Monday, August 4, 2008

Josh & Panda


31.07.08 (khamis) yang lalu sempat la aku ke Teluk Intan, melawat beberapa projek pertanian. Tidak mau aku paparkan disini kerana projeknya tak lah boleh dijadikan panduan, apatah lagi untuk dijadikan teladan. Nak mintak pembiayaan beli lembu, tapi seekor lembu pun tidak ada, hatta tinja lembu pun tak nampak. Yang ada hanyalah kandang lembu yang amat bersih hingga boleh tidur di dalamnya.

For lunch, officer kat sana bawa lah aku ke tempat makan yang namanya kedai nasi Lambai. Jadi sesiapa singgah ke sana carilah kedai nasi Lambai. Punya lah ramai hingga terpaksa beratur. Aku tak letakkan pics kedai tu, sebab kalau u pakai buku lonely planet pun takder pics gak kan.. Thanks En. Ripi n Jasmi ya..

01.08.2008 (Jumaat)- Perjumpaan pagi, Bos maklumkan keratan yang dia dapat berkaitan agen yang menjadi orang tengah bagi pinjaman atau pembiayaan yang dianjukan oleh MECD. Nasib baik along tu kata klu nak abik pembiayaan dari org kitaorang susah skit, syarat ketat.Tapi yang tak bestnya dia kata ada orang dalam. Bengang gak aku sebab aku yang dok menyelaras sema loan yang masuk untuk di mesyuaratkan....

Petang, Abang Josh dari Klang Vlley yang sedang horny kat hotel sesorang tu baru sms panda. Hari ini dia xder teman nak bawa pergi jejalan:-P aku pun balik lewat, jadi aku bawa lah abang josh kita pergi makan kat nasi lemak ayam kampung di jalan Yam Kalsom Ipoh. Kedai ini kan berpindah ke belakang kedai yang ada sekarang. Jadi nak detail boleh pegi ke blog josh yer.

Malam lepas makan n solat magrib. pakat-pakat nonoton the mummy.. komen, rasanya tak berapa sedap, macam kurang ajinamoto jer, ntah la... tapi klu korang nak tengok gak, boleh la layan...

Lepas u, kitaorang pergi minum di MBI tarrence,kat sini terkenal ngan Chow Kuew Teuw Halalnyer... Tempat lain ntah la... Walaupun Ipoh heaven dengan makannya, tapi apa yang selalu dipromotekan adalah yang disangsikan kehalalanya..



02.08.2008 (Saturday)- Banyak hari lak aku rangkumkan kali ini, lepas breakfast, Josh nak jalan-jalan sekitar Ipoh. Panda baru masuk 8 bulan kat Ipoh ini dan tak berapa mahir pun. Josh bawa (dengan menggunakan GPSnyer itu) ke Japanese Garden. Nama ala gah, tapi.. oklah untuk berhenti rehat sebelum tengok lumba kuda katsebelah taman tur...





Cukup dulu, kalau sempat akan bersambung lagi, berdasarkan mood yang ada. panda pun makin tua, lepas ini dah tak cute lagi. boleh panggil Panda Tua la lepas ini... Ponat joo... kurang tongkat ali kot:-P

1 comment:

  1. Aiyoo.... Josh horny sorang-sorang kat hotel?? hahahahaha....

    Trimer kasih sebab bawak Josh gi jalan-jalan!

    Eh, dah tua ke? belum lah, masih hensem dan comel lagi!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com