Saturday, November 29, 2008

Khaled & I - Batu Cave n KL

My creation

Baru jer kembal dari Cherating setelah berada 4 hari 3 malam di sana. Bermesyuarat hingga lewat malam dengan pelbagai agenda dan berita terkini. Maklumlah tahun depan adalah tahun yang mencabar bagi kami. Walaupun pada hakikatnya cabaran itu memang ada dalam kerjaya yang tercabar dan dicabar ini. Cerita pasal meeting akan dimasukkan dalam entry yang berlainan.

Kedudukan Best Westen Seuria Cherating yang berada di Sempandan Kemaman-Kuantan, just 8km dari bandar Chukai, amat menyedihkan. Sepanjang seminggu amatlah susah nak online. Celcom 3G memang lah hampeh di Kl ni dan juga di Cherating nun. Dah la WiFi di dikenakan bayaran RM5 sejam, 6 jam RM15, tapi kena guna berterusan. Macam Takder kerja lain nak buat selain ngadap internet kot.

Badan aku naik lunyai, ala2 nak demam jer. Bila berada dalam Air cord dalam tempoh yang lama, mesti aku rasa lain macam. Esok akan ku teruskan perjalanan dari Wangsa Maju Kl ke Ipoh. Another 2 1/2 hours drive:-(

My creation

24.11.2008 (Monday)- Selepas menghadiri perkahwinan dan hutan Lipur Lentang, Khaled dah naik shok, dan bila melalui Batu Cave dia pun gatal nak pergi situ. So hari Isnin tur terkial-kial la aku mencari jalan untuk ke Batu Cave. Thanks Khaled to show the road (bahasa apa aku guna ni?). Selepas 1 jam dari Hotel Istana, baru dapat menjejak kaki ke Batu Cave ni. Sempat lah menaiki 200++ anak tangga yang ada di sana dan melihat ritual2 agama Hindu di situ. Agak betuah, kerana ada pasangan Hindu yang melansungkan perkahwinan pada masa yang sama. dengan pantasnya aku menukar lensa kamera untuk mengambil potret-2 yang bersesuaian...

My creation

My creation


Tamat acara di Batu cave, kami ke KLCC untuk pemeriksaan darah, kata Khaled murah buat di Malaysia, just RM25 untuk HIV test. Aku pun buat sama la, senang aku kawin tahun depan takyah buat lagi (Wah! Statement!!!). Ala-2 berdebar walaupun suci gitew. AlhamdulLLAH, masih suci. Boleh la kawin nex year...Sapa-2 nak masuk meminang? TnC applied:-P

Lepas lunch yang agak lewa dan aku pun lapar yang amat, kami ke KL Tower, puas gak aku cuba upload pics kat blog ni, tapi asyik DC jer... bengang gak aku. Jadi yang selebihnya boleh tengok kat flick aku la yer...

Thursday, November 27, 2008

Khaled & i -Jelebu dan Hutan Lipur lentang

26.11.2008 (Rabu)- hari ini genap aku 31 tahun (tua daa..), paginya aku merasa dah nak demam. Semlam tido lewat kerana menghantar sahabat Mesir yang berkerja di Libya ke KLIA. Sekarang waktu Malaysia dah 27.11.2008 jam 12.24am. Sepanjang minggu ni capaian 3G memang teruk, terutamanya di KL dan wangsa Maju. di Cherating ni pun teruk. Sekarang menggunakan Wi fi Hotel yang di charge RM5 sejam...kejamnya, kalau laju ok gak... ni slow jugak. lepas 12 pm baru laju capaiannye:-(

23.11.2008 (Ahad)- aku bersama-sama Khaleb ke Simpang Durian melalui Seremban dan Kuala Kelawang. Menghadiri kenduri rakan baru yang ku kenali setahun yang lalu. Tak leh cerita lebih2 nanti laki dia marah. Syed Munir dan sharipah Najaah (Klu salah Sori yerk)....

Selamat Pengatin Baru!!!
Kekallah hendaknya hingga ke Syurga nanti K


My creation


Abis program makan nasi minyak, kami menggunakan jalan Simpang Durian-Karak dan memasuki hiway Karak. Sempat singgah di Hutan Lipur Lentang, tu pun sebab dah berjanji dengan Khaled, hari hujan.... Apa2 hal suka benar si Mesir ni dapat mandi air Jeram. Tak abis2 dia sebut...

