Sunday, February 20, 2011

Maulidul Rasul @ Putrajaya 2011

putrajaya 007

15 Februari 2011 (Selasa) - Seawal 5.40 pagi panda telah bersiap-siap untuk ke Putrajaya, hasil jemputan Chinta Agong untuk menikmati sambutan Maulidul Rasul 1342 hijrah peringkat Kebangsaan di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya.

Collages24

New folder2

Sempat juga bertemu dengan kawan-kawan lama yang menyertai perarakan tersebut. Agensi pusat di mana panda bekerja pun ada terlibat sama memeriahkan acara tahunan ini.

New folder1

Sebenarnya Panda pun tiada adea untuk menulis pada waktu ini. Berada dibawah kepanasan di ruang legar Anggerik Mall agak menghagatkan menyebabkan kehangitan idea hingga tdak dapat dicernakan. Sambil mendengar dengdangan alunan lagu dari peserta program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) SUngai Buluh yang membuat persembahan (akan diupdatekan pada entry akan datang).
New folder3

Hari ini panda bertugas (sambil mengupdate blog) bagi program Persembahan Kebudayaan dan mini Karnival Usahawan di Anggerik Mall Seksyen 14, Shah Alam mengadakan aktiviti Tangungjawab sosial Korporat bersama Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sungai Buluh, GIATMARA Shah Alam dan penyewa Anggerik Mall.

Collages25

Bila ke Putrajaya, banyak hotspot untuk jurugambar, lanskap dan bangunannya yang unit amat menawan hati walaupun sebahagian bangunannya sudah kelihatan lusuh walaupun usianya belum mencapai 20 tahun.

Collages26

Masjid Tuanku Mizan juga hebat, Masjid yang dibina dari besi dan menelan belanja RM200 juta lebih memang mengkagumkan, cuma dikhuartiri nasibnya sama dengan Masjid Putrajaya yang semakin kusam.

Collages28

Sering Panda katakan, Shah Jahan membina Taj Mahalnya untuk dilihat oleh umat manusia selagi ada bulan bintang dan matahari, sama juga seperti firaun yang membina Pyramid, tetapi mereka membina bangunan indah hanya untuk 10 tahun dengan harga yang tidak masuk akal, tetapi tidak sampai 10 tahun, major pembaikan perlu dilakukan.

Collages27

Seperti membuat pembaikan kosmetik Parlimen yang bernilai RM80 juta dan sekiranya pembinakan bangunan baru parlimen akan menelan belanja RM1 billion, sama nilainya dengan Istana Negara yang baru, kos keseluruhan telah melebihi RM1 billion. Entahlah, JIma buat rumah kos rendah dan sederhana, mau 1000 keluarga mendapat rumah yang baik.

Collages29

Teremosi pula panda, kembali kepada objektif asal, blog ini hanyalah coretan santai dan maklumat sahaja. Tidak menyebelahi mana-mana pihak bagi menjaga sensitiviti semangat 1Malaysia. Hidup 1Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Tema Maulidul Rasul kali ini  1Malaysia, 1 Ummah!

putrajaya 282

Cukup untuk garapan kali ini, berkongsi gambar-gambar yang telah diambil semasa sambutan Maulidul Rasul, panas tetapi puas hati. Panda menunggu acara Hot Ballon pula pada Mac nanti, harap ada yang sudi mempelawa, bukan apa, Panda tidak mau tertekan dengan aktiviti mencari tempat letak kereta yang sesuai.

Thursday, February 10, 2011

Kuala Rompin... Pekan yang di tinggalkan

New folder1
Cuti Tahun Baru Cina 2011 (2 - 6 Februari 2011) - Pada cuti yang panjang ini, Panda mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman di Kuala Rompin, Pahang Malaysia. Kali terakhir adalah pada cuti Hari Raya Aidilfitri yang lalu, kira-kira 5 bulan yang lalu. Agak lama juga selang waktunya walaupun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin mengambil masa 3 jam 30 minit secara purata dengan menggunakan lebuhraya LEKAS dan juga jalan baru Bukit Putus.

