Monday, September 29, 2008

Entry Sebelum raya

27.09.2008 (Sabtu)Memulakan perjalanan selepas asar, selepas mengores kad kredit untuk persiapan raya di Parkson (Ipoh parade). Waktu aku meninggalkan rumah, Ipoh dah mula mendung, hujan rintik2 di Simpang Pulai. Perjalanan lancar ke arah Selatan, cuma arah utara agak agak bertali arus kenderaannya. Singgah di RnR Ulu Bernam untuk berbuka puasa. Sampai betul-betul azam magrib. Setelah solat Magrib, jam 8pm, diteruskan perjalanan...dalam 8.45pm dah masuk Kota Damansara, memang plan nak transit KL, sebab aku tau takleh drive lelama sangat, terutama malam..Bila kereta depan dah jadi dua, aku kena stop la. badan aku waktu tur pun dah seram sejuk..demam masih belum kebah, dan masih kena pakai baju tebal. Mauk 1U, jalan jem giler, ambil kesempatan jumpe member 'baru' tapi lama Si Mansuri, sempat la bersembang panjang sementara menunggu jem reda, alih-alih dah pukul 12am. kesian lak si zainur tunggu kat rumah dia, dah la tumpang rumaah orang, siap sampai lambat lagi.

Kondisi aku makin teruk dan xlarat, tido jam, jam 4 pagi keluar pegi sahur di mutiara Damansara, abis kul lima..blum sambung tido, Batuk aku makin teruk... Makan Ubat dan Selepas solat subuh dapat aku tido walau xberada lena dan kerap ke bilik air. Tetiba dapat call jam 1.30pm, rupanya aku terlewat bangun. Tak sempat aku nak balik Rompin hari ni, klu diteruskan juga perjalanan, mau malam baru sampai lak kat rompin. Dalam keadaan sekarang, tak sanggup tanggung risiko balik lewat malam. Antara Muadzam dan Rompin penuh dengan kelapa sawit dan belukar, nanti ada yang melintas tertiba...tak asal masuk parit:p

28.09.2008 (Ahad)-5 petang, keluar untuk mencari tempat berbuka bersama zainor. Zainor ni exhousemate di Seremban (Dis 2004-Nov2005) semasa dia bertugas disana. lama gak tak jumpe dia ni. Klu jumper pun berselisih kat hiway jer... Dah hampir 3 tahun, tu pun jumpa baalik dalam facebook. Bukan nak bagitau aku dia tukar di Kelana Jaya. lagipun aku kehilangan no hp dia bersama hp aku...

Sempat berbuka di Alladin kelana Jaya (Chinese Restoren). Biasa la waktu berbuka tak sempat nak snap banyak pics.... Iji sekeping jer yang sesuai di addkan kat sini.


Lepas solat magrib, kami ke 1U, Zainor abiskan duit dia, aku buat xtau jer..mood shoping xder. Minda terganggudengan beberapa perkara. Entahlah, tu jer yang aku boleh sebut dan pandai sebut bila ada masalah. Sapa cari pasal, sendiri gak yang tangung. Kekadang terpikir gak, dah seronot single mingle ni (seronot ker?) nak ber relationship. Rupanya gurauan lak semata. Cuma nasihat panda, bia makin tua ni, makin sensitif dan premitif. Tak banyak menda yang berkaitan hati dan perasaan boleh buat bergurau. Klu hal lawak boleh la. Bukan mudah untuk mencari yang baik dan berkualiti, yang ada pun pupus...tinggal hawa nafsu semata-sory ayat-ayat terakhir tidak berkait nagn zainor ok..

After that lepak kat Friendster di Damansara Perdana, ala-2 elities la, lama tak lepak tempat2 macam ni, sekadar mencari tempat best tuk bersembang, lama tak jumper katakan, banyak la cerita nak di kongsi....


