Sunday, October 19, 2008

Cintaku di makan anai-anai...


17.10.2008 (jumaat)- Setelah seharian berada di perjabat tanpa amcomplishment. Satu paperwork pun tak aku habiskan atau ku sentuh. Hari Isni ni kena pulun la, sebab selasa (21.10.2008) akan ke Teluk Intan dan ke Manjung. Melawat beberapa perojek yang agak disangsikan kesahihan nya...

Apakan daya, hidup mesti diteruskan walau apa pun terjadi sehingga 'Malaikat" berada di jendela nanti bagi menjemput aku dan ko orang sama. Balik-balik rumah, selepas solat magrib, yang sunyi.. ala2 lepas hujan... aku mendengar bunyi yang mat menakutkan. sesuaatu yang merayap dengan rakusnya. Semasa di seremban, memang biasa dengan bunyi ini. Bunyi yang banyak merosakan harta benda. tetapi di Seremban aku telah mengambil langkah yang lebih proaktif dengan membunuh mereke dan keluarga mereka... Tapi tak la berkesan mana pun, tak sampai 2 bulan datang balik.


Yang aku kesalkan, sebelum balik raya hari tur, dah abis 1 kotak perkakas elektrik aku dimakannya, terpaksalah aku membuang segala mesin ogawa yang didapati secara percuma semasa birthday 2-3 tahun lepas, siap aku bakar semuanya sekali. Jadi bila balik raya semuanya okjer tapak lama. Ni tetiba lak menyerang rak buku aku. Abis buku2 yang dipinjam, dibeli dan dihadiahkan oleh ehem2, kawan2, janda2 dan diri sendiri dimakan. Album gaambar zaman kegemilangan aku pun abis dimakannya... Marah betul aku. WAh... MARAHNYER!!!!

Memandangkan aku jenis cool ajer... Walaupun membuak2 di dalam dada... dengan selambanya aku mencampak buku yang ada dan dengan selambanya menyembur racun penyembur nyamuk. Aku biarkan agar mereka mati... Ha ha ha..

MATI!!! MATI dan MATI!!!!



Kekadang silap aku gak, buku bila masuk rak, takder lah nak diambil dan di selak kembali. Sekadar perhiasan, Seperti kata Syed Faisal, kita tak baca, anai-anai la baca... So.. Pikir lah sendiri...

Hari Sabtu (18.10.2008), Majlis gotong royong memotong rumput kat rumah. Hari ini juga ada exam UKKM kat RMC. Aku pun tak dapat nak pergi mana-mana. Kak Shah, takleh la nak g berhari raya rumah kak Shah. Siap merajuk Kak Shah taknak balas sms, msg & email sebab tak gi rumah dier... Tak kelas la merajuk2 ni... Setiap orang ada masalha jiwa sendiri. Kekadang memerlukan sedikit ruang untuk membuat keputusan dan menyendiri.

Cuma tengahari, sempat lah ke rumah opismate, openhouse katanya. walaupun waktu tu kitaorang lapar tahap gaban. dari pagi tak makn. bila terlebih makan... paham2 jer la, ditambah dengan hujan yang mencurah-curah. Kami tidur dengan lenanya...

Ahad (19.10.2008)- Perut dah lapar, hari pun dah tengahari, housemate ajak pekena mee sop kat Lok Kim atau memory lanes di bandar Ipoh. Setiap ahad ada pasar barang-batang antik dan macam2 barang yang boleh di sangsikan keberdapatannya...

Apa yang dijual..Macam-macam ada, dari baju, periuk belanga, kasut, parang, telepon bimbit, motor, kereta dan makanan... kalau datang Ipoh bolehlah menikmati suasana meriah di Lok Kim ini setiap Ahad dari jam 8 pagi ke 12 tengahari....






Bila tiba hari minggu macam ni lah, selain dok mengadap PC, TV dan keluar makan bersama kawan-kawan atau housemate, kita orang tido. Esok dah nak mula kerja balik. Minggu depan dah cuti 3 hari lak. Tak tau per nak buat. Walaupun ada perancangan nak turun KL, tapi banyak lak problem yang muncul. Klu dok Ipoh, mau mati kutu lak. Sema housemate dah balik kampung... Ada cadangan?

4 comments:

  1. Kesian PANDA berperang dgn anai2. Agaknya K.Sha yg hantar tentera anai2 tu sebab PANDA tak nak datang openhouse rumah K.Sha. Mami buat laksa penang bawak kerumah K.Sha.

    ReplyDelete
  2. gi ler ke Kuale Kangso ataupun Tepeng

    Kuale Kangso - gi pasar kat Lembah (dataran tepi sungai perak, makan laksa Pak Ngah + cendol....), check out kraftangan2 & other stuffs yg depa juai kat kedai2 kat lembah tuh.. mana ler tau kut ada keperluan nak beli jala ker, parang ker, keris ker, beli souvenirs ker, tudung saji ker... labu ker, pasu ker... then go visit Mesjid Ubudiah kat atas Bukit Chandan, then visit muzium di raja kat sebelah istana bukit chandan... then check out bangunan MCKK, and the first pokok getah in Malaysia (tinggai sebatang jer...)...

    then go to Tepeng (pegi pagi lagi baguih), singgah kat Pasar Changkat Jering, check out the pasar & have breakfast there, then continue journey to Tepeng, gi zoo tepeng, check out lake garden tepeng, ambik gambo bangunan2 zaman kolonial kat sekeliling lake garden tuh...

    after that, can go to Bukit Merah Lake town resort,... have fun time with frenz kat sana....

    settle program utk satu atau 2 wknd... boley?

    ReplyDelete
  3. then can go lumut or Pangkor... hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com