menteri Malaysia D.S. Najib Tun Razak semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika lawatan kerjanya ke Makassar. 

jimba2

Memandangkan malam ini adalah malam libur bagi orang Makassar, kami mengelilingi kawasan tumpuan utama di sana. Antaranya Pantai Losari dan sepanjang jalan di taman-taman bandar. Panda masih kurang pandai mengambil gambar di suasana gelab, hanya ini sahaja yang agak boleh di pandang. Orang-orang muda bermain basikal.

makassar 460

Ada beberapa entri lagi bagi kisah Makassar ini, harap dapat di selesaikan sebelum panda ke Terengganu nanti. Banyak benda yang panda ingin kongsikan, tetapi ia menjadi terlalu pribadi dan akn melanggar konsep yang ada. Tuan editor pasti marah...

Saturday, May 21, 2011

Sulawesi Selatan - Toraja

makassar 339

Sudah 5 hari meninggalkan Makassar,kembali  melalui rutin kehidupan biasa. Seawal jam 5 pagi bangun dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Segalanya berjalan lancar. Mencari kesempatan untuk mengukuhkan foto-foto yang telah diambil memelukan masa dan perhatian yang khusus.

makassar 194

Panda baru selesai memuat naik foto-foto hari ke dua di Makassar, bolehlah menontonnya di flickr.com. Mungkin akan mengambil masa beberapa minggu lagi foto-foto tersebut siap di muatnaikkan ke alam siber.

toraja

Kembali ke cerita-cerita di Sulawesi Selatan. Petangnya  12 Mei 2011,Selesai di Pantai Losari, kira-kira jam 6.30 petang kami bergegas ke terminal bas yang berada 5 km dari pusat bandar. Walaupun kedengaran dekat, kenderaan di bandar-bandar utama di Indonesia sangat banyak. Kesesakan jalan raya adalah rutin, tetapi kenderaan masih bergerak. Tidak seperti di Kuala Lumpur.

toraja1

Kami bisa mendapatkan tiket bas ke Toraja dengan menggunakan bas tanpa penghawa dingin, kosnya Rp65,000 sehala. Perjalanan mengambil masa 9 jam. Setelah sekian lama semenjak tahun 80'an panda tidak menggunakan bas express tanpa penghawa dingin. Barulah panda rasa bagaimana berapa dalam sauna selama  3 jam.

toraja2

Toraja adalah daerah di utara Makassar, kedudukanya dikawasan penggunungan yang sejuk, lebih sejuk dari Kota Bandung. Ketika seudah memasuki kawasan Toraja, Bas tidak lagi panas sebaliknya bertukar sangat sejuk.

toraja3

Maklumat dari penduduk tempatan, Toraja terkenal dengan uacara pengkebumian kematian yang unik. Satu upacara di mana sekiranya berlaku kematian, satu upacara khas sepeti pesta kan dilakukan, aktivitinya seperti penyediaan patung simati, pesta laga kerbau, kenduri yang melibatkan 24 ekor kerbau, perarakan jenazah ke gua dan penepatan jenazah di puncak-puncak gua mengikut status.

toraja4

Kami turun di Kampung Alang-Alang, kedudukan kampung ini di tepi sungai yang cantik. Terdapat sebuah resort di sini yang bernama Nonongan Resort Hotel. Cantik walaupun kelihatan lama. Caj yang di kenakan adalah Rp80,000 semalam, walaupun kami check in seawal jam 6.00 pagi.

toraja5

Hotel ini tidak memberi kemudahan tuala maupun air panas. Bayangkan untuk mandi di sini dengan menggunakan bair yang di tangkung di dalam tap mandi. Selepas berihat seketika, kami kembali ke jalan raya dan mendapatkan perkhidmatan motorsikal. Kami menyewa motorsikal dan di bawa ke Londa untuk melihat kuburan gua yag telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu.

Collages30

Kedudukan Kuburan gua ini cuma 1.8 km dari hotel inapan kami. cuma jalannya agak kecil dan berbukit. Kadang kala menakutkan apabila melalui tepi-tepi bukit. Kedudkan kuburan gua ini di tengan kawasan kampung yang menghijau dengan sawah padi dah pohon-pohon buah-buahan.

Collages32

Di Londa juga terkenal dengan lagenda pasangan kekasih yang membunuh diri akibat cinta mereka di halang, Mereka juga dikuburi di sini dan tengkorak mereka di pamerkan di lantai gua. Bayaran masuk sekitar Rp5000, tetapi untuk masuk ke gua bayaran sewa lampu adalah RP30,000 dan ikhlas untuk pemandu pelancung.

toraja6

Selepas menghabiskan masa sekitar 1 jam di Londa, dan sempat melihat keunikan kerbau putih yang bernilai Rp200 juta. kami meneruskan perjalanan ke Tesuke ataupun taman rekriasi Toraja Utara. Kira-kira 3 km dari Alang-alang.

toraja7

Gua di kawasan ini lebih tinggi dan di sediakan tangga untuk mendakinya, bayaran masuk hampir sama dengan Londa, cuma di sini ada di bangunkan rumah-rumah tradisional Toraja yang terkenal itu. Kuburan di sini agak tersusun berbanding Londa. Cuma di ingatkan bayaran tiket masuk untuk bukan warga negara lebih tinggi berbanding Indonesian....