Anyway hidup masih lagi diteuskan. malam dah menunjukan jam 1am. Sok aku nak drive another 5 hours...selepas sahur, tak nak pikir pasal relation lagi, banyak benda lain yang menyemak kepala otak aku ini. nant makin kurus lagi... kan dah Xcute Kuang300x. macam orang berpenyakit TB jer bila kurus sangat... Thanks Zainor for hospitality... jasamu di kenang..

Last n not least...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin...

yang penting aku happy (Happy ker?)

Saturday, September 27, 2008

Salam Aidilfitri...

Hari-hari terakhir Ramadhan... 27 Ramadhan bersamaan 27 September 2008, Cuaca di Ipoh agak kelam, sejuk dan nyaman. Hari-hari terakhir sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman-Rompin. Masa yang di peruntukkan 10 jam memandu atau 7 jam tanpa henti...

Semua housemate dah pulang ke destinasi masing-masing semalam. Panda jer melopong kat rumah, ingat nak balik hari ini, tapi kesihatan masih belum mengizinkan, mungkin esok, selepas bersahur aku akan memulakan perjalanan. Ini bermakna Panda tak akan online selama mana berada di kampung...

Bila tak dapat online teringat lak iklan raya Petronas 2008. Macam aku lak, tapi kampung aku tak la perok sangat, cuma takder 3G dan zaman sekarang orang dah takde pakai fixed line dah (betul ker?) , jadi xder la line nak online. Tengok lah macam mana...


Anyway... Cuma nak ucapkan...

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Sepanjang Panda berada di sini...
Moga di panjangkan umur dan kesihatan, bertemu lagi dilain waktu...

Friday, September 26, 2008

Berbuka Puasa

Demam aku makin kebah... cuma masih lagi dibawah pengaruh dadah prekripsi oleh doktor.
25.09.2008 (Khamis) - Ntah macam mana, semalam tetiba darah aku naik, magrain, petang pitam. Tapi sebab janji punya pasal dan dah lama tak jumpe kekawan luar opis, pergi juga lah jemputan berbuka puasa kawan facebook ipoh ni... Walaupun tak semua ada account facebook ni. Yang penting majority la. Kami hanya berlima, Panda, Syed Faisal (aku pun tak ingat address blognye yang tidak di update itu...) Tony (aku tak pasti dia puasa tak:P), Dr. Hanip dan adek polis (lupa la namanyer & adek ker?).
Lokasi adalah di Hotel Impiana Casurina Ipoh, Thanks for Syed Faisal tuk sponsor voucher berbuka petang ni.

Panda, Syed Faisal, Dr. hanip
Tony, Syed, Dr. hanip

Aku terpaksa berbungkus gak, maklumlah suhu badan tak berada sesuai dengan suhu bilik... yang penting muka masih boleh maintain cute...kuang300x
24.09.2008 (Rabu) Opis aku menganjurkan program buka puasa gak, tapi ni sendiri-sendiri la. Bukanya dalam bentuk yang formal. Sendiri punya perut sendiri punya bayar. Lokasinya di D Kinta Garden, Pengkalan. Bersebalahan Tesco Pengkalan (baru jer buka).

Antara menu yang ada.

Semuanya lelaki, takder la, staff pompuan lambat sampai, kitaorang dah abis makan baru sampai. Dah tau nak berbuka, tapi datang lambat gak.. Anyway program berjalan lancar dengan perut kenyang dan makanan langsai walaupun tak berapa Umph pun makanan kat tempat ni. Just ok2 jer dari worse...
Hari ini (26.09.2008)? berbuka dirumah jer la, Housemate aku sorang dah dalam perjalanan ablik ke kampungnya di Alor Star. Sorang lagi akan bertolak malam ni lepas berbuka. Aku? Mungkin esok petang, cadang nak buka kat KL, tapi tak pasti lagi, bergantung kesihatan. kalau kepala tiaw lagi, kena la berhybinate di Ipoh ni sehingga boleh drive...

