Sunday, September 26, 2010

Gua Gendang, Pengkalan Hulu - Perak

23 September 2010 (Khamis) hari terakhir bagi program 'Coaching for Leader' yang berlansung selama 3 hari. Hari terakhir ini satu aktiviti luar telah dijalankan oleh ILKM, Jawi. Tempat yang dipilih adalah Gua Gendang di Hulu Perak. Ini adalah aktiviti luar yang pertama di jalankan oleh ILKM untuk peserta program yang dianjurakan. Biasa beku dalam bilik seminar sahaja.
Pejalanan di mulaka jam 7 pagi dari Jawi ke pengkalan Hulu, kami tiba 2 jam berikutnya. Lokasi gua adalah sekitar 5km daripada pekan pengkalan hulu ditengah-tengah ladang getah dan kelapa sawit. Terdapat kem reakiasi Gua Gedang dan Jeram Sungai Gedang di situ. Kelebihan Gua Gendang berbanding gua-gua lain di Malaysia adalah keadaannya yang masih berbentuk asal, tidak rosakkan dengan nilai komersial. Masih dalam bentuk asal.

Kami terpaksa melalui belukar dan sedikit hutan bukit sebelum sampai ke mulut gua. Pintu masuk gua amat kecil sekitar 1x0.5 meter sahaja. Masuk sahaja pintu gua, anda kan mengaruni air sedalam 3 atau 4 kaki. Airnya yang sejuk akan membuatkan anda teruja.

Gua ini terbentuk daripada laluan air sungai yang berpunca dari negara jiran Thailand. kedalaman sungai yang terdapat dalam gua ini bergantung mengikut musim. Memandangkan sekarang ini musim hujan di utra semenanjung dan selatan Thailand. Maka air Sungai ini akan melimpah hingga ke bumbung gua. Ini dapat dilihat cebisan-cebisan rumput dan batang-batang kayu yang masih segar di bumbung gua semasa kami menjelajah.

formasi batu-batuan didalam gua ini amat unik. Mungkin kerana terbentuk dari 3 jenis batuan utama iaitu batu kapur, granit dan marmar hitam. Ada beberapa formasi berbentuk binatang seperti babi, anjing, anjing laut dan juga manusia. Disuatu tempat kami berpeluang bertemu pochong dan anaknya di dalam gua tersebut (formasi warna batu).

Selain dari suasana gua yang suram dan ada disatu lokasi yang sangat gelap (dikatakan tujuh kali kegelapan malam), kami diberi muhasabah diri oleh renjer. Ala-aa amat kubur gituw... Ada pengalaman yang menakutkan kepada kami. ada 2 lokasi dimana arus sungai sangat deras hingga menghanyutkan beberapa peserta. kerana rezeki masih ada, keadaan dapat dikawal. Ada juga lokasi dimana sungainya tidak dapat dijejaki oleh kaki hingga menyebabkan kami terkandas tidak dapat bergerak selama 1 jam didalam kegelapan. Ini memaksa ranjer untuk berenang mencari akar kayu untuk dijadikan tali bagi mnyeberangi sungai di dalam gua.

Setelah 4 jam berada dalam gua yang pada waktu kebiasaannya sesekitar 2 jam, dengan perut yang lapar, kami berjaya keluar dengan hati penuh kesyukuran. Masih hidup dan tidak perlu masuk buletin utama pada malamnya. Walaupun kepenatan, bagi panda dna semua yang lainnya, ini adalah pengalaman yang sangat menakutkan tetapi manis dalam menjelajah gua yang pertama kalinya disertai oleh 35 orang peserta. Dengan baju yang lencung kami pulang ke Jawi. Sehingga hari ini, badan panda masih lagi gatal-gatal kesan gigitan pacat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com