Collages33

Kami kembali ke Hotel setelah 3 jam melihat kuburan dan di caj Rp100,000 untuk 2 buah motor bersama pemandunya. Kami menjadi pembonceng sahaja. Akibat kelaparan kerana kawasan yang kami menginap tiada kedai makan muslim, kami ke bandar Makale yang berada sekitar 10km dari Alang-alang. Disini ada 2 masjid. di hitung cuma kurang dari 10 kedai makan muslim di sini.

makassar 318

Perjalanan ke Makale memerlukan 2 pengangkutan, iaitu menaiki troper Kijang dengan kos Rp4,000 seorang, kemudian angkutan Kota sebanyak Rp2,000 seorang. Jika ke sini jangan lupa mengungjungi pasar Makale untuk melihat produk tani tempatan.

makassar 408

Malamnya, Kami menaiki bas berhawa dingin untuk kembali ke Makassar. Tiketnya Rp80,000. Sepanjang perjalanan panda hanya tidur sahaja. Melepaskan kepenatan sepanjang hari.

Wednesday, May 18, 2011

Sulawesi Selatan - Makassar I

makassar 153

11 Mei 2011 (Rabu) - Perjalanan yang dirancang sejak setahun yang lalu menjadi kenyataan. Mengunjungi Sulawasi Selatan ataupun Makassar dapat disempurnakan. Penerbangan Air Asia AK586 jam 1350 menepati waktunya. Penerbangan mengambil masa 3 jam dari LCCT di Sepang ke Bindara Sultan Hasanuddin, Ujung Padang ataupun Makassar.

makassar 131

Panda telah disambut oleh Farid Fahmi, di Lapangan terbang dan terus di bawa ke Bandaraya Makassar yang terletak lebih kurang 30 minit perjalanan. Waktu di Makassar sama seperti Malaysia, tetapi waktu gelabnya lebih awal seperti berada di Sabah. Panda tiba jam 1650 dan selesai urusan immergresen sejam kemudian. Panda menginap di Wisma Legend di Jalan Jampia dengan kos Rp125,000 atau RM44.60 (Tukaran asing RM355=Rp1 juta).

blog9

Malamnya, Fahmi telah membawa panda menikmati nasi goreng di tepian jalan, agak enak dengan harga Rp10,000. Berbaloi kerana ada ayam, telur goreng, acar dan nasi yang kuantitinya banyak. Kenyang Bangat Panda malam itu...

Collages30

Hari berikutnya, kami telah ke Fort Rotterdam, Kubu yang di bina oleh Sultan Gowa, kemudian di ambil alih oleh Belanda dan Jepun mengikut era penjajahan. Seni binanya banyak mengikut seni bina Belanda.

Collages31

Sekarang, ia menjadi muzium bagi sejarah Makassar dan Sulawesi Selatan amnya, bayaran masuk adalah Rp5,000. Keadaan bangunan agak uzur, terdapat beberapa bangunan yang tidak digunakan dan tidak di baikpulih dengan sewajarnya. Hanya beberapa blok digunakan sebagai muzium dan pejabat pentadbiran.

New folder8

Setelah selesai mengelilingi Fort Rotterdam, panda mengambil kesempatan untuk mnum air kelapa yang banyak dijual di pesisiran pantai berhampiran pelabuhan Makassar. Harganya juga sekitar Rp5,000 sebiji. Kelapanya bukanlah kelapa pandan, tetapi kelapa besar yang memang tidak habis di minum seorang.

makassar 162

Tengahari, Panda menikmati makan tengahari di rumah Farid Fahmi di BTP. Petangnya panda berjalan kaki bersendirian di Pantai Losari meliputi jalan Sombu Opuh dan pesisiran Pantai.

makassar 177

Kawasan ini amat meriah menjelang waktu senja hingga ke malam hari. Ia menjadi tempat lepak di kalangan muda-mudi dan juga keluarga. Agak di ceritakan detailnya di entry akan datang.

