Tuesday, August 19, 2014

Bum BUM di Semporna


Semporna, adalah di antara daerah kegemaran Panda di Sabah. Kerana apa? Lautnya yang sangat jernih dan ikan-ikan yang berenang hingga ke tepi pantai. Pengunjung akan dapat melihat ketam atau udang yang merayap di celah-celah rekahan batu di tebing-tebing batu di sepanjang pantainya.




Sebenarnya, entri ini hasil dari dua lawatan panda ke Semporna, Panda juga sempat merasa untuk tinggal di Chalet terapung di bandar Semporna. Kadar semalaman adalah RM138, keunuikannya adalah, ia mengembalikan nostagia rumah kayu masa kecil-kecil dahulu. Apa yang paling menarik adalah mandi di dalam bilik air papan sambil melihat ikan di bawah chalet.


Misi panda ke sini adalah untuk melawat cadangan tapak projek rumah kedai luar bandar yang di cadangkan oleh pemimpin tempatan. Jadi kami berbondong-bondonglah ke Semporna dan ke Pulau Bum-Bum ini. Pulau yang bersaiz sebesar Singapura ini berada betul-betul di depan  pekan Semporna.




Pengunjung boleh menaiki bot penambang yang menakutkan dengan kadar RM1-RM2 sehala. Dari jeti bolehnya menyewa van untuk bersiar-siar di sekitar pulau. Jangan mengharapkan pantai yang memutih di sini, kerana ia adalah sebuah pulau bertanah liat yang di tumbuhi bakau. Jika inginkan pantai kenalah ke pulau-pulau yang jauh.







Tetapi pemandangan di sini sangatlah mempersonakan. Sesiapa berminat bolehlh mengambil penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tawau. Lapangan Terbang Tawau ke Semporna mengambil masa lebih kurang 1 jam bergantung kepada trafik. Hotel banyak pilihan dari jenis back packer hinggalah 3 bintang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com