Friday, December 27, 2013

Kuala Lumpur International Motor Show '13 yang tak best!


Sebuah cerita yang agak lewat untuk panda kongsikan bersama, peristiswa yang telah berlaku sebulan yang lalu. Kenkangan waktu sering menjadi alasan untuk memuat naik entri-entri yang lebih terkini. Ia tidaklah menghalang panda dari terus berkongsi pengalaman bersama pembaca.



Sebuah acara bertaraf internasional, dan tahun 2013 adalah penganjuran ke 8, kali terakhir adalah tahun 2010 yang lalu menurut laman sesawang rasmi KLIMS '13. Tahun 2010, panda sempat meluangkan masa seketika. begitu juga penganjuran kali ini. Malangnya 2010 panda hanya melengang kangkung tanpa best friend....



Pada telah berkunjung pada 17 November 2013, apabila tiba di PWTC, seluruh dewan konvensyen PWTC mengalami kegagalan elektrik. Sesuatu yang memalukan apabila sebuah venue yang di anggap antarabangsa tarafnya gagal menjalankan fungsinya apabila berlangsung event. Setelah di maklumkan pameran ditutup selama 2 jam bermula pada jam 12 tengahari hingga 2 petang, panda mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.





Panda kembali semula di PWTC pada 20 November 2013 selepas waktu pejabat. Nasib panda agak baik kerana Penaja Kewangan Rasmi adalah bank kegemaran panda, iaitu Maybank. Maybank telah memberi complementary tiket kepada pemengang kad kreditnya. Selamatlah duit panda sebanyak RM15 seorang untuk weekday manakala weekend RM20 untuk tiket pengungjung dewasa. Tapi panda layak mendapat tiket RM5 sekiranya menggunakan ID pelajar. Best tak jadi student? 


Berbanding 2010, pemamer kali ini agak berkurangan walaupun semual hall di PWTC digunakan. Tiadanya pengeluar kereta nasional dan kumpulan NAZA menyebabkan pameran ini seperti kurang garam. Kumpulan NAZA mempunyak barisan kederaan yang mewah lagi maju akan menjadi penarik utama, terutamanya motor berkuasa tinggi yang di edar oleh kumpulan ini. 



Kereta konsep juga hanya beberapa buah sahaja, itu pun dari Toyota, Honda dan Lexus. Lain-lain hanya memaparkan kereta sedia ada dengan tambahan aksesori. tema yang di ketengahkan adalah Efficiency  in Motion mungkin bersesuaian, ada beberapa kereta yang menengahkan konsep fuel efficiency dan environmental friendly
 

Pameran ini amat bersesuaian untuk aktiviti bersama keluarga, kerana wanita-wanita pengaya kereta tidaklah seseksi seperti dalam kalendar kereta. Peminat vantage car juga berpeluang untuk melihat atau membeli kereta tersebut. Jika bernasib baik, boleh menang cabutan bertuah Honda CRZ atau Prius.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com