Friday, May 15, 2015

Lisbon

Da Libedade

Lisbon, setelah dua bulan membeku di Moscow, inilah kali pertama cubaan untuk keluar dari kesejukan salji di bawah paras beku. Destinasinya adalah penghujung benua Eropah. Sebuah kota yang berusia baratus-ratus tahun dan masih kukuh. Ketika menjejakan kali disini, rasa kehangatan suhu 15C amat mengujakan. Setelah 5 jam berada di udara menggunakan tambang promosi Swiss Air dengan transit di Zurich selama satu jam setengah.


Bermula di Aeroport de Lisboa, lapangan terbang utama Lisbon-pengungjung boleh menggunakan perkhidmatan bas Aero (Aero Bus) dengan konsesi tambang bermula €3.50/seorang atau €5.50 untuk dua orang selama 24 jam, destinasinya adalah bermula dari Airport-Entrecampos-Campo Pequeno-Av.Da Republica-Saldanha sehingga ke Cais Do Sodre. Semua 13 perhentian bas ini berdekatan dengan Metro station. Panda telah memilih apartment 1 bilik untuk 3 malam di kawasan Restauradores. Lokasi yang sangat strategik berhampiran dengan Hard Rock Cafe Lisbon dan perhentian bagi bas pelancungan Yellow Bus. Harga hotel sekitar €133.

Rossio

Hari pertama, Panda tiba dalam jam 3pm, setelah urusan daftar masuk ke hotel, kami memulakan langkah dengan meneroka apa yang ada di sekitar Restaurandores. Di seni terletaknya beberapa iconic bagi bandar Lisbon, di antaranya adalah Elevador do Lavra, Est. Do Rossio, Teatro D. Maria Castelo de S jorge, Se' Catedral dan Praca do Comercio.

Teatro D. Maria 


Nasib tidak baik, camera panda kehabisan bateri, hari juga semakin lewat jadi kami menikmati makan malam di Rossio- R Agussta, dataran yang penuh dengan kedai cenderamata dan restoren/bristo terbuka di sepanjang dataran pejalan kaki ini. Pengungjung muslim tidak perlu kuatir, ramai saudara kita dari bangladesh yang berniaga disini. mereka fasih berbahasa English untuk membantu dan mencadangkan makanan halal untuk di nikmati. Harga makanan adalah sekitar €10/plate.

Masjid Lisboa

Hari kedua, kami membeli tiket yellow bus untuk tempoh 48 jam berharga 25 satu. Tiket ini meliputi 4 laluan iaitu laluan Targus tour (biru) dan Olisipo Tour (purple) menggunakan bas double decker, Hill Tour (merah) menggunakan tram bukit dan Belem Tour (oren) menggunakan van mini.


Paginya, kami menggunakan bas laluan Tagus Tour, meliputi semua tempat yang ingin panda lihat ketika di Lisbon ini. Kami membeli tiket di depan apartment dan menunggu bas di hentian bas khas. Bermula dari Hard Rock Cafe Lisbon ataupun Restauradores-Av da Liberdade hingga berakhir di Praca da Figueira. Bas ini kadang kala melalui sahaja dan ada juga berhenti. Kami memilih tempat-tempat iconic sahaja untuk berhenti.

Presiden House






Mosteiro dos Jeronimos

Belem, kawasan istana lama yang dijadikan musium, di sini juga terletaknya Mosteiro dos Jeronimos. Bangunan cathedral, Musium arkologi dab musium laut. Dari ini boleh terus berjalan kaki  ke mercu tanda Lisbon iaitu Padrao dos Descobrimentos- monuments  of Discovery bagi mengenang jasa pelayar-pelayar Portugis.


Padrao dos Descobrimentos

Torre de Belem



Praca do Comercio

Se Catedral

Hampir seharian untuk Targus Tour, sempat juga panda menggunakan Hill Tour, tetapi alasan yang sama, bateri camera kehabisan. hanya gambar-gambar di istagram sahaja yang dapat di upload dengan pantas. Jika ke Lisbon, anda memerlukan sekurang-kurangnya solid 2 hari untuk area yellow bas sahaja. jika tidak, pasti tidak berbaloi membeli tiket €25 untuk 48 jam trip.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com