"U are lucky men, U have this beautiful country"

My creation

kalau sempat, akan bersambung esok yer.. dah lewat ni. Esok meeting jam 8.30am.... di Best Westen Suria Cherating Resort ni...

Penatnyer.... Yang penting boleh update Blog... Addicted lak:-)

Saturday, November 22, 2008

mygopeng resort

My creation

20.11.2008 (Khamis)- Hasil perbincangan ringkas mesyuarat semalam, kami keluar untuk melawat mygopeng resort ini. Terletak di pekan Gopeng, jika dari PLUS, boleh menggunakan exit Gopeng/Batu Gajah dan terus masuk ke pekan Gopeng, cari stesen Bas Gopeng, jalan terus, jumpa bulatan keliling (roundaboud) abik pukul 3 dan terus la selama 6 km. di situ banyak signboard untuk ke tempat ini.

Tujuan utama ke sini adalah dalam pemilihan tempat untuk menghabiskan peruntukan tahunan bagi program kursus jabatan. Biasalah, akhir-akhir tahun ini semua nak perabis peruntukan, walapun 25% dibahagi oleh pusat awal-awal lagi. Cuma unit aku yang telah terlebih guna peruntukan 40%. (Takutnye, nanti customer datang belasah sebab takder duit..)

My creation

Banyak fasiliti yang ada, tetapi berkongsep kem, amat sesuai dengan citarasa aku yang ala-la marhain. Sory buat Divas-Divas, sebab kat sini jauh terposok di kaki gunung, jalan nak masuk pun ala-2 Camel Thropy yang berturap gitew. Ada beberapa rumah penginapan berkongsep chalet dan juga khemah. Semasa kami sampai, hujan telah turun renyai-renyai tertapi lebat (bolew?) Kualiti pics tak berapa bagus. Tak sempat belajar lagi abik pics dalam hujan...

My creation

Yang aku suka sekali, ada gak pakej white water rafting, walaupun aku tak pernah buat lagi. Musim sekarang lagi best la, sebab musim hujan dan airnya memang mencabar minda dan fizikal, silap perdayungan, boleh sampai Sumatera la hanyutnya. Kualiti air Panda tak pasti, al maklumlah air dari Cameron Highland. Mesti penuh dengan baja Urea kot.

My creation

Sesiapa berminat, boleh kontek la nombor yang tertera di pics pertama tur, dan boleh ajak aku sekali. Klu taknak main water rating, boleh gak main perang-perang, jogging, masuk hutan tengok reflesia and etc-etc lagi lah.

ok, dah nak siap-siap g KL, tak petang ni, sok petang aku drive, banyak menda belum setle kat rumah and opis, nak abik bahan rujukan yang tertinggal lagi. Nak study lagi.. wah..Takutnyer Abang:-P lagi pu aku tak pasti nak pergi atau tak ke rumah tunang tak jadi aku , dia kawin. sok.. ala-ala syahdu gitew... klu berubah hati, esok maybe ke Jelebu...kuang300X

Thursday, November 20, 2008

Air Kelapa Limau & Laksa Gandum


Takde apa nak diceritakan pada minggu ini, sepenuhnya dalam pejabat. Tak tau la esok atau lusa. Memandangkan aku akan tidak berada di pejabat sepanjang minggu lepas. kesempatan ini aku menyiapkan laporan untuk dibawa ke mesyuarat di Kuantan nanti.

Semalam, buat kali ke dua pada tahun ini, hati nak menonton malay movie di Ipoh Parade, pada mulanya nak booking, tapi wanita penjawab telefon tu kata, "Xper en. datang jer, banyak tiket lagi" maka dengan bersemangatnya aku or 'kami' bergegas ke Ipoh Parade. Resultnya... "En. movie ni telah dibatalkan untuk hari ini...."

Satu gak aku nak komen pasal movie ni, puas aku cari kat www official site movie, takder lak aku jumpe, yang ada review dari independent source jer... Payah gak klu Universiti buat movie seni tapi gagal promote untuk masuk pasaran komersial. Carik Pic kat net pun xdapat..ada yang cenonet jer...