Wednesday, September 24, 2008

Cerita Tak Bertajuk-Ala-2 Bengang di pagi hari

Semalam 23.09.2008 (Selasa) Ingat kok nyer nak ke MAnjung, menyelesakan 10% masalah besar aku tur. Rupanya banyak benda lain lagi yang tak setle. Bengang betoi aku. Bagi mengurangkan Impak, amak aku pun keluar melawat kawasan di Bidur, melawat kedai borong beras dan seterusnya ke Sri Iskandar-kedai printing. Melibatkan perjalanan 200km, nasib baik bila keluar dapat la refresh kepala yang berserabut. dah lah Isnin dok melayan dua bumiputra bergaduh... Situasi macam ni sealu bergaduh, nak kata tak tau berniaga, ramai gak jadi ahli keparat..Jadi no komen..kan kerajaan tangung aku makan free 2 tahun lak...
Hari ini ada lah yang datang nak minta bayaran kemajuan dibayar kat dia terus, maximum 10% je kami boleh potong. Syarat kelulusan potong 100%, dah la projek pembekalan yang tiada amaunt tetap, Just maximum RM200k - 20.5% untuk 12 bulan. Dah la diberi RM50k, projek yang masuk just RM7k. Bila nak abis bayar. Duit pinjaman dah pegi mana?masa dah belalu 4 bulan. Mula-mula nak gak aku bersimpati, tapi siap ugut aku lak... MAsa nak proses loan dah pakai menteri, ni pun nak bagi tau menteri aku dah bagi. Aik? masa sain surat tawaran & perjanjian dulu tak baca ker? Menyirap darah aku. Nasib baik aku cool walaupun dalam mendidik. Aku cukup bengang kalau orang menggunakan nama baik menteri unuk kepentingan pribadi ni.... Sebagaimana kata K Sha, aku ni nak marah orang pun tak boleh, macam mana nak tumbuk orang. Dengan sopanya, aku kata, akan bawa meeting petang ni, dan comittee will decide, trus blah...Biar lah orang kata kurang ajar, tapi tindakan customer yang melampau ni la yang menyebabkan Goment servant ni bengang. Tak nafikan ada goment servant ni yang teruk, tapi bila diselidiki, menda ni sema datang dari stress & tekanan customer gak....
Lagi satu, bila nak raya, bertalu-talu lak orang telepon nak cek, macam-macam alasan. baru antar dokumen 1 jam terus call. Piagam 3 hari bekerja, biasanya boleh selesai kurang dari tempoh tu. Dan biasa la, kita hanya ada 2 kaki dan 2 tangan jer, bila staff cuti, mati, beranak etc, maka kaki dan tanagan pun takder. Orang lain nak ganti pun nak kena belajar.... mula terkedek2... Customer tau nak maki jer... Anyway, kami sebagai kakitangan yang komited..semua ini adalah asam garam bila berkhidmat untuk masyarakat..terutamanya untuk bangsa dan negara.... Jadi, tulisan sekadar cetusan hati di minggu-minggu terakhir bekerja sebelum cuti 10 hari. Kuang3000x
Ok, dah nak meeting, ada 13 fail nak di present hari ini, tetiba lak pengerusi mesyuarat menghilang...akhhh!!! Makin bengang lak aku:(

Monday, September 22, 2008

Syukur..Semuanya hampir Selesai

Setelah berbulan-bulan sakit kepala pasal hal kerja dan kes yang hampir menyebabkan aku pencen awal ini, akhirnya... Setelah ber-meeting melebihi 3 jam dari jam 2pm. Dapat jugak dokumen yang amat diperlukan. Walaupun dokumen ini sepautnya aku dapat 5 bulan yang lalu. Ini semua atas kesilapan dan kecuaian aku sendiri yang megheret beberapa depatment dan orang lain. Tapi staff aku buat dek jer... Bosnyer jer yang kemurungan untuk tempoh yang panjang.

