Sunday, October 10, 2010

Pangkor Island, Perak

10.10.10 (Ahad) Hari ini hari pernikahan angkasawan kita, tetapi panda tidak mau mengulas pasal pemenangan pakej pelancungan termahal didunia itu. Panda ingin ceritakan apa yang panda lakukan pada 02.10.2010 yang lalu. Kali ini Panda menyertai program Hari Keluarga xopis Panda semasa di Perak. Lokasinya adalah pulau Pangkor, Kosnya RM100/head di Purnama Resort, Teluk Nipah Pangkor. Meliputi pakej dari jeti ke jeti, 2 hari 1 malam
.
Panda bertolak dari Kuala Lumpur melalui lebuh raya PLUS exit Bidur - Teluk Intan-Lumut. Perjalanan mengambil masa 3 jam 30 minit. Kami berkumpur di Arked MARA Lumut dan menaiki Ferri ke Pangkor pada jam 1.45pm, perjalanan dari Jeti Lumut ke Pangkor mengambil masa lebih kurang 45 minit atau kurang.

Selepas taklimat aktiviti, kami mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di pantai, dan ditawarkan untuk menaiki bot mengelilingi Teluk Nipah dengan kos RM10 seorang, kami tidak melepaskan peluang ini.

Pemandu bot juga memberi peluang kepada kami untuk singgah ke Pulau Giam yang berada di hadapan pantai Teluk Nipah, di pulau kecil ini, aktiviti snokelling juga boleh dilakukan. Airnya sangat jernih dan kita juga boleh melihat gamat didasar laut.

Kami juga dibawa untuk melihat formasi batu-batan yang berbentuk haiwan seperti ikan paus, buaya dan penyu disekitar pulau Giam dan Pulau Mentanggor.

Apabila senja mula berlabuh kami kebali ke Pulau Pangkor untuk menikmati BBQ di Purnama Resort, menunya ikan bakar, ayam dan sosej bersama nasi putih. Panda pun lupa menunya.

03.10.2010 adalah acara sukanneka, pelbagai acara dijalankan, Panda hanya mengambil gambar tetapi sempat menyerti acara bowling kelapa dan makan epal. Selepas acara sukanneka, acara mandi laut mengambil tempat, Panda dan rakan-rakan sempat juga merasai naik banana bot. Amat teruja. Kosnya adalah RM15/head, satu bot boleh memuatkan 7 orang.

Jam 1.45pm, kami daftar keluar dan pulang ke lokasi masing-masing. Agak memenatkan tetapi menyeronokkan. Pantai lebih membuat panda teruja berbanding air terjun. Ini menguatkan semangat panda untuk ke Pulau Perhentian pada tahun hadapan, ada sesiapa yang ingin menyertainya? Jom!

2 comments:

  1. perak memang best..marilah jalan2 ke ipoh pula

    ReplyDelete
  2. 2 tahun 8 bulan d Perak, baru jer tukar Selangor en Imanshah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com