PB165126

Laksa gandum, lama gak tak makan laksa ini, ingat masa belum akhir baligh dulu... Kat kampung akan adakan aktiviti membuat laksa gandum ini, Ibu-ibu akan membawa gandum untuk di uli besama-sama. dan dimadukkan dalam acuan yang dibawahnya terdapat kawah air panas yang mengelegak. Adalah makcik akan bergilir-gilir memusing acuan tur sampai habis gandum. kerja-kerja membuat laksa gandum lebih rumit dari laksa beras. Aku pun tak pasti aktiviti ini masih dilakukan atau tak. Yang palih mudah beli jer kat pasar malam.

PB165129

Kalau tuan puan ke Kuala Kangsar, nak makan laksa gandum bersama Air Kelapa Limaunyer, bolehlah singgah di kampung Basung, jalan ke Kota Lama. Tidak jauh dari Trafik light jambatan baru ke Sayung tur. Depan Taman jalan masuk Taman rekriasi JPS Kuala Kangsar. Bukan kedai yerk, just gerai untuk breakfast kot. Hanya menggunakan atap kanvas dan tak berdinding bawah pokok... tepi jalan. Bukannya restoren ala2 Divas gitew....

Ok, aku pun nak sambung preparation utuk g Kuantan dan menghadiri peperikasaan FMUTM 25.11.2008 di Damansara dan terus ke Best Westen Suria Cherating Kuantan pada 26-29.11.2008. Klu sempat nak balik terengganu jap kot.Sempat ker?

Monday, November 17, 2008

Kuala kangsar, Bandar DiRaja Perak

15.11.2008 (Sabtu)-Hari yang agak penuh, menerima beberapa kunjungan rakan lama dan baru, paginya dari Megat Khairudin yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Tim yang telah bermaustatin di KL, dan sepatutnya Hamdi dan ShahRamling pada petangnya tetapi dibatalkan 2 jam selepas komformation. Malamnya, menerima satu lagi kunjungan seorang sahabat dari Medan, Indonesia (Sebenarnya pelajar UKM). Ketibaannya Agak lewat, kira-kira jam 8 malam. Jadi bawa makan nasi Lemak Medan Gopeng ajer la.

15.08.2008 (Ahad)-Memandangkan Panda agak kebuntuan ide, dan housemate mencadangkan untuk melawat sekitar Kuala Kangsar. Tambahan pula masa yang ada agak singkat, cuma maksimum 4 jam sahaja pada Ahad ini.

Perjalanan dimulakan pada jam 8.30 pagi, breakfast di Hentian Sungai Perak dan lawatan pertama di Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri ini dipenuhi dengan cenderamata dan barangan pribadi DYMM Sultan Perak mana ini... Maaf, Kamera tidak dibenarkan di dalam bangunan galeri...

My creation

Lawatan ke 2 diteruskan ke Masjid Ubudiah, masjid yang sering menjadi Ikon bagi Malaysia. Antara Masjid yang tercantik seni binanya di Malaysia, kedudukanya di Bukit Chandan berhampiran Istana Kenangan dan Istana Iskandariah.

My creation

Lokasi ke 3 adalah Istana Kenangan ataupun Muzium di Raja. Keunikan bangunan ini adalah tidak menggunakan paku dan bentuknya yang menyerupai pedang. tetapi tak banyak bahan yang dipamerkan disini. Nasib baik free...

My creation

My creation

Singgah sebentar di pinggir Sungai Perak yang merah airnya akibat pembalakan yang makin tidak terkawal di negeri ini, tambahan pula hujan yang mencurah-curah setiap petang...

My creation

Masuk bandar dan melihat-lihat Pavalion yang telah di tinggalkan usang tanpa penjagaan dan pemuliharaan oleh pihal berwajib... Mula kusam gitew..
.
My creation

Lain-lain tempat yang dilalui adalah Istana Iskandariah, Maktab DiRaja Kuala Kangsar (MCKK) dan tepian Sungai Perak. banyak sebenarnya tempat boleh dilawati, tetapi masa tidak mengizinkan. Sempat juga melihat pokok Getah tertua di Malaysia. tapi tidak berselera untuk berhenti mengambil gambar.

My creation

My creation

Agenda biasa, walaupun perut masih kenyang, senggah makan Laksa perak bersama Air Kelapa Limau. Pada tahun 2006 yang lalu, perniaga ini menggunakan Lemon, mungkin kerana Lemon naik harga kot... Sempat juga aku merasa Ais krim potong, perasa durian lagi. Murah, RM1 berbanding Baskin & Robin RM18.60 untuk 2 scoop:-P

Petangnya ke Jusco untuk membeli beberapa buku dan ketemu Doc. Hanif yang akan memulakan karier sebagai doktor di Hospital Manjung. Berbuka puasa bersama....