Dalam macam tur pun, satu-satu dosa terbongkar yang menyebabkan aku terkedu.. Lagi dan lagi. Dosa-dosa silam terus menghantui... walaupun dosa itu dibuat orang lain (aku tak ngaku) tapi mak bapak dia juga masuk neraka sebab anak-anak dia... Ini menyebabkan aku kena lebih berhati-hati dengan anak buah ni...kan tak pasal-pasal aku masuk H**l.
AlhamdulLILLAH syukur, tinggal 10% lagi yang aku kena selesaikan esok. Jadi nak tak nak aku la yang kena pergi Manjung untuk setlekan apayang patut lagi. Kena la aku tangung kosnya dan segala denda yang perlu dibayar... Larikkk Bujet aku, baru dapat bonus 1/2 gaji.dah la Tax kena bayar 1k... abis duit shoping raya...
Nasi briani pongkok ayam (sekadar gambar hiasan)....

Sunday, September 21, 2008

10 malam terakhir...

Ramdhan telah berada di fasa ke 3, iaitu 10 hari yang terakhir, di mana fasa pelepasan dari Neraka jahanam... malangnya, bila makin akhir makin lah malasnye.. Setan belum lagi terlepas, nafsu makin lemah...Tapi aku makin malas... Malangnya hidup ini, tidak dapat memanafaatkan peluang dan anugerah yang diberikan kepada muslimin dan musliman...

20.09.2008 (sabtu)- Antara hari yang tidak dimanafaatkan oleh aku, pakat2 dengan housemate siapa paling lewat mungkin. kuang 3000X. Tapi solat subuh tak tinggal tau, tido pun selepas jam 10.30 pagi.. Sebelum tur mata cerah. selepas solat zohor, singgah ke Ipoh Parade, jupe Dr. Hanif & the geng, bukan nak dapatkan rawatan atau ubat (bukan makan ubat pun aku ni), just nak window shoping tuk hari raya ni. Takder yang menarik nafsu aku pun tambahan tunggu gaji isnin ni, klu cukup bujet boleh la shoping sebelum balik raya ni..

Petang, ngan housemate pegi la bazaar ramadhan di Taman Cempaka, (berhampiran Politeknik Engku Omar yang ala2 popular tur) katanya ala2 divas kat situ, bila sampai..terkuciwa lak aku, just dalam 20 gerai jer... Jadi beli la ayam percik..nak cari sop panas pun takde...


Abis tur, terus cabut ke Bazaar Ramadhan di Stadium Ipoh. kan situ much better la... Maka aku daptkan sup lembu panas yang busuk lagi tak best (beli sebab tak boleh rasa dan satu-satunye sup panas kat situ). 1st time la aku tak hirup sop sampai habis. Potong stim betul...
Kat Ipoh ni, Bazaar Ramadhan yang besar berada di taman perpaduan, area Tambun atau ulu Kinta, aku pun xdapat nak pastikan yang mana betul. Maybe yang terpanjang kot kat Ipoh ini. Aku pun baru sekali ke sana, +-12km dari pusat bandar Ipoh. Tempat-tempat lain yang kecil2 di Greentown Mall, Medan Gopeng dan Chemor pun ada beberapa gerai...

Bila dah akhir-akhir ni, mood pembeli pun berkurang. Banyak penumpuan kepada kuih raya lak dan pakaiana, langsir etc.. Shoping mall pun orang berpusu-pusu keluar masuk, walaupun ekonomik makin teruk dan tak nampak tanda-tanda pemulihan lagi. Cuma makin menjunam adalah...

Wednesday, September 17, 2008

Berbuka dengan Su...


Perak cuti hari ini, Seperti biasa kalau cuti2 macam ni, mesti ala-ala mati kutu. Maklumlah dok sesorang kat Ipoh ni. Housemate sema bercuti panjang mula dr jumaat lepas lagi. Thanks sekali lagi kat Dr. hanif teman berbuka dan bersahur. Panda tau dier pun boring kat Tanjung Rambutan nuunn (bukan kerja kat hospital bahgia k)...

