Saturday, December 27, 2008

2,228km

PC176347

27.12.2008 (Saturday)- bermula pada jam 5.30pm 11.12.2008 perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, diteruskan ke Shah Alam dan seterusnya Johor Bahru selama 3 malam. 15.12.2008 (Monday) Checkin di Hotel Putra KL jam 4.30pm dan berhybinate selama 8 hari sehingga 23.12.2008 (Selasa) checkout. Selamat menjalani exam dan presentation. Sekarang hutang paperwork jer lagi yang kena hantar 05.01.2008 ni.

Hari yang sama aku bergegas ke Rompin, sempat singgah di Seremban bertemu mak-mak mertua xjadi kat sana (perasan lak), sempat singgah servis aircond keta yang tak berapa nak berfungsi sejak perjalanan ke Johor. Jam 2.30pm selepas makan nasi ayam hainan di Kg Paroi, aku meneruskan perjalanan ke Kuala Pilah. Sempat makan cengdoi Stesen Bas kuala Pilah dengan En. Azar kita, sory, CT, jajahan takluk mike tak lalu, jadi xsempat jumper la.

Jam 3.45pm, diteruskan perjalanan dan singgah di Bandar Sri jempol untuk menikmati kopi tongkat Ali. kali ini Pow En. Rafis lak. Tu ambik masa 10 jam dari Kl balik Rompin. banyak tempat yang kena singgah sambil di Pow atau mengepow. Aku sampai Rompin jam 7.00pm. Terasa sunyi lak, dah seminggu lebih bersama rakan baru dan lama. Sunyi jer. Malam, keluar minum kopi jantan dengan Ramdan & Cikgu Pouzi.

24.12.2008 Aku tido jer seharian, tak tau menda nak buat, ingat nak pergi Mersing main bowling, tetapi hujan telah bermula. 25.12.2008 (Khamis) bersama bapak & adik aku bergerak ke Dungun, hujan sepanjang jalan. Sempat singgah ke Indera mahkota kuantan, bertemu jiran bilik semasa di ITM Arau dulu. Khairul Nizam atau Playboy, dah 10 tahun aku tak jumpe. Dalam hujan, sempat singgah di Mesra Mall di Kemasik. Satu-satunya Hiper Mall kat terengganu kot, yang ala2 canggih skit la. Sampai Dungun dah hampir magrib, kira-kira 6.30pm.

26.12.2008 (Jumaat)-Ke pasar kedai Payang. Pics akan diupload lain. Sebab 3G Celcom sangat la teruk. dah sebulan cam ni. Petang jejalan di Pantai teluk Lipat.

Hari in, perjalanan di mulakan jam 8.30am dari Dungun, singgah di Kuantan untuk hantar bapak & adik ke Stesen bas. Sampai di Ipoh jam 5.30pm. Ramainye orang masuk Ipoh hari ini, pasal ada Sua Rasa TV9 kot...

Sunyi lak bila dok sesorang ka rumah ni, aku balik awal pun kerana nak menghadiri majlis pertunangan Syed Faisal esok. Klu tak mesti lepak kat kampung lagi. tak buat per pun... just tido jer. Jadi katam lah perjalanan 2,228 km aku untuk tempoh 17 hari. Ini adalah rekod untuk kereta kau yang telah mengeluarkan pelbaga bunyi, dan aircond nya dah tak berfungsi balik. Kena kencing di Cina aircond Seremban gaknya. dah la pow aku RM150, cuma boleh pakai 2 hari jer... bengang....

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com