Sesiapa yang ingin datang bertandang ke Ipoh, bolehlah teman bawa berjalan2. Klu teman dok sorang memang tak terpeginyer.

Next Week, aku akan berada di Kuantan bermula 26-29.11.2008. Ada Mesyuarat bagi post aku untuk peringkat Malaysia (macam peringkat kebangsaan lah) Banyak lagi paper tak buat ni nak bawa masuk meeting..kerja-kerja oik...

Friday, November 14, 2008

Doli Kuey teow goreng @ Taiping

Hari ini, tiada cerita menarik, pagi selepas membaca yassin beramai, ada jamuan pagi dan terus sambung meeting aku, dapat selesaikan 11 fail, aku sangkut 1 fail. Sebab masa proses rabu lepas, aku jadi buntu. Paperworknya cantik. Tapi tak tau apa2 isi. Teringat masa jadi lecturer dulu. Student beria2 makeupkan paper, tapi isi hampas..repeat next sem... Tapi aku tak last zalim camtur...

Semalam, sempat juga aku hadiri Executif Talk bersama Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Perak (Tarafnya ala2 menteri Besar). Program Memertabatkan Budaya... alot of Isu bila dikaitkan dengan budaya ini...

Cerita kali ini, adalah sambungan program minggu sudah, 05.11.2008 (Selasa) sempat singgah di Taiping, Bandar Warisan dan mencuba tempat makan yang dicadangkan oleh kembara musafir. Iaitu Kuew Teow Doli. Memang ala-ala famous la kat Taiping ni. Kedudukannya berhampiran Taman Tasik Taiping, berhadapan dengan pusat kesihatan Taiping, jalan ke kawasan Industri Tupai. Aku sampai agak lewat, so, orang pun tak ramai sangat la.. Aku order Kuew Teow dan Sup Ayam Utara..

My creation

My creation

Abis tur, sempat masuk town Taiping, dan aku terserempak la dengan bangunan ini. sambil partner aku ke Bank CIMB di sebelah bangunan ini, aku pun dok abik gambar la... Ini adalah bangunan Pusat Penerangan Pelancongan Taiping. Tetapi semasa kehadiran aku, pejabatnya tidak beroperasi, ataupun memang telah ditutup. Aku pun tak pasti...

PB054974

PB054966
PB054973

PB054972

Pondok public phonenya macam kat London gitu. Bila camni, gian lak aku nak gi jalan2 abik gambor lagi. Esok tak tau lagi nak buat apa. harap aku tak mati ke bosanan la. Ada beberapa tempahan. Tetapi kekadang dan kekala nak gak bersorangan. mana satu aku nak pilih ni?

p/s takziah buat Rush & Wan dengan apa yang terjadi... Harap bersabar dan anggaplah ini dugaanNya. Ala klise sangat kan kata2 ini... So sori yerk...

Tuesday, November 11, 2008

Kerian (Parit Buntar)


Bangunan Perak Darul Redzuan*DUN kat dlm bangunan ni la

Aku baru jer sampai dari Manjung. Hari ini ala-ala bZz gak, tapi bukan di Opis, tapi di luar. Awalnya aku ingin terus ke Manjung, tetapi permintaan opisernya untuk datang lewat sedikit kerana terpaksa menghadiri taklimat projek ternakan ikan kerapu harimau (aku tidak dijemput walaupun department aku yang akan keluar kan duit & klu jemput aku kan banyak lak songel aku). Menteri pun dah naik marah ngan aku....kuang300X.

Tapi takder cerita menarik hari ini, paginya aku ke Dewan Undangan Negeri Perak, menghadiri sessi ke 2 pembentangan rang undang2 pembekalan bagi bujet 2009. Kehadiran aku agak lewat, 'bidan terjun' sebab timbalan xdapat hadir. Persidangan telah bermula, dahlah susah nak dapat parking:-(. Rupanya perangai orang 'U Might Not Objek' sama jer walaupun di Parlimen s ataupun di Negeri...No komen sebab kat TV yang ditunjukkan adalah berbeza...Amat berbeza...