Balik, singgah Jusco jap. Tak tau per nak buat, jadi layan la movie Halloween 2007 yang tak berapa best ni. Walaupun dari segi idea awalnya bagus, cuma agak hilang arah dan ntah aper-aper ntah... tengah dan endingnya hampir sama dengan lain-lain holloween sebelum-2 yer. Cuma bila tengok cerita yag ada adegan romen2 (kena sensor la) dan ketuk2 hingga keluar darah rasa mual lak..nasib baik perut kosong... Tapi xder la ganas sangat... klu bulan xpuasa mau aku gelak jer movie ni...
14.09.2008 (Ahad)-Buka puasa yang ke 3 diluar rumah... Lepas meninggalkan rumah K shah dan ke IKEA (Saja tengok2 jer-bujet dah ciput yang amat). Aku terus ke rumah adek aku kat wangsamaju. berangan nak tumpang tido, almaklumlah ada date yang pertama selepas 5 tahun (baru aku sedar dah lama aku tak date ngan pompuan ni) Kali pertama date masa blajar kat UiTM dulu, tu pun kt KFC Dungun (2000). Lepas tur (2003) kat MC D CIty Plaza, Alor Star ngan extunang. Wah lama giler...

Hari tur pun hujan ranyai-renyai, sewajarnya membangkitkan suasana romantik gitur... Tetiba adik aku lak nak ikut, sebab adik-adik aku yang lain dah balik ke kolej masing-masing. Jadi xberbuka kat rumah dia la. Panda ok jer... So we decide g Jusco Wangsamaju dan tempahlah makan kat Secret Recipe... Jadi ni xdi kira dating la..maybe tunggu genap 10 tahun kot baru la aku boleh dating lagi..Waaakh!!! sedihnyer....

adik aku & famili


Tengok sapa yang berbuka ngan aku..aha,blogger gak....
Aku & Sue, kuang3000x

Tuesday, September 16, 2008

Berbuka bersama Pelajar Tahfiz 'Dato' Keramat?'

13.09.2008 (Sabtu)-Setelah ditinggalkan bersendirian dirumah oleh housemate (Thanks hanif tuk bersahur sama) aku abik keputusan untuk ke KL. Program ni dirancang hampir sebulan yang lalu, ketika di rumah K Sha (entry terdahulu) lagi. Akhirnya program yang dirancang oleh penganjur telah terlaksana dengan jayanya. Program berlangsung di Surau Al Ansar di Dato' Keramat, lorong kiri 5, kehadiran pelajar tahfiz seramai 30 orang dan diserikan oleh penganjur pun dalam 20 orang (yer ker?) dan pengunjung tetap surau berkenaan.
Gambar yang diambil sebelum berbuka, ada tazkirah pada waktu itu, aku sebagai orang jauh ni, biasa la..sampai waktu tazkirah nak abis la, yang penting sebelum waktu berbuka... Betul tak Mummy?
Bila lepas berbuka, muka lagi ceria tambah-tambah dengan solat maghrib secara berjemaah (lama tak berjemaah magrib ni) bulan puasa yang selalu pun solat Isyak. Itu pun kalau tak ponteng terawih la....


Setelah abis 8 rakaat, penganjur dah pakat-pakat cabut. Tapi sempat buat witir k... Ko boleh? dalam pada tur sempat lagi posing buat kali terakhir sebelum balik ke destinasi masing-masing. Thanks for K Sha & Abang Ikan for hospatility + sahur.
Ahad ada lagi diner kat Luar buat kali ke 3 bulan Ramadhan ini... Panda jarang makan kat luar walaupun ada jemputan. Lebih selesa dirumah bersama housemate. Kan tak cukup korom lak klu aku berbuka kat luar...
Lagi pics kat facebook k...

Monday, September 15, 2008

Lorr... Ceria la skit...di pagi Isnin

Cerita-bergambar:-P











Dedicated to all those married couples, and those planning to get married.
(AKu La tur)


Marriage Life Before and After !!

Before marriage,
'Darling here.. darling there...'
After marriage,
Baling here... baling there..

Before marriage,
'I die for you. . .'
After marriage,
'You die, up to you. '
Lagi lama married,
'You want to die I help you!'

Before marriage,
'You go anywhere. . I follow you.'
After marriage,
'You go anywhere. . up to you .'
Lagi lama married,
'You go anywhere better get lost!!'

