Thursday, February 10, 2011

Kuala Rompin... Pekan yang di tinggalkan

New folder1
Cuti Tahun Baru Cina 2011 (2 - 6 Februari 2011) - Pada cuti yang panjang ini, Panda mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Rompin, Pahang Malaysia. Kali terakhir adalah pada cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kira-kira 5 bulan yang lalu. Agak lama juga selang waktunya walaupun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin mengambil masa 3 jam 30 minit secara purata dengan menggunakan lebuhraya LEKAS dan juga jalan baru Bukit Putus.

New folder2
Kepulangan kali ini juga di sertai dengan acara sambutan 40 tahun perkahwinan ibu dan abah (31.12,1970) dan sambutan hari lari abah, adik beradik dan ipar duai yang dijalankan serentak. Seekor biri-biri di jadikan lauk gulai masak hitam, bersama 5 kilo udang masak merak, soup merah gearbox kambing, kari tulang belakang, dan beraneka ulam-ulaman serta kerabu mangga dan telur masin itik ternakan sendiri. Meriah, lauk pauk mencukupi dan tanpa pembaziran. AlhamDULILLAH ...

Collages24
Dikesempatan yang ada, Panda bersama keluarga mengungjung Bandar lama Kuala Rompin yang boleh dikatakan telah mati 95%, hanya tingga 2 atau 3 buah kedai sahaja disitu, yang lain-lainya hanya deretan kedai yang telah dijadikan rumah manusia ataupun burung lelayang aka Walid.

Collages25
Begitu lah nasib, bila telah lama atau ada alternatif baru, maka yang lama akan di tinggalkan. Betul ker? Setiap sesuatu itu ada kitarannya yang tersendiri. Jangkahayat bandar lama ini hanya bertahan sekitar 40 tahun sebelum ia hilang funginya sebagai pusat ekonomi setempat.

Collages26
Bandar lama ini pernah mencapai kegemilangannya sekitar tahun 1970'an dimana perlombongan bijih besi di Bukit Ibam mencapai kemuncak pegeluaranya. Ia bermula dengan penghijrahan orang-orang Terengganu yang mencari rezeki hasil pembukaan lombong di Bukit Ibam. Kebanyakan pekerja ini adalah bekas pekerja lombong bijih di Bukit Besi Dungun Terengganu yang di berhentikan operasinya sebelum itu.

Collages28
Selepas lombong Bukit Ibam dihentikan operasinya, Ia menjadi nadi bagi kegiatan perikanan daerah Rompin. Tetapi selepas pembukaan Komplek perikanan LKIM terbesar Semenanjung Malaysia di Endau. Fungsi pelabuhan perikanan disini semakin mengecil dan menunggu masa untuk rebah. Perlunya tindakan baru bagi mengantikan sumber ekonomi daerah ini bagi mengembalikanya sebagai daerah yang menyumbang kepada ekonomi negeri. Ahli Parlimennya yang menjadi Duta bertaraf Menteri di Amerika Syarikat perlulah lebih peka akan perkara ini.
Collages27
Kesempatan yang ada, seperti biasa Pantai Hiburan Rompin adalah tempat utama bagi pengungjung dan penduduk Kuala Rompin menghabiskan waktu petang. Musim tengkujuh telah hampir berakhir. Keadaan pantai pun tidaklah berapa bersih hasil peninggalan monsun. Sempat bertemu model engantin yang menjadikan pantai ini sebagai lokasi pegambaran. Panda hanya tumpang sekaki sahaja.

2 comments:

  1. 真剣に結婚を考えるなら地元で婚活!その出会いの一歩を「地元で結婚 大阪LOVERS☆」が完全サポート!人生の大きな決断の瞬間を幸せに迎えよう☆最後はあなたの決断力です!地元密着型で近隣府県もカバーしておりますので希望が合えば今すぐにでも会えますよ♪

    ReplyDelete
  2. 盛岡の皆さん、そしてその周辺の地域でお住まいの皆様、おまたせしました!!出会い掲示板の盛岡版がついに登場!地元密着型の出会い掲示板で新しい出会いをぜひ体験してみて下さい!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com