Jam 1pm aku terus ke Manjung, dan setelah singgah beberapa tempat bermula Setiawan, manjung, Pekan Air Tawar dan Sri Iskandar, aku berjaya sampai Ipoh kira-kira jam 9.00 pm. Tapi apa yang aku nak sharekan lah pics masa aku pergi kerian minggu sudah 05.11.2008 (Rabu). Enjoy...

PB054883
Kuala Piadang

PB054940
Membajak Sawah...

PB054930

PB054932
Jinaknya si Burung Bangau...

My creation

My creation

My creation

Inilah beberapa pics yang sempat Panda ambik semasa lawatan minggu lepas. Utara Perak memang mempunyai langskap yang sangat menarik. Dengan kehijauan padi luas mata memandang dan diusahakan secara tradisonal oleh penduduk kampung (dah pakai mesin la) Kalu pergi waktu senja, mesti mavelous picsnya... Nanti aku cerita lak pasal Taiping dan tempat yang di cadangkan oleh kembara musafir (Tak leh link kat sini sebab dia tak kasi aku tgk blog dier)...

Friday, November 7, 2008

Taman Negara Lambir & Luak Asplanade, Miri


Hari ini, paginya ada jemputan sarapan di Sri Malaysia. Bukanlah jemputan formal cuma bertemu denga ex-coursemate masa di Arau dahulu. Hendak diharapkan buat gathering memang payah lah. Hendak2 bila dah tua-tua ni (tua ker?) dan ramai yang ada komitment terhadap keluarga. Bukan senang nak bawa anak2 dok kompul dengan older ni... nanti lain lak jadinye.

Siri terakhir kisah perjalanan ke MIRI. 02.11.2008 (Ahad)- Walaupun pada awalnya hendak ke Niah, tapi memandangkan malam sebelumnya tido jam 2 pagi dan aku menyambung tidur setelah subuh dan berjaya membangunkan diri jam 11 berikutnya. Planning terpaksa ditangguhkan ke jangka waktu yang belum di tentukan lagi... So, kekawan decide untuk membawa aku ke Taman Negara Lambir. Sebelum tu, makan di restoren Nusantara, Makan Ayam Penyet... Best gak, sesuai dengan nafsu makan aku.

My creation

Masakannya memang simple, Ayam atau daging atau ikan yang digoreng (ayam penyek katanya), nasi putih, salad , timun dan kobis segar atau dicelur dan sambal belacan tomato. Basuh tangan pakai mangkuk yang ada limau. Yang bestnya air kat sini betul-betul lemonade ataupun teh ais lemon bukannya limau kasturi. Padan lah dengan harganya yang ala2 divas berbanding di Semenanjung...

Perjalanan diteruskan ke destinasi yang di tuju-Taman Negara Lambir...

My creation
Tenang dan nyaman sekali...

My creation
Sempat juga berposing ala-ala majalah Mangga...

My creation
Posing sebelum balik

My creation

Perjalanan petangnya ke Luak Asplanade, katanya antara pantai yang dikunjungi ramai warga Miri cuci mata melihatan keindahan Senja dan pemastautin Miri. Aku juga dapat makan kepak ayam bakar (Resipi Borneo), lastly seingat aku makan kat Sabah tahun 2000 yang lalu. Makan 8 tahun lebih maa...

Malamnya kami keluar makan disekitar untuk akli terakhir bagi aku, buat kali ini. 03.11.2008 (isnin) paginya mengikut Wan Hidayat ke Pulau Melayu. Jam 8 pagi meninggalkan rumah rush ke airport. Nazri ada menunggu di sana. Pesawat AirAsia menepati waktunya jam 10.05 dan sampai jam 11.55 pagi. 20 minit lebih awal dan ini kali pertama bagi akau yang dah 6 kali x2 menaiki AirAsia ini... Rasa bangga semacam jer..

Maka habislah Siri Miri aku ini. Lepas ni sambung cerita lain lak lah....

Wednesday, November 5, 2008

Dari Miri ke Brunei Darul Salam

Baru balik dari Kerian aka Parit Buntar, tapi aku xnaklah masukkan entry pasal Kerian... Tapi lebih pasal pengalaman di Miri weekend sudah. 01.11.2008 (Sabtu) Aku bersama Nazri ke Brunei, agak lewat, sekitar jam 10 pagi, sebelum itu sempat singgah ke E-mart untuk menukar wang kepada Brunei Dollar, just BD20 atau RM50, Sempat melihat buah Dabai fresh, walhal semasa kehadiran aku ke bumi Kenyalang sebelum ini belum berkesempatan melihatnya lagi.. Katanya buah ini ada di bumi Borneo sahaja... Xpulak aku merasanya...