Before marriage,
'you are my heart, you are my love'
After marriage,
'you get on my nerves. '

Before marriage,
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After marriage,
'you are worse than godzila'

Before marriage,
'Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you'
After marriage,
'Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you'

Before marriage,
Every makan he brings you to Shangri-La
After marriage,
You want to go, he says 'you wait-la'

Before marriage,
She looks like Anita Sarawak
After marriage,
Don't know whether katak or biawak

Send these messages to your online friends who need a good
laugh....................... esp if they are married......... !!!

Awas..Perempuan Kaki Belit...


Saja jer, nak cooldown dr monday blues... sebelum menumpukan perhatian kepada kerja dan problem2 yang ada... ramai lak pagi ni customer nak jumper aku, mana officer lain yerk?

Friday, September 12, 2008

Panda dah tak cute lagi...

Macam pernah dengar jer... tapi xsama lah... Apa yang aku nak tulis? Aku pun xpasi, jadi aku merapu lepas Solat Jumaat di Masjid Negeri Perak. Atu di sebabkan kepanasan melampau setelah hujan beberapa minggu? Mayb dah jadi psyco kot. Dulu kata orang psyco, lani aku lak-ye ker abang Josh?
Banyak benda yang terbuku di kepala, hingga aku tak tau yang mana satu nak dishortlistkan, di peram dan di deletekan. Makin terbeban... Rasa nak tido jer satu hari ini. Tapi banyak menda lagi yang perlu aku setlekan...Cute Panda dah tak Cute lagi:-P. Walaupun hati kuat mengatakan semua masalah ini boleh setle walaupun belum tentu lagi. Ia banyak menganggu aku. Performance yang paling buruk sepanjang 4 tahun ni. Ada opismate kata sejak aku seseorang seseorang telah meninggal beberapa bulan yang lalu. Betul ker? Tapi aku rasa semua ni berlaku sebelum itu lagi. Umpama batu karang kat hempedu aku ni, cuma tunggu tame jer nak meletup. Bila di dignosis, satu demisatu perkara yang terbongkar.
Bahayanya, dosa-dosa silam yang ditinggalkan akhirnyan bukan sahaja menghantui. Malah telah mengheret ke Neraka, cuma kata seseorang, "aku tak nak masuk sesorang, jadi aku akan heret kamu semua ke neraka sama" Agak extreme lak.... Bagi aku lak, sebelum masuk neraka, kena lah usaha apa yang patut supaya semua orang tak masuk. Tapi apa yang dilihat dan di tenang-tenang..macam aku sorang jer yang akan masuk N****A. Sedihnyer...

Sungai Kinta terus mengalir laju, membawa sama kelodak-kelodak merah selepas hujan. Sama kelodaknya hati dan perasan. AKu pun tak tau mana nak di curahkan, mungkin naik ke tingkat 12 dan... Mengia-iakan saranan kepala sesiapa yang tension kat pejabat ni. Aku semakin psyco...

Perjalanan aku masih panjang, mau 27 tahun lagi (Sekiranya hidup sehingga tarikh itu). Banyak benda yang boleh buat, banyak lagi cabaran yang perlu ditempohi. Nasib baik aku tak bercita-cita tinggi. Cuma mengsyukuri apa yang ada. Meminta apa yang cukup dan tidak lebih. Tangungjawab perlu di pikul.... Accountablity...

Apa lagi yerk? cukup ker tak cukup? klu terus di pikirkan, makin magrain lak aku. Nanti SK2 pun xjalan bila dah kedut dahi. Dah tak jelita. Cuma aku nak adjust balik supaya lebih positif walaupun sukar. Perlukan masa... dan aku rasakan aku perlu bersendirian seketika. Cuma bila dok bersendirian kan, Tak Leh kontrol lak, mula nak naik tingkat 13. Nasib abik SETAN dah kena rantai... Banyak-banyak Beriftifar, perkara yang dah lama aku tak amalkan. Mungkin thiz best time untuk mengingati NYA (waktu senang pun ingat gak)....

