Thursday, November 20, 2008

Air Kelapa Limau & Laksa Gandum


Takde apa nak diceritakan pada minggu ini, sepenuhnya dalam pejabat. Tak tau la esok atau lusa. Memandangkan aku akan tidak berada di pejabat sepanjang minggu lepas. kesempatan ini aku menyiapkan laporan untuk dibawa ke mesyuarat di Kuantan nanti.

Semalam, buat kali ke dua pada tahun ini, hati nak menonton malay movie di Ipoh Parade, pada mulanya nak booking, tapi wanita penjawab telefon tu kata, "Xper en. datang jer, banyak tiket lagi" maka dengan bersemangatnya aku or 'kami' bergegas ke Ipoh Parade. Resultnya... "En. movie ni telah dibatalkan untuk hari ini...."

Satu gak aku nak komen pasal movie ni, puas aku cari kat www official site movie, takder lak aku jumpe, yang ada review dari independent source jer... Payah gak klu Universiti buat movie seni tapi gagal promote untuk masuk pasaran komersial. Carik Pic kat net pun xdapat..ada yang cenonet jer...

PB165126

Laksa gandum, lama gak tak makan laksa ini, ingat masa belum akhir baligh dulu... Kat kampung akan adakan aktiviti membuat laksa gandum ini, Ibu-ibu akan membawa gandum untuk di uli besama-sama. dan dimadukkan dalam acuan yang dibawahnya terdapat kawah air panas yang mengelegak. Adalah makcik akan bergilir-gilir memusing acuan tur sampai habis gandum. kerja-kerja membuat laksa gandum lebih rumit dari laksa beras. Aku pun tak pasti aktiviti ini masih dilakukan atau tak. Yang palih mudah beli jer kat pasar malam.

PB165129

Kalau tuan puan ke Kuala Kangsar, nak makan laksa gandum bersama Air Kelapa Limaunyer, bolehlah singgah di kampung Basung, jalan ke Kota Lama. Tidak jauh dari Trafik light jambatan baru ke Sayung tur. Depan Taman jalan masuk Taman rekriasi JPS Kuala Kangsar. Bukan kedai yerk, just gerai untuk breakfast kot. Hanya menggunakan atap kanvas dan tak berdinding bawah pokok... tepi jalan. Bukannya restoren ala2 Divas gitew....

Ok, aku pun nak sambung preparation utuk g Kuantan dan menghadiri peperikasaan FMUTM 25.11.2008 di Damansara dan terus ke Best Westen Suria Cherating Kuantan pada 26-29.11.2008. Klu sempat nak balik terengganu jap kot.Sempat ker?

3 comments:

  1. Weh ! pergi Kuantan, kampung koi jgn lupa singgah makan keropok lekor kat Kuala Kemaman - dekat je dgn Suria Cherating tu. Koi nak gi cuti-cuti Malaysia kat kampong awok - Rompin, stay kat Serai Lanjut Resort. Macamana lah ye kat sana - dah dekat 15 tahun tak kesana - agak2 LRT pun dah ade kat sana kot. he he

    ReplyDelete
  2. tingin aku nk rasa air kelapa limau tuh

    ReplyDelete
  3. Patut pun BUCITTTT....tak abih2 make...hikssss...

    Tok Sheikh....selamat menunaikan solat jumaat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com