Bumi Brunei, sebelum memasukiya, dikenakan tol sebanyak RM10 disebelah Malaysia dan BD3 disebelah Brunei, perjalanannya lancar. Bumi Brunei sama seperti Miri, kawasan hutan berpaya yang sangat luas. Tiada kawasan perumahan yang luas sehinggalah sampai ke Bandar Sri Begawan... Cuaca amat baik, dan panas yang amat...

Kami sempat singgah seketika di Jerudong Park yang tiada tetamu itu..kosong dan di tinggalkan sepi. Cuma untuk mengambil beberapa gambar dan perjalanan di teruskan ke Empire Hotel & Resort. The biggest Hotel di Brunei. agak bertuah, kerana waktu itu ada lawatan Putera England, Prince Charles ke Brunei. Sempat beberapa shots disitu.... Hotel yang agak mewah dan besar..



My creation


Perut agak lapar, perjalanan diteruskan ke Bandar Sri Begawan untuk melawat Masjid yang terkenal di Brunei, Masjid kubah emasnya, masih lagi terdapat kerja-kerja renovation disitu.. tapi keindahannya masih ada..dan masjid ini memang indah...

My creation

Jam3, kami terus kembali ke Miri, kerana katanya ada program ambik pics kat pantai, tapi meleset...sampai agak lewat, sekitar jam 5, program ditukar ke mengambil gambar senja di tasik senadin berhampiran rumah rush.

My creation

Esok, sekiranya berkesempatan akan menyambung kisah hari ke3 di Miri. walaupun sempat makan malam bersama rakan-rakan dari Miri. tapi restoren yang dikunjungi tak berapa berkenan nak aku promotekan disini. Tanya orang tempatan lah k....

Tuesday, November 4, 2008

Miri, Serawak


AlhamduLLILLAH... kembali aku ke opis ahri ini, setelah hampir 60 jam berada dalam perjalanan di Miri Serawak...juga sempat singgah di Brunei. Banyak rekod yang dicapai disini.... antaranya:

1. pertama kali aku naik AirAsia tanpa delay dan yang bestnye perjalanan balik sampai LCCT cepat 20 minit dari jadual.

2. Aku habiskan kurang RM100... Tapi bila sampai Kl, aku abiskan beratus....

3. So bila duit tak abis disana, maknanya ertama kali tanpa cenderahati buat kawan2 di Semenanjung dan juga untuk diri aku... Ini langkah pertama bagi aku mejadi totally traveller...

4. Aku kena pergi ke Miri lagi sebab matlamat asal tidak tercapai...untuk ke Gua Niah...

5. Aku tak tau mana aku letak jacket Dookers (Hadiah) aku....

Anyway aku amat berpuas hati dengan lawatan jalan2 cari ** ke MIri ini, orangnya baik2 bah...



31.10.2008 (Jumaat) aku cuti hari ini, menaiki bas jam 8.30am dari Ipoh, dan sampai kira2 2 jam 30 minit kemudian, meneruskan perjalanan ke KL Sentaral, lunch dan abik bas 12.00pm. Sejam tiba di LCCT, Checkin dan rasa lapar lak, lepas solat Zohor, keluar mencuci mata di Food Garden dan abik light food..makan Pao Boa'... Best gak Poa ni...

Tepat 2.30pm masuk depentura hall dan jam 3.00 pun aku dibawa terbang oleh Air Asia....




Tiba di Miri jam 5.15pm seperti dijadualkan... Rush si Tepak Sirih pickup aku dan di bawa ke Bintang Mall...memandangkan aku masih Jet Lag..Tkder la pic di ambil....

Malamnya, diorang bawak ke restoren yang aku dah lupa namanya, sebab lapar kot.... Katanay pemiliknya orang semenanjung yang berkahwin dengan local... aku makan Laksa Serawak yang masam.... Rasanya amat berbeza dengan apa yang aku makan masa di kuching dulu...







Sempat la bergader-gadering ngan beberapa teman baru dan lama dari Serawak... Kebetulan alfean Aziz pun berada di MIri, so, ajak la dia join sekali... lain-lain info kat facebook aku yerk...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com