Tuesday, May 10, 2011

Sekali-sekala....

putrajaya 182

Jam 6:30 pagi telah dapat panggilan menangguhkan susulan ke atas pelanggan di sekitar Shah Alam. Jadi bila apa yang di rancang tidak menjadi, Panda pun terpingga-pingga. Mungkin pandai boleh selesaikan beberapa kerja yang masih tertunggak di pejabat sebelum cuti panjang selama 7 hari secara tidak rasmi. Sudah lama panda tidak cuti panjang sejak 2008 dan 2010 yang lalu.

pantai bernas 033

Esok panda akan memulakan perjalanan solo ke Mankassar, panda pun terlupa bla panda membeli tiketnya, kos hanya RM55 pergi dan balik. Lebih murah dari balik kampung. Perjalanan pertama buat tahun ini. Apa yang dicari di sana pun panda tidak pasti. harap ia berbaloi. Sekali-sekala teruja buat panda untuk meninggalkan rutin harian yang telah teu. Macammana panda nak hidup untuk tempoh 50 tahun lagi (kalau boleh sepanjang itu). Cuma apa panda minta, janganlah di terlalu panjang sangat nyawa itu, cukuplah memberi kesihatan yang berterusan tanpa menyusahkan orang di sekeliling sepanjang kehidupan ini...

pantai bernas 010

Apa-apa pun biarlah semuanya berjalan dengan baik walaupun tidak sempurna, kehidupan perlu di teruskan hingga ke akhirnya. Menilai lakonan-lakonan palsu yang ada di sekeliling. Agaknya berapa lama semua lakonan ini akan berterusan. Kita lihat... 

Saturday, May 7, 2011

Otak-otak Pantai Bernas...

pantai bernas 097

29 April 2011 (Jumat) -Bersemperna dengan cuti hari pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap tahun, Panda dan keluarga menganmbil kesempatan ini untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Rompin Pahang. Ini kali kedua panda pulang ke kampng selepas Tahun Baru Cina yang lalu.

pantai bernas 044

Perjalanan kali ini agak panjang, menggunakan lebuhraya Karak, singgah di Bandar Pusat Jengka untuk mengambil barangan adik yang kan tamat berlajar di UiTM Jengka. Melalui Maran, singgah Solat Jumaat di Masjid KIPSAS, makan tengahari di Kampung Ubai, Pekan di mana gulai kunyit lengkuasnya kepala tengirinya sangat sedap, harga cuma RM10 sahaja kepala tengirinya dan seterusnya ke Rompin. Perjalanan mengambil masa 8 jam.

New folder11

30 April 2011 (Sabtu) - Petangnya, kami beramai-ramai ke Pantai Bernas, Kampung yang berada seberang sungai dari pekan lama Kuala Rompin. Jalan yang lebih mudah, sekiranya dari Kuala Lumpur atau Kuantan, selepas simpang Muadzam Shah, tidak jauh dari Gerai Udang Galah (Gerai makan yang popular dengan masakan udang galah di Leban Chondong), pelahan-lahan masuk simpang kiri ke Kg Lanjut atau lebih popular dengan Serai @ Lanjut Resort tu. Terus sahaja hingga ke hujung jalan, iaitu di Kuala Rompn sebelah pantai Bernas.

New folder10

Kedudukannya yang berada di antara kuala Sungai dan pantai menyebabkan airnya agak keruh dan di penuhi kayu kayan kesan dari musim tengkujuh yang lepas. Kawasan ini juga dekat dengan Komplek sukan air Rompin.

Collages30

Ada beberapa chelet yang menawarkan harga yang berpatutan. Kalau nak resort bolehlah tidur di Serai@Lanjut atau Summerset@Rompin. Bayaran pun di bawah RM200. Tempat yang sesuai untuk beristirehat dan tenang.

New folder8

Apa yang paling menarik di sini adalah gerai sata dan otak-otak kepah yang sangat sedap. Sudah lama panda tidak menikmati rasa original otak-otak ini. Di usahakan oleh Makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Cuma masa menunggu sekitar 10 minit di perlukan. Sata dan otaak-otak ini dibuat di tempat dan masa yang sama. Harus cuba. Cubalah otak-otak kepah yang segar dari Sungai Rompin. Cuma masih bergantung kepada rezeki, tidak selalunya ada. Otak-otak udang pun ada. Ikannya pun segar dari laut.

pantai bernas 012

Sekitar bulan Jun, Kuala Rompin akan di penuhi dengan pemancing-pemanjung dri seluruh dunia. Ada pertandingan memancing ikan marlin di sini. Sebelum ini Kuala Rompin maskotnya adalah udang galah, tetapi sekarang telah di ganti dengan ikan marlin atau layaran yang bermuncung tajam. Sekiranya berminat akan memancing laut, sila-silakan lah.

pantai bernas 106

Sesekali balik kampung, banyak perubahan yng berlaku. Seronok tinggal di desa-desa ini berbanding Kota-kota besar. Redha sahaja lah kerana rezeki telah ditetapkan di kota.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com