Friday, September 5, 2008

Black Friday...


Hari ini dapat email dari bos yang arahkan aku jumper dia pagi ini bersama beberapa senarai fail yang belum diwujudkan fail induk. Teruk gak keadaannya ini, siap s.k emailkan kat all head department di hq..baru-bau ini ada 49 fail yang tidak diwujudkan fail induknya... aku pun heran, y lak yang tertinnggal, dengan sopan santun suruh staff aku updatekan atau laksanakan kerja yang patut mereka lakukan sejak bulan apri yang lalu. Tapi aku bagi kat staff baru aku, bukannya bagi kat staff yang dah nak expired. Aku ni takder skill management, tuk manage staff lah, sebab diorang tak penah tegok aku marah lagi.

Bos pun sound dalam perjumpaan pagi, aku pun terkedu gak. Aku pun tak mahir atau tak tau pasal sistem-sistem IT ni, staff yang buat jer, aku cuma mengesahkan jer. nak check semuanya mana nak tercheck, dah la dari proses (memang kerja kau menyelaras) semua loan yang masuk dari 10 daerah di Perak, dan kerja-kerja selepasnya di uruskan oleh staff. Tu tak termasuk lain-lain benda yang perlu diselesaikan. Cuma nasib aku lebih baik dari rakan-rakan negeri lain yang dah handle lebih 500-1000 fail setahun, aku baru 1/4 dari jumlah maksimum diaorang...

ada lagi benda yang yang lebih dasyat yang perlu aku setlekan segera, dalam tempoh minggu depan nak kena setle gak. nanti rosak reputasi semalaysia. aku pun jenis tak pandai nak bagi alasan. Staff aku cukup pandai sampai aku terkedu dan terpaksa mengaku aku yang salah.... Sekarang cuma nak kurangkan impact pada aku jer dan juga lain-lain orang yang cuai... aku lah yang cuai sebab tak semak.

Dengan berkat bulan puasa yang mulia ini, kes pertama dapat selesai sebelum jam 12 tengahari tadi, cuma kes satu lagi dan abik langkah proaktif, cuma tunggu Isnin ni nak basuh officer yang incharge benda ni, nasib baikdia cuti seminggu.. Jadi staff yang ala-ala blurr jer la kena serpihan skit-skit dari aku..
Harap keadaan akan lebih tenang. Dua hari (weekend) yang ada ini dapat aku rehat seketika. Nasib baik puasa, klu tak tentu berat aku naik lagi:-P Tapi makan berbuka pun buntat juga aku. tabiat sayang nak buang makanan yang dah ada dalam pingan. Bila dah beli dan ada makanlah...Tak nak lah jadi saudara Syaitan, walhal sema dah kena rantai kat laut nun....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com