Sunday, February 20, 2011

Maulidul Rasul @ Putrajaya 2011

putrajaya 007

15 Februari 2011 (Selasa) - Seawal 5.40 pagi panda telah bersiap-siap untuk ke Putrajaya, hasil jemputan Chinta Agong untuk menikmati sambutan Maulidul Rasul 1342 hijrah peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya.

Collages24

New folder2

Sempat juga bertemu dengan kawan-kawan lama yang menyertai perarakan tersebut. Agensi pusat di mana panda bekerja pun ada terlibat sama memeriahkan acara tahunan ini.

New folder1

Sebenarnya Panda pun tiada adea untuk menulis pada waktu ini. Berada dibawah kepanasan di ruang legar Anggerik Mall agak menghagatkan menyebabkan kehangitan idea hingga tdak dapat dicernakan. Sambil mendengar dengdangan alunan lagu dari peserta program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) SUngai Buluh yang membuat persembahan (akan diupdatekan pada entry akan datang).
New folder3

Hari ini panda bertugas (sambil mengupdate blog) bagi program Persembahan Kebudayaan dan mini Karnival Usahawan di Anggerik Mall Seksyen 14, Shah Alam mengadakan aktiviti Tangungjawab sosial Korporat bersama Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungai Buluh, GIATMARA Shah Alam dan penyewa Anggerik Mall.

Collages25

Bila ke Putrajaya, banyak hotspot untuk jurugambar, lanskap dan bangunannya yang unit amat menawan hati walaupun sebahagian bangunannya sudah kelihatan lusuh walaupun usianya belum mencapai 20 tahun.

Collages26

Masjid Tuanku Mizan juga hebat, Masjid yang dibina dari besi dan menelan belanja RM200 juta lebih memang mengkagumkan, cuma dikhuartiri nasibnya sama dengan Masjid Putrajaya yang semakin kusam.

Collages28

Sering Panda katakan, Shah Jahan membina Taj Mahalnya untuk dilihat oleh umat manusia selagi ada bulan bintang dan matahari, sama juga seperti firaun yang membina Pyramid, tetapi mereka membina bangunan indah hanya untuk 10 tahun dengan harga yang tidak masuk akal, tetapi tidak sampai 10 tahun, major pembaikan perlu dilakukan.

Collages27

Seperti membuat pembaikan kosmetik Parlimen yang bernilai RM80 juta dan sekiranya pembinakan bangunan baru parlimen akan menelan belanja RM1 billion, sama nilainya dengan Istana Negara yang baru, kos keseluruhan telah melebihi RM1 billion. Entahlah, JIma buat rumah kos rendah dan sederhana, mau 1000 keluarga mendapat rumah yang baik.

Collages29

Teremosi pula panda, kembali kepada objektif asal, blog ini hanyalah coretan santai dan maklumat sahaja. Tidak menyebelahi mana-mana pihak bagi menjaga sensitiviti semangat 1Malaysia. Hidup 1Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tema Maulidul Rasul kali ini  1Malaysia, 1 Ummah!

putrajaya 282

Cukup untuk garapan kali ini, berkongsi gambar-gambar yang telah diambil semasa sambutan Maulidul Rasul, panas tetapi puas hati. Panda menunggu acara Hot Ballon pula pada Mac nanti, harap ada yang sudi mempelawa, bukan apa, Panda tidak mau tertekan dengan aktiviti mencari tempat letak kereta yang sesuai.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com