Saturday, June 16, 2012

Makan 'Ketam' di Pulau Ketam, Kelang


14 Jun 2012 (Khamis), Kuala Lumpur telah mula hilang di dalam kekelaman asap jerebu. Kesan dari musim panas monsun baratdaya dan 'jiran' yang sedang berpesta api. Walaupun ketika melintasi kawasan sepang dan Kuala Langat banyak terlihat kempulan-kempulan asap yang menjulang ke udara.


Idea untuk ke Pulau Ketam ini tercetus apabila melihat gambar-gambar yag di poskan oleh rakan-rakan mukabuki di tembok-tembok mereka. Ia melahirkan cetusan baru kepada panda. Tambahan pula panda teringin untuk memakan ketam dengan harapan pulau ini ada menyediakan menu ketam bercili.


Bersemperna dengan kehadiran Alfean aziz dari Kuching Serawak, yang akan menghadiri seminar di Mannes Canada dan New York pada 15 June ini. Sebagai membalas jaya layanan beliau ketika panda mengunjungi Borneo beberapa tahun sudah. Panda terfikir untuk membawa beliau ke luar Kuala Lumpur.


Kami memulakan perjalanan jam 12 tengahari dari Kuala Lumpur dan tiba di Pelabuhan Kelang pada jam 1.00 tengahari. Tiket boleh dibeli di jeti Pulau Ketam dengan harga RM7 sehala. Menggunakan bot laju sepeti di Serawak, perjalanan mengambil masa 45 minit ke Jeti Pulau Ketam. Sekiranya dari Kuala Lumpur, kita juga boleh menaiki Komuter yang menuju ke Pelabuhan Kelang. Stesennya di hadapan jeti Pulau ketam dan Jeti Dumai Indonesia.



Kami tiba jam 2 petang di Pulau ini, apabila melangkah ke sini, panda dapat  rasakan berada di satu zaman yang amat berbeza. Penduduknya masih lagi ramah. pengangkutan utama adalah basikal yang unik. Teringat zaman 80'an dahulu, waktu panda masih bersekolah.



Memandangkan hari ini hari berkerja, banyak premis perniagaan yang tidak beroperasi. Punca ekonomi utama pulau ini adalah nelayan dan pelancungan. Terdapat beberapa hotel yang menawarkan pakej-pekej pelancungan yang menarik seperti lawatan ke kelong dan memancing.



Terdapat beberapa tokong yang boleh dilawati. Tokong-tokong ini di warnakan dengan warna yang terang dan menarik. Bagi pengunjung muslim, terdapat pusat Islam untuk mendirikan solat. Klinik, balai polis dan Sekolah juga terdapat di sini.


Pulau ini tidaklah semeriah Pulau Pangkor, tetapi untuk lari dari kesesakan Lembah Kelang dengan jarak yang pendek, ia adalah tempat yang sesuai. Orang-orang di sini juga biasa dengan pengunjung. Mereka juga ramah.


Makan? Tidak pasti ada restoren muslim atau tidak, tetapi restoren di sini menawarkan makanan laut dan di katakan tidak menawarkan makanan yang 'No Pork No Lard'. Nampak menarik melihat ketam bercili, udang Lipan goreng dan udang karang. Tetapi kami tidak makan di sini.


Kami kembali ke Tanah Besar jam 3.15 petang. Ferri di sini boleh dikatakan setiap satu jam perkhidmatannya. Tiba di pelabuhan Kelang jam 4 petang.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com