Monday, August 25, 2008

Mari ke Setiawan-makan Rojak Manjung

24.08.2008 (sunday)- Antara sebab aku takdapat keluar dari Ipoh weekend ni. Mewakili Bos aku sebagai pakar Rujuk ke Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat Negeri Perak. Bunyi macam best yang amat. tapi aku pergi untuk ambil gambar dan makan. Tak sempat untuk bersosial pun. Banyak isu berkaitan dengan belia terutamanya setelah adanya Akta Pertubuhan Belia 2006. Belia pada hari ini di definasikan sebagai berusia 15-40 tahun sahaja, sekiranya lebih dari itu dah tak panggil belia tapi orang tua ok...Sedar-sedarkan diri saya....Jabatan Belia dan Sukan bahagian Kelab Rakan Muda yang 'dikritik' sebagai 'persaing' kepada Persatuan Belia dan mendapat peruntukan yang banyak berbanding persatuan Belia itu sendiri. peranan Persatuan belia yang makin lesu akibat daripada kekurangan peruntukan. Biasalah, takder duit takleh jalan...

Petangnya, setelah program, aku dah penat yang amat. Ingat nak beli barangan untuk puasa ni, tapi Jusco Kinta City penuh yang mat. parking pun tak dapat...Aku balik tido. Sudah lama tak tido petang ni. Rasa Best lah...

Cerita hari ini,

25.08.2008 (Monday)- Pepagi aku bukan Maybank2u nak check gaji..Of course la gaji tu ada, tapi ingatkan tunggakkkan masuk bulan ini. Alamak Xder lagi lah..pucat gak aku. Lari teruk bujet aku nak puasa ni. Takleh setle kad Kredit yang dah habis limit tur. 1st time kad kredit aku tertunggak.. Takleh nak enjoy la puasa ini (baus gak, harap boleh di ganti dengan amal ibadah) dan bujet kena tigh la..

Minggu ini, most management team akan keluar untuk penilaian Anugerah Premis dan Penyewa untuk 2007 (lambatnya buat-dah akhir tahun) Hari ini ke Perak Tengah dan Manjung. Pagi ke Parit dan Kampung Gajah di Perak Tengah...

Hari Isnin pagi, ada pekan rabu (walaupun hari Isnin)

Selepas itu ke Kampung gajah untuk melihat premis dan penyewa yang masuk bertanding. Pekan Kampung Gajah ini agak sunyi dan tenang. Waktu tengaharinya, perniaga tutup kedai abik anak balik sekolah....

Petangnay tanpa lunch, kitaorang meneruskan perjalanan ke Setiawan di daerah Manjung. Pekan Setiawan pernah terkenal dengan bandar burung layang-layang. tapi sekarang telah jauh berubah. Lokasi kami ke Plaza Setiawan...



antara produk yang menarik minat aku (betul Ker?) yang di jual dan dipamerkan di Plaza tersebut. Kami juga mengambil kesempatan untuk menjamu selera untuk makan tegahari walaupun dah petang dengan Rojak manjung. Ramai pengunjunya di sini. perniagaanya, menjual nasi campur dan rojak campur.

aku minum air juice asam blance +assam boi.. best giler sebab tak pekat sangat...




Kena makan ngan kuah kacang. katanya hampir sama dengan pasembor Penang dan Rojak Singapore. Cuma ramuan dan pekakasanya agak berbeza. kena cubalah.


kalau ke Manjung atau Pangkor, Singgahlah ke Plaza Setiawan (kat Setiawan lah) onthe way jer ke Lumut tur.Tapi kedai ni tutup hari Ahad... Hari lain open. Puasa ni cuti sebulan + Cuti Raya. biasalah orang kita memang camtur. Raya kena cuti panjang..Aku pun nak cuti panjang gak. puasa Tak lagi...

Sok ke Kuala Kangsar, lengong dan Grik lak:-P

Saturday, August 23, 2008

Mari Makan Arnab

Ni cerita aku last week..

15.08.2008 (Friday) - Minggu yang agak sibuk, ambil kesempatan untuk melawat permohonan di Changkat Jering, Taiping. Orang Menteri yang memohon untuk ternakan arnab. Bukan untuk hiasan atau belaan (sebab org kita tak boleh finance benda-benda yang larho ini) Tapi untuk tujuan komersial atau untuk dagingnya.





