Thursday, August 14, 2008

Perak Tengah & WALL E

Baru abis tengok WALL E kat Jusco Kinta City, oklah movie ni, walaupun tak banyak dialog cuma memek mata wall e dan eva jer, Seperti lain-lain animasi disney dan pixar. Penuh dengan tauladan untuk di ikuti.... pe-pehal bayak www yang cerita pasal movie ni, bolah cari dan baca sendiri. dan boleh pergi tengok sendiri2 atau pun satu kampung klu ada kampung k... enjoy


11.08.2008 (monday)-Sempat mengadakan lawatan projek ternakan lembu feedloot di Bota, dan terus mengadakan mesyuarat unit aku. Ada 21 fail am dan 3 fail kontrak. semuanya lilus kecuali 3. Panel tak puas hati dengan asas perniagaan yang memohon. Tu hal kerja, kan ada lak yang kena OSA cerita pasal hal-hal sulit walaupun aku tak tertakluk kepada BAFIA.

Makan tengahari, kami ke Rumah Rehat Parit, depan Masjid Besar Parit (Orang Perak ni macam dah habis tempat nak tinggal la, merata-rata jer diorang dok). Katanya cuma restoran(?) atau ala-ala gerai yang menyediakan anaeka lauk-pauk di pekan Parit ini. mungkin kot, sebab tak banyak kedai makan kat sini, walaupun ada kedai famous dengan mee hailamnya. Tapi dikhuatiri ke HALAan taiyibah nya...

Inilah rumah rehat Parit tur...

Pilih-pilih jangan tak pilih. rasanya sesuai dengan tekak aku yang cerewet serba-serbi ni...



Pemandangan Sungai Perak dari Rumah Rehat tersebut


Kami solatzohor di Masjid Parit, Mesyuarat berlansung sampai jam 5.30 dan aku pun memecut balik ke Ipoh, tapi sampai dah jam 6pm. esoknya aku ke KL untuk menghadiri Olympus class ngan Syam-my-way lak. dan menyelesaikan banyak perkara lagi.

Jumaat ni, aku akan ke Taiping lagi dan malamnya akan ke KL untuk hadiri house warmng adik aku, So aku takkan online lagi pada weekend ni... Enjoy ur weekend k....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com