Cerita lama baru di masukkan dalam entri blog ini. Sekitar Mei panda berpeluang untuk melawat beberapa lokasi projek terbengkalai di Sabah. Kali ini panda menuju ke Pulau Banggi di utara Sabah. Kedudukan pulau ini berada di kawasan Kudat.
Untuk ke Pulau Banggi pengungjung perlu menaiki ferri dengan kos RM15 sehala, perjalanan mengambil masa 1 jam dari jeti kudat. Perkhidmatan ferri hanya sekali sahaja iaitu jam 9:00 pagi dari tanah besar dan pulang pada jam 2:30 petang.
Apa yang menarik di Pulau Banggi adalah makanan lautnya. Tetapi jangan mengharapkan makanan yang extravaganza, cuma tempah yang basic seperti ketam rebus, kerana ini lebih enak dari memakan sesuatu di luar kepakaran chefnya. Rasa masakan asas di sini lebih segar dan manis.
Jika ada kesempatan, boleh tinggal beberapa hari di sini, penginapan berupa homestay dan chaletjuga banyak. Katanya Pulau ini adalh surga memancing. Pengungjung boleh melihat ikan-ikan yang besar berenang-renang di bawah jeti.
No comments:
Post a Comment