Saturday, July 23, 2011

Maitree Express Bound from Dhaka to Kolkatta

kalkatta 184

Setelah mengharungi petang yang basah di Dhaka, pagi yang berikutnya kembali dengan cerah dan ceria. Walaupun pada awalnya agak berdebar kerana CNG yang membawa kami telah membawa kami ke lapangan terbang dan bukannya stesen keretapi. Iniah juga kali pertama bagi panda menentang arus kenderaan di lebuh raya yang sesak. Nasib baiklah penunggang CNG ini amat profesional dan dapat melepasi semua polis trafik.

Collages55

Kami sampai tepat jam 0630 waktu tempatan, perbezaan waktu antara Dhaka dan Malaysia adalah 2 jam dibelakang. Tetapi waktu siangnya lebih cepat, seawal jam 0300 fajar telah menyingsing. Perjalanan dijangkakan pada jam 0810 di Dhaka Cantonment Station tetapi lapordiri seawal jam 0640 dengan harga tiket Takka 560 dan VAT Takka300, total adalah Takka860 bagi gerabak yang tidak mempunyai penghawa dingin. Pemeriksaan keselamatan agak ketat untuk menaiki keretapi antarabangsa ini. Prosedurnya hampir sama dengan lapangan terbang.

Collages56

Setelah 2 jam barulah keretapi bertolak menuju destinasi. Perjalanan dijangka antara 10 sehingga 12 jam bergantung kepada keadaan di sempandan kedua-dua negara. Selain dari keretapi, pengungjung boleh menggunakan penerbangan dan juga kemudahan bas. Semua pengangkutan ini amat terhad dan bergantung kepada hari-hari tertentu. Maklumat di Internet tidak banyak membantu.

Collages60

Selepas melepasi bandaraya Dhaka, penumpang akan merasakan suasana yang amat berbeza. Kehijauan di luar Dhaka memang mempersonakan. Lanskap air dan padi mendominasi sepanjang perjalanan. Bumi Bangladesh memang subuh, kedudukan Bangladesh itu sendiri di atas delta-delta sungai termasuk sungai Ganges memberi rahmat kepada negara miskin ini.

Collages59

Orang-orang disini juga amat manis dengan senyuman, dan tidak menolak untuk diambil gambar-gambar mereka. Walaupun keretapi ini express, ia tetap berhenti seketika tanpa mengambil penumpang di stesen-stesen kecil. Di stesen-stesen kecil kita akan melihat perniaga-perniaga menjual beranika makanan tempatan dan buah-buahan kepada penumpang keretapi. Keretapi ini juga menyediakan sarapan yang berupa daging puyu, roti sandwish kosong 2 keping dan kuih yang dibuat dari kacang dall dengan harga Takka150. Makan tengahari juga dijual dengan harga Takka200++ berupa nasi braini ayam.

Collages57

Kami berhenti di Darshana, Dhaka untuk urusan immigresen. Pos yang kecil dan mengambil masa lebih kurang sejam. Disini hanya perlu dicopkan passport sahaja. Pengawai disini agak ramah terutamanya apabila mereka tau yang kami datang dari Malaysia dan katanya kami yang pertama dari Malaysia melalui pos tersebut sepanjang beliau bekerja di situ.

Collages58

Setelah setengah jam dari sempadan Bangladesh, kami berhenti pula di Gede India untuk urusan masuk ke India. Kali ni urusanya agak remeh kerana perlu membawa semua beg dan peralatan yang ada. Wang, barangan eletronik perlu diistiharkan dan di periksa di sini. Semua beg diperiksa satu persatu hinggakan kamerapun perlu di test bagi mengetahui kesahihannya. DI Gade kami menunggu hampir 2 jam bagi memastikan semua penumpang di periksa sebelum diterusan perjalanannya.

kalkatta 232

Sepanjang perjalanan, kami sempat bertukar maklumat dengan penumpang lain. Ada bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berasal dari Kolkata bersama-sama kami. Beliau banyak membantu dalam memberi maklumat berkaitan Kolkata. Antaranya lokasi yang perlu dilawati, untuk tinggal dan membeli belah. Semuanya amat berguna ketika di Kolkatta. Kami tiba di Kolkatta sekitar jam 1800 waktu Kolkata, 30 minit lewat berbanding Dhaka dan 2 jam 30 minit berbandig Kuala Lumpur. Sahabat dari Kolkatta juga membantu kami mendapatkan teksi dengan harga tempatan, yang mana kami di caj R170 (R100=RM7 (RM6.85 sewaktu tukaran)).

kalkatta 220

Selamat Tinggal Bangladesh, sebuah negara yang unik dan nasi putihnya sangat sedap yang pernah panda makan. Pada masa yang sama panda boleh bilang wanita tempatan yang pada temui, boleh dikata kosong kecuali diluar bandar. Selamat datang ke Kolkatta India...

kalkatta 325

Sejak dua-menjak ini panda menjadi semakin sibuk dengan aktiviti kerja dan belajar. Selepas ini untuk mencuri waktu bagi mengedit gambar semakin terhad. Panda akan menghadapi peperiksaan seminggu selepas raya bagi kertas 1 Certified Credit Professional, sepanjang bulan Julai dan Ogos 2011 ini terpaksa menghadiri kelas yang telah disediakan. Bila semakin berumur ini, tidak dapat dipastikan RAM masih dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak. Ini tidak termasuk program Cross Fertilisation GLC dan juga Phd program yang menjadi idaman panda sejak tamat ijazah dulu. Banyak betul cita-cita panda. Harap matlamat panda untuk menjadi doktor tercapai... Terima kasih semua.




1 comment:

  1. Salam panda..terima kasih atas info mengenai bangladesh... dari dhaka ke kolkataland border masih perlukan change route of permit ker? Ana dengar nanti ada semakan di benapole border

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com