New folder2
Kepulangan kali ini juga di sertai dengan acara sambutan 40 tahun perkahwinan ibu dan abah (31.12,1970) dan sambutan hari lari abah, adik beradik dan ipar duai yang dijalankan serentak. Seekor biri-biri di jadikan lauk gulai masak hitam, bersama 5 kilo udang masak merak, soup merah gearbox kambing, kari tulang belakang, dan beraneka ulam-ulaman serta kerabu mangga dan telur masin itik ternakan sendiri. Meriah, lauk pauk mencukupi dan tanpa pembaziran. AlhamDULILLAH ...

Collages24
Dikesempatan yang ada, Panda bersama keluarga mengungjung Bandar lama Kuala Rompin yang boleh dikatakan telah mati 95%, hanya tingga 2 atau 3 buah kedai sahaja disitu, yang lain-lainya hanya deretan kedai yang telah dijadikan rumah manusia ataupun burung lelayang aka Walid.

Collages25
Begitu lah nasib, bila telah lama atau ada alternatif baru, maka yang lama akan di tinggalkan. Betul ker? Setiap sesuatu itu ada kitarannya yang tersendiri. Jangkahayat bandar lama ini hanya bertahan sekitar 40 tahun sebelum ia hilang funginya sebagai pusat ekonomi setempat.

Collages26
Bandar lama ini pernah mencapai kegemilangannya sekitar tahun 1970'an dimana perlombongan bijih besi di Bukit Ibam mencapai kemuncak pegeluaranya. Ia bermula dengan penghijrahan orang-orang Terengganu yang mencari rezeki hasil pembukaan lombong di Bukit Ibam. Kebanyakan pekerja ini adalah bekas pekerja lombong bijih di Bukit Besi Dungun Terengganu yang di berhentikan operasinya sebelum itu.

Collages28
Selepas lombong Bukit Ibam dihentikan operasinya, Ia menjadi nadi bagi kegiatan perikanan daerah Rompin. Tetapi selepas pembukaan Komplek perikanan LKIM terbesar Semenanjung Malaysia di Endau. Fungsi pelabuhan perikanan disini semakin mengecil dan menunggu masa untuk rebah. Perlunya tindakan baru bagi mengantikan sumber ekonomi daerah ini bagi mengembalikanya sebagai daerah yang menyumbang kepada ekonomi negeri. Ahli Parlimennya yang menjadi Duta bertaraf Menteri di Amerika Syarikat perlulah lebih peka akan perkara ini.
Collages27
Kesempatan yang ada, seperti biasa Pantai Hiburan Rompin adalah tempat utama bagi pengungjung dan penduduk Kuala Rompin menghabiskan waktu petang. Musim tengkujuh telah hampir berakhir. Keadaan pantai pun tidaklah berapa bersih hasil peninggalan monsun. Sempat bertemu model engantin yang menjadikan pantai ini sebagai lokasi pegambaran. Panda hanya tumpang sekaki sahaja.

Tuesday, February 1, 2011

Cerita itu..

Sudah lebih sebulan Panda tidak menulis di blog ini, lebih banyak curahan di curahkan di Facebook, kerana lebih mudah dan boleh di capai dengan menggunakan iphone atau blackberry. Mudah kan?
Hari ini ingin juga panda menulis, bukan kerana ada trip terbaru, tetapi lebih kepada harapan, agar panda terus menulis. Jika blog ini tidak di perbaharui untuk tempoh 3 bulan, boleh anggap sahaja pada telah berada didalam koma tauun telah meninggalkan dunia ini.
Itu sahaja, buat kali ini, tidak sabar untuk memulakan perjalanan terbaru bagi tahun 2011, walaupun dengan kenkangan kewangan yang serius. Rasanya sejak beberapa bulan yang lalu dan akan datang. keadaan aliran tunai sangat-sangat teruk dan ini amat membataskan kehidupan. Peningkatan pembelanjaan ke atas bahan api sangat membebankan. Tambahan bayaran-bayaran elaun kepada phak ke tiga, ke empat serta kelima serta kenaikan cukai perkhidmatan banyak menganggu aliran tunai semasa. Harapan menjelang 2012, keadaan akan bertambah baik dan liabiliti dapat di kurangkan. Buat masa sekarang, kawalan ke atas rezab masih di teruskan kerana pelaburan besar belum mendatangkan hasil yang baik....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com