Monday, September 29, 2008

Entry Sebelum raya

27.09.2008 (Sabtu)Memulakan perjalanan selepas asar, selepas mengores kad kredit untuk persiapan raya di Parkson (Ipoh parade). Waktu aku meninggalkan rumah, Ipoh dah mula mendung, hujan rintik2 di Simpang Pulai. Perjalanan lancar ke arah Selatan, cuma arah utara agak agak bertali arus kenderaannya. Singgah di RnR Ulu Bernam untuk berbuka puasa. Sampai betul-betul azam magrib. Setelah solat Magrib, jam 8pm, diteruskan perjalanan...dalam 8.45pm dah masuk Kota Damansara, memang plan nak transit KL, sebab aku tau takleh drive lelama sangat, terutama malam..Bila kereta depan dah jadi dua, aku kena stop la. badan aku waktu tur pun dah seram sejuk..demam masih belum kebah, dan masih kena pakai baju tebal. Mauk 1U, jalan jem giler, ambil kesempatan jumpe member 'baru' tapi lama Si Mansuri, sempat la bersembang panjang sementara menunggu jem reda, alih-alih dah pukul 12am. kesian lak si zainur tunggu kat rumah dia, dah la tumpang rumaah orang, siap sampai lambat lagi.

Kondisi aku makin teruk dan xlarat, tido jam, jam 4 pagi keluar pegi sahur di mutiara Damansara, abis kul lima..blum sambung tido, Batuk aku makin teruk... Makan Ubat dan Selepas solat subuh dapat aku tido walau xberada lena dan kerap ke bilik air. Tetiba dapat call jam 1.30pm, rupanya aku terlewat bangun. Tak sempat aku nak balik Rompin hari ni, klu diteruskan juga perjalanan, mau malam baru sampai lak kat rompin. Dalam keadaan sekarang, tak sanggup tanggung risiko balik lewat malam. Antara Muadzam dan Rompin penuh dengan kelapa sawit dan belukar, nanti ada yang melintas tertiba...tak asal masuk parit:p

28.09.2008 (Ahad)-5 petang, keluar untuk mencari tempat berbuka bersama zainor. Zainor ni exhousemate di Seremban (Dis 2004-Nov2005) semasa dia bertugas disana. lama gak tak jumpe dia ni. Klu jumper pun berselisih kat hiway jer... Dah hampir 3 tahun, tu pun jumpa baalik dalam facebook. Bukan nak bagitau aku dia tukar di Kelana Jaya. lagipun aku kehilangan no hp dia bersama hp aku...

Sempat berbuka di Alladin kelana Jaya (Chinese Restoren). Biasa la waktu berbuka tak sempat nak snap banyak pics.... Iji sekeping jer yang sesuai di addkan kat sini.


Lepas solat magrib, kami ke 1U, Zainor abiskan duit dia, aku buat xtau jer..mood shoping xder. Minda terganggudengan beberapa perkara. Entahlah, tu jer yang aku boleh sebut dan pandai sebut bila ada masalah. Sapa cari pasal, sendiri gak yang tangung. Kekadang terpikir gak, dah seronot single mingle ni (seronot ker?) nak ber relationship. Rupanya gurauan lak semata. Cuma nasihat panda, bia makin tua ni, makin sensitif dan premitif. Tak banyak menda yang berkaitan hati dan perasaan boleh buat bergurau. Klu hal lawak boleh la. Bukan mudah untuk mencari yang baik dan berkualiti, yang ada pun pupus...tinggal hawa nafsu semata-sory ayat-ayat terakhir tidak berkait nagn zainor ok..

After that lepak kat Friendster di Damansara Perdana, ala-2 elities la, lama tak lepak tempat2 macam ni, sekadar mencari tempat best tuk bersembang, lama tak jumper katakan, banyak la cerita nak di kongsi....


Anyway hidup masih lagi diteuskan. malam dah menunjukan jam 1am. Sok aku nak drive another 5 hours...selepas sahur, tak nak pikir pasal relation lagi, banyak benda lain yang menyemak kepala otak aku ini. nant makin kurus lagi... kan dah Xcute Kuang300x. macam orang berpenyakit TB jer bila kurus sangat... Thanks Zainor for hospitality... jasamu di kenang..

Last n not least...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

yang penting aku happy (Happy ker?)

2 comments:

  1. Hola,

    Selamat hari raya. Aku dah update alamat blogger aku kat http://alfean.wordpress.com/

    Thanks...

    alfeanaziz

    ReplyDelete
  2. Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran .....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persahabatan kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....

    Ketupat diletak di atas para
    Rendang diletak di bawah titi
    Andai ada tersilap bahasa
    Maaf dipinta menyusun jari

    Adat jauh kata mengata
    Adat dekat puji memuji
    Andai ada tersilap kata
    Maaf dipinta sepuluh jari

    Sungai disusur sepanjang sehari
    Dalam gelap menangkap ikan
    Kami menyusun sepuluh jari
    Salah dan silap harap maafkan

    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

    wassalam

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com