Monday, March 2, 2015

Tiga malam di Kota London 2


Hari 2, Cadangan asal adalah ke Baxter Village tetapi terpaksa di tangguhkan kerana perjalanan ke sana mengambil masa hampir 2 jam menggunakan train dan bas. Tambahan pula ada lagi program makan-makan pada malamnya. Objektif hari ini telah di tukar kepada lawatan ke ikonik utama London walaupun sebahagiannya telah panda kunjungi 2 tahun lepas.


Perjalanan bermula dari bangunan Dataran Parlimen yang terkenal dengan gearan Big Ben . Kami menggunakan tube dan keluar di stesen Westminster. Stesen ini berada di bawah jalan di Bangunan ini. Terdapat banyak tarikan pelancungan jika bermula di sini.


Bermula dari Big Ben, panda menyeberangi Wesminster Bridge menuju ke Aquarium yang berada di seberang sungai Thames. Menyusuri The Queen's Walk selama hampir 2 jam. Panda melalui beberapa ikonik london seperti County Hall, Aquarium, London Eye, Golden Jubilee Bridge, Waterloo Bridge,  OXO Tower, Blackfriars Bridge, Callahan Exhibition, Millennium Bridge, Shakespears Globe, Southwalk Bridge, London Bridge, HMS Belfast, City Hall dan Tower Bridge yang terkenal itu.

London Eye


Southwalk Bridge


Millenium Bridge di mana dalam filem Herry Porter-The prisoner of Azkaban telah di serang oleh hantu yang terbang berwana hitam (death eater?) telah runtuh. Jabatan ini di kira unik juga dan di khaskan untuk pejalan kaki.
  

The Sharp, katanya bangunan tertinggi di Eropah pada masa dahulu dari pandangan stesen keretapi London Bridge. Moscow sedang menyiapkanbangunan tertinggi di Eropah pada masa sekarang.


City Hall




Tower bridge, ketika ini suhu telah turun kepada 3'C, tetapi angin sejuk dari utara menyebabkan ia lebih sejuk dari Moscow yang berada di bawah paras beku. Biasanya di Moscow kami berada di dalam pejabat sahaja. 


Dari Tower Bridge panda menyeberangi Sungai Thames dan mennuju ke Tower of London walaupun tidak beberapa nak tower sangat pun. Di sini terdapat peninggalah sejarah sejak awal pendudukan manusia di Kota London. Adalah cerita-cerita penemuan artifak dan kubu-kubu lama. Disini juga penempatan kerajaan Rom semasa tamadun Rom berkembang hingga ke utara Eropah.


Akibat kepenatan, kelaparan dan kesejukan panda menaiki tube dari Tower Hill menuju Charing Cross iaitu stesen paling hampir dengan Trafalgar Square. Tempat pelancong berkumpul dan mengambil gambar. Di sini juga terletaknya bangunan Tourism Malaysia.




Dari Trafalgar Squares boleh terus berjalan kaki ke Buckingham Palace, tempat bersemayamnya YM Queen. Istana yang berusia ratusan tahun menjadi ikonik kerajaan Beraja Britain sekian lama. Tanpa perlu membina istana baru setiap 50 tahun.



Ini destinasi terakhir sebelum panda ke Harrods untuk bertemu permaisuri dari Malysia yang sedeng bershoping sakan di sana. Malamnya panda menghadiri makan malam bersama pegawai-pegawai tinggi Malaysia di London dan esoknya sekali lagi morning coffee sebelum berangkat kembali ke Kota Moscow yang membeku... 

2 comments:

  1. cantik2 gambar 2... bila tngok gambr trdetik bila nak sampai negara penjajah malaya nih.. kihkih

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com