Mencari sekelumit cahaya

12.09.2008 (Jumaat-6.35am)- Sudah masuk fasa ke 2 kedua ramadhan, fasa pengampunan. Agak tenang, Walaupun angin bertiup kencang di luar... Jiwa aku, litle bit ok, munkin dalam tempoh cooling period sehingga khamis depan. Kerana Khamis depan adalah ketentuan akan permasalahan yang timbul. Masalah yang boleh meggugat karier dan masa depan aku. Agak berat, walaupun...

Kesibukan dapat melupakan aku seketika... Aku pun makin buntu, tepu, kucewa dan etc-etc... Tunggu lah, hanya ALLAH tempat mengadu.... (Bila susah baru ingat ALLAH).

Anyway, life kena teruskan. Jika telah ditakdirkan worse case senerio..aku kena bersedia lebih awal la, kena bleja buat rusume mail baru la + survey new job....

Tuesday, September 9, 2008

Awam hitam masih pekat

09.09.2008 (Tuesday)- Kunjungan ke daerah Kerian tidak memberi apa-apa makna, malah bertambah menyulitkan keadaan, Betul kata orang, malang tak datang sekali.. bah kan bertimpa-timpa... Timbul pula masalah baru yang lebih membebankan dan memudaratkan keadaan... Aku hampir buntu...

Harap semua dapat diselesaikan sebelum Raya yang bakal menjelma... Nanti tidak ceria lah Hari Raya nanti (ceria ker selama ini?). Atleast boleh balik kampung dengan tenang. Magrain aku datang balik. Tapi yang bagusnya bila ada masalah seperti ini, Otak akan sentiasa bergerak dan berfikir. Walaupun keputusan atau penyelesaiannya bukan ditangan aku... Hanya padaNYA sahaja memohon pertolongan di bulan mulia ini... Di lembutkan hati...

Sunday, September 7, 2008

matta fair Ipoh

Keadaan otak masih lagi berserabut, masih lagi pikir pasal opis pagi ni, Hingga solat subuh pun xtenteram n tak kusyuk (selalu kusyuk ker?) and after abis solat trus balik rumah jer, ponteng kuliah subuh pagi ini... Semalam dah ponteng Takirah tok guru dari Pattani... Inilah manusia, patutnya bila ada masalah dekatkan diri dengan ALLAH, ni larik lak...

Sekarang dah ok skit, bila dapat ber chat ngan seseorang... Semalam teringin sangat nak chat, tapi dia bZZ ngan kuih raya sampritnye.. Walaupun pada mulanya aku tak tau camner rupa kuih samprit. Yang aku tau semua biskut raya (modern) sama jer rasanya. Bezanya warna dan bentuk. Klu kuih tradisional komfirm, mesti manis yang amat lak, Tapi rasa of course la berbeza.. Aku? SUka kuih tradisional yang di beri nafas baru:-P

Walaupun aku bukan jenis meluahkan isi hati, (dok pendam jer sampai berbuku jer kat dalam tu-siap dah berkarang lagi bila lama terbuku). tapi bila dapat mentarbiah diri rasa lega lak..Semua ni datang dari ALLAH, maka dari ALLAH lah kita kembali...



06.09.2008 (Saturday)-Semalam sepanjang pagi lepas sahur, aku ngadap notebook ni, sampai sakit belakang. lepas jumpa nutritionist, singgah sebentar bersama kit kat (ops puasa lah), X singgah ke matta fair Ipoh di Stadium Indera Mulia, Bila masuk terasa kerdilnya la exibition ini, tak banyak pilihan, mostly ke China jer... dan harga kali ini berbanding di Kl last March, ada beza yang ketara. Minyak Mahal la...



panda pergi pun just memeriahkan suasana, mana tau ada yang berkenan di hati. this year bujet dah xder, banyak dihabiskan awal tahun dulu dan untuk rumah ok offer masih terbuka sesapa nak join g china aku jumpa shanghai beijing muslim pakej and of course mahal skit tapi boleh check masa matta fair mac 2009.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com