Kekadang terpikir juga aku. Sanggup ker nak makan arnab ini, cutenya.. tapi bila jadi satai mungkin boleh kot. Tapi yang comel-comel ini adalah lebih bertujuan untuk komersial atau binatang peliharaan. Untuk dimakan adalah jenis yang di import dati Australia yang lebih besar dan berdaging...Bukannya yang berbulu teba untuk dipeluk.



Kalau arnab ini berjaya dibiakan. Mungkin kita dapat memakannya atau mendapatkannya dipasaran dengan lebih mudah berbanding sekarang ini. Tak banyak weh.. Menurut pengusaha, bekalan untk peliharaan pun tak cukup. Jualan untamanya adalah untuk hiasan di sekitar Perak dan kekadang untuk pasaran KL...

Cerita minggu ini..

Minggu ini keadaan hidup aku agak ok, lebih baik dari minggu sudah. Laporan perubatan dah kuar. Kesihatan ok, cuma jiwa ada skit kacau. Walaupun ada detect alien kat dalam hempedu aku atau hati aku yang sedang membesar. Doc kata just wait hingga nak mati nanti baru check secara detail. Klu takde apa2 enjoy jer la... aku pun ok jer, nanti kan jiwa lagi kacau meh.... nak buek camno, mak bapak jauh... adik beradik dekat skit jer...

Petang tadi (23.08.2008-Sartuday), berboring dok rumah lepas balik dari Opis, ada lak DVD kat atas meja depan. Jadi lelayan la aku, walaupun ceritanya pun ala-ala biasa jer. Tapi berdasarkanlogik akal ok lah. Cma endingnyer, ok-ok jer...


Semalam (22.08.2008), ada teman dari Grik (Hulu Perak datang) sambil sembang-sembang tringin gak nak tengok movie Star wars version animation ni. Memang die hard fan Star wars ni. Tapi tak la giler nak kompul barang2 nyer. Ok gak la film ni, animation, what u aspect most? Sekadar menghabiskan masa (patutnya dah dok zikir-zikir tuk abik keberkatan syaaban dan nak bermulanya ramadhan) tapi masih lagi ke cinema.


esok, ada program dengan Majlis Tindakan Belia, Ini yang menyebabkan aku terpaksa dok kat Ipoh weekend ni, klu tak petang jumaat lagi aku dah terbang ke lain-lain wilayah. Sayap tak dapat kembang sangat kat sini. Jadi Tak dapat aku join program Mamy shooping kat Kl, Baju raya pun belum beli lagi. Nak tempah xder yang nak terima dah. Kena pakai baju tahun lepasnyer la.. Padan lagi ker? Bukan makin bert nooo, makin kurus lani:-P

Thursday, August 21, 2008

Ayat-ayat Cinta




Sory lah tuan-tuan, bukan takder masa nak tulis, tapi takder idea nak tulis apa. Banyak perkara yang berlaku. Membuatkan hati bertambah sunggul. Hari ini agak bertambah pulih seketika. Aku pun tak tau kenapa? kenapa yerk?Mesti Kak Shah nak tau kan kan kan....?

Semalam, 20.08.2008, tarikh yang aku nanti-nantikan. Tetapi apa yang dirancang tidak terjadi. Lama juda aku menunggu tarikh ini, since 20.03.2003 lagi. belum ada rezeki lagi kot. jadi aku ada 2 tahun lagi untuk memastikan mimpiku menjadi kenyataan. Tahun depan gak sukar, kerana 20.09.2009 berada dalam bulan Ramadhan. kan terbabas, kena bayar fidhiah lak...

Semalam jugak, aku menonoton filem ini.. Ayat-ayat Cinta, aku tunggu cerita ini sejak aku ke Indonesia last April. ketika disana, movie ini barusahaja habis ditayangkan di bioskop. DVD atau VCD belum lagi dikeluarkan. Film yang mendapat sambutan positif dan katanya telah ditonton oleh 4 juta orang di Indonesia. Semasa ditayangkan di Malaysia sekitar Jun yang lalu. aku tidak berkesempatan. Ia ditayangkan di KLCC dan Summit USJ sahaja. Masa itu aku berada di Makkah dan bila kembali, dah abis. Sambutan amt dingin dan sepi sekali. Promosi pun amat kurang. Klu tak ke Indonesia memang tak tau pun cerita ini wujud.

