Monday, December 8, 2008

Air mata 10 Zulhijah



Walaupun pada awalnya aku nak ke KL, tapi di batalkan hasrat kerana preparation untuk acara korban perlu aku selesaikan. Pada Sabtunya aku sempat menonton Twilight, Film lembab tapi nak jadi romantik, ok lah sebab...

07.11.2008 (Ahad) aku tak kemana-mana, menunggu lori yang menjanjikan aku untuk menghantar khemah bagi program korban Rabu akan datang, Janji 9.30am, jam 11.30am baru sampai, yang best dia call, aku tengah lunch di vanggey, tapi lepas balik dari lunch pun baru nampak lori sampai. Kerja-kerja yang dilakukan dengan pantas. Tak sampai 30 minit dah siap pasang khemah 20'x20'.

Malangnya pula, sedar2 tayar lori lak lekat, walaupun tak tengelam, tapi tanah licin, macam dok atas ais gitew, makan masa 2 jam gak, 3pm baru setle semua, aku pun naik penat. Lepas solat zohor aku tertidur, Rumah telah di kemaskan oleh housemate aku pada Khamis dan Jumaat lepas, diorang siap ambik cuti tuk kemas rumah. Walaupun memang rumah dah kemas pun. Tugas aku untuk mengemop. Telah setle pada pagi sabtu, abis satu rumah aku mob (masuk lif tekan sendiri)

Oleh kerana kepenatan, aku tido, bangun solat Asar dan berchating. Cadang nak kuar tengok wayang, tapi hujan turun mencurah-curah. Aku pun terleka, jam 7.30pm, aku nak abik wudhu, buka bilik air tetapi penuh dengan air (terlebih sudah). Alamak... Aku pun belari keluar, tengok kereta aku dah 3/4 tayarnya dalam air. Pe2 hal alihkan kereta ke Vanggey, balik rumah, bertungkus-lumus la kau mengangkat apa yang sempat. Air lak dari mana datangnya aku pun tak tau, melimpah masuk menegelamkan apa yang patut.

Aku pun xsempat solat magrib, kerana beberapa minit jer, dah xder lantai tuk aku bersujud melainkan dalam air sahaja. Jam 10 selesai selamatkan apa yang boleh (klu selamat lah), abik dokumen penting, alih motor housemate ke pagar. kunci pagar and aku ke vanggey, makan meehoon goreng & nescafe tarik (faverote aku sejak akhir2 ini). Nas ada temankan aku makan, Tq walaupun janji ngan dia nak tengok wayang di malam raya, tp dapat tengok aku basah jer la. Call Syed faisal, aku tumpang tido rumah familinyer. Thank Syed faisal seeluarga for hospitality n sarapan raya yang best dengan aneka rendang..

Atleast tak la sunyi sangat aku di malam raya, ada hikmahnya aku tak turun KL, dapatlah aku selamatkan barang2 elektrik dan kain baju dari digelinangi air dan beraya bersama famili orang. Lepas Solat raya dan berhari raya di rumah bos aku. Sampai kat pintu pagar, baru aku sedar kunci pagar aku hilang. Tak pasal2 aku panjat pagar, dengan diperhatikan pengguna jalan raya. Malang tak datang sekali... Abis tu aku pun g cari kunci dulu, jumpa lak kat kaunter vanggey. Syukur kepada ALLAH yang Maha Esa... Dalam susah2 di senagkan juga urusannya. lepas tido seketika kerana kekenyangan, Jam 3p aku memulakan operasi membersih, jam 6pm siap. Tinggalkan untuk mengeringkan saki baki air, aku g diner lak kat rumah Bos aku. malam cubalah update per yang patut. Sok biar housemate aku lak yang kemas selebihnya.

Diluar, suara-suara merdu sang katak masih berbunyi, membuatkan aku tak lena tidor. Sok kerja... Petang Lembu sampai. jangan lah harapnya hujan sok dan lusa.. Tak pasal2 lembu sejuk lak:-(

2 comments:

  1. banjir pulak...haiii kata org malang tak berbau

    ReplyDelete
  2. heh - malang tidak berbau.. i bet it is.. no bau one.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com