Aku pun tak tau nak kata apa yang bestnya fil ini. Tapi yang aku tau, film ini memang menyentuh hati dan kalbu aku. ala-ala syahdu dari mula hingga akhir. Terasa, masih adakah lelaki seperti Fahrin atau wanita seperti Aisya dimuka dunia pada hari ini. Entahlah. Aku pun ala-ala nak jadi lelaki suci gitur...

Apa-apa hal pun, Bolah lah dapatkan dvd atau vcdnya di pasaran klu nak tau pasal movie ini. Sesuai untuk semua, bukan untuk muslim dan muslimah jer k. Dan hayatinya lah...

Monday, August 18, 2008

Petua nak tahan lama

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo........
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.


KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2004. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR

Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
............ ...sentiasa terbuka dan rasional.

Thursday, August 14, 2008

Perak Tengah & WALL E

Baru abis tengok WALL E kat Jusco Kinta City, oklah movie ni, walaupun tak banyak dialog cuma memek mata wall e dan eva jer, Seperti lain-lain animasi disney dan pixar. Penuh dengan tauladan untuk di ikuti.... pe-pehal bayak www yang cerita pasal movie ni, bolah cari dan baca sendiri. dan boleh pergi tengok sendiri2 atau pun satu kampung klu ada kampung k... enjoy


11.08.2008 (monday)-Sempat mengadakan lawatan projek ternakan lembu feedloot di Bota, dan terus mengadakan mesyuarat unit aku. Ada 21 fail am dan 3 fail kontrak. semuanya lilus kecuali 3. Panel tak puas hati dengan asas perniagaan yang memohon. Tu hal kerja, kan ada lak yang kena OSA cerita pasal hal-hal sulit walaupun aku tak tertakluk kepada BAFIA.

Makan tengahari, kami ke Rumah Rehat Parit, depan Masjid Besar Parit (Orang Perak ni macam dah habis tempat nak tinggal la, merata-rata jer diorang dok). Katanya cuma restoran(?) atau ala-ala gerai yang menyediakan anaeka lauk-pauk di pekan Parit ini. mungkin kot, sebab tak banyak kedai makan kat sini, walaupun ada kedai famous dengan mee hailamnya. Tapi dikhuatiri ke HALAan taiyibah nya...

Inilah rumah rehat Parit tur...

Pilih-pilih jangan tak pilih. rasanya sesuai dengan tekak aku yang cerewet serba-serbi ni...



Pemandangan Sungai Perak dari Rumah Rehat tersebut


Kami solatzohor di Masjid Parit, Mesyuarat berlansung sampai jam 5.30 dan aku pun memecut balik ke Ipoh, tapi sampai dah jam 6pm. esoknya aku ke KL untuk menghadiri Olympus class ngan Syam-my-way lak. dan menyelesaikan banyak perkara lagi.

Jumaat ni, aku akan ke Taiping lagi dan malamnya akan ke KL untuk hadiri house warmng adik aku, So aku takkan online lagi pada weekend ni... Enjoy ur weekend k....

Wednesday, August 13, 2008

Makan2 party...

09.08.2008 (saturday)- Agak expired skit entry ni, walaupun entry yahoo mailbox aku penuh dengan email berantai dari participants party ni. Thanks kak shah kerna mengundang siap ngan accomondation dan breakfast lagi. Almaklumlah, mak bapak jauh...sedara mara xder kat Kl tur (yer ke?-tipu la).

Paginya, sekali lagi ke Mentari untuk hantar lampu dan kipas ke apartman dan pasangkannya, dan masukkan pakej mencuci dan table top. Aku pun tak pasti, y laah aku ni jenis ala2 bangang bila membeli. Tapi takper lah, dan selalu kena. X elergic daa.. Rumah dah nak ada tenant, akhir bulan ni masuk. Harap jadilah, kat intenet pun ramai respon, sapa cepat lah. Lagipun aku dah povide banyak menda kat rumah tur, cuma tak masuk perabut dan barang elektrik jer lagi.

Petang, Kak shah abik aku kat Sunway dan ke sri pertaling. oleh kerana aku ala-ala tertamu, aku pakat tido jer, penat seh...malam sebelum aku sampai KL ala2 pukul 1 pagi dan tido selepas jam 3 pagi... Unik gak party ang dianjurkan... Yang lain ala-ala bertungkus lumus gitur...




Ini main antara menunya...



Aku pun xpasti y lah pic ni senget,walhal ok jer masa open ok jer,
sebab aku malas nak mengejust pix ni, jadi aku isi jer la.


Bila duri palas atas belakang xleh nak buat per la...




Ini aja yang tinggal, member penama kat atas tur tak datang kot. aku pun xpasti, sebab tetamu yang datang takder yang aku kenal kecuali tuan rumah dan beberapa yang glamer jer... Yo Oo jer...

Tuesday, August 12, 2008

1st Birthday for my blog...



12.08.2008 (Tuesday)- Today, my blog dah berumur setahun, banyak perubahan yang telah dilakukan (apa yang disediakan oleh blogspot la) dan pengisian pun dah berubah, dari bicara makan hati dan sekarang bicara makan burung unta, jejalan dan kekawan... Anyway big THANKS to putra745 yang mencetuskan ide untuk menulis blog ini dan rakan-rakan yang mengunjungi, memberi komen dan kutukan. tAKNAK SEBUT NANTI ADA YANG BERASA HATI. banyak lak hati hari ini yang terlibat, semuanya berkaitan hati dan perasaan..

anyway, moga panjang umur dan semakincerita dan tak menyusahkan orang lain. Enjoy....

Monday, August 11, 2008

Batang Padang


5 August 2008 (Tuesday)-Alamak cerita lapuk lak, dah seminggu berlalu. Sory la.. masih penat dan program agak penuh + takder mood nak write-in... Yelah, seperti kata perpatah:-

Cinta itu ibarat teh ais, makin lama makin tawar-bukannya Teh Ooo, makin sejuk makin manis.

macam tak relaven jer ngan cerita aku... Tak pa lah atleast tambah peribahasa zaman urban lagend ni... Pada hari tersebut, aku melawat projek pertanian lagi, kali ini projek ternak cacing dan tanaman jangung. Pemohonan pembiayaan projek cacing ini adalah yang pertama aku lawati dan proses. Ada 8 kotak jer, maklumlah modal ciput. Pontensi? aku pun tak pasti. jangan Jadi macam projek lintah dah la, yang dapat untung penganjur kursus, kalau statement aku salah tolong betulkan, sebab aku bercakap atas dasar pengalaman. Fakta? Takder kajian lah lak....

Projek yang aku lawat ni baru jer nak start, Tapi telah mendatangkan hasil walaupun baru. kerana tinja cacing pun mahal, RM20/5kg. 1 kotak boleh hasilkan 5 kg seminggu. Just bagi makan tinja kambing jer yang satu guni 25kg cuma RM maksimum...

Anak cacing, tempoh matang 6 bulan sebelum didagangkan secara komersial, dalam tempoh yang sama akan betelur 4-5biji setiap bulan. Dalam tempoh 6 bulan, setiap kilo induk akan menghasilkan 6kg lagi. Setiap kilo berharga RM100-RM450 berdasarkan saiz dan qualiti.

Inilah tinja cacing yang di jadikan baja organik. Dan sangat bagus untuk menyuburkan tanah. Maklumlah Tanah kat lembah kinta ini tanah lombong dah tak virgin gitur... Jadi kena la bagi subur skit..Statement....

Dari Kebun cacing aku terus ke Tapah ataupun daerah Batang Padang, Kat sini tengok projek jagung walaupun sebatang jagung pun xder lagi. Projek baru. Jadi pergi melawat tapaknya sahaja. Takde jagung tapi adalah pokok serai (lemongrass) dan pisang...

Ni part yang aku nak cerita betulnya, dalam perjalanan balik dari behrang ke Tapah (jalan lama) ada satu gerai yang menjual anika lauk dari burung unta, lokasinya berhampiran dengan petronas pekan sungkai, sebelah gerai buah-buahan arah ke utara. Sekiranya datang pada hari rabu, anda akan dapat makan tulang burung unta. Hari lain makan daging jer la.



Kitaorang order Sup burung unta dan masak kicap, Harga ala2 berpatutan lah, Rasanya? entah lah, aku punya barometer rasa kata baisa2 jer, cuma dagingnya ala2 makan daging lembu muda, lembut dan Ok lah..bagi orang yang tak pernah makan burung unta ni.

Hari ini aku ke Parit, nanti lain kali aku cerita lah, meeting yang paling banyak fail diselesaikan, sehari suntuk sampai oppoinment aku petang ni pun terbatal atau ditangguhkan.

Sok turun Kl lah.... 2 hari meh, jadi tak online la 2 hari ni:-P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com