Thursday, June 11, 2009

Dari Beijing ke SuZhou dan terus ke Shanghai

china 6-2009 506
Herb Pharmacy
02.06.2009 (Selasa) -Paginya kami ke pusat perubat herba China, disini terdapat taman herba yang luas. Siap ada rumah kaca lagi. DIsini kami diberi taklimat akan jenis-jenis herba yang terkenal dari seluruh CHina dan diproses untuk dijadikan extra atau capsul. Kami diberikan peluang untuk direndam kaki dalam air teh/herba yang hangat kemudian dapat urut kaki percuma.


Urut Kaki percuma
Setelah itu datanglah beberapa orang profesor (?) untuk memeriksa nadi dan lidah. Daripada itu mereka boleh mengesan kelemahan-kelemahan sistem badan...Rasa macam nak mati esok jer.... Harga herbanya yang direkemankan pada Pand adalah RMb600 sebotol dan kalau nak melihat kesannya kena makan sekurang-kurangnya satu set 6 botol. Kalau dah abis kena datang China lagi untuk beli herba ini. Bila Panda balik Ipoh, extrak herba yang sama harganya just RM30/botol... Nasib baik Panda tak beli. Beli kat Malaysia lagi murah, Siap ada KKM lagi.
china 6-2009 530
Bird Nest stadium
Setelah itu, kami terus ke Stadium Olympik atau lebih dikenali dengan Stadium Sarang Burung (Bird nest) yang terkenal itu. Cuma singgah untuk ambik pics jer. Lepas tu singgah ke diamond centre kat dataran Komplek sukan tu. Katanya pemilik diamond centre ni rakyat Malaysia yang rantaiannya lebih dikenalai dengan jenama Poh Kong. Siap dapat jed free lagi... Pics xder sebab xleh abik gambar kat sini. Panda sempat beli rantai Jed putih + beraneka teh yang lebih murah dari tempat Dr Tea semalam.


china 6-2009 549
Masjid Nujie
Selepas makan tengahari, kami bersolat ke Masjid Nujie iaitu masjid tertua di Beijing. Tapak asalnya di bina seja abad ke 12 lagi. Masjid ini mempeunyai seni bina China yang unik. Setelah itu kami ke Supermarket muslim. Cuma berhampiran dengan Masjid tu jer. Abis tu kami sempat pergi Shooping lagi sebelum ke Stesen keretapi Bijing untuk ke SuZhou, Bandar Sutera dan terkenal dengan Taman-taman peribadi yang indah.
china 6-2009 594
china 6-2009 1197
Stesen Keretapi Beijing
Perjalanan Beijing ke Suzhou mengambil masa 12 jam, perjalanan bermula jam 1945 dengan keretapi laju, kumpulan kami berada satu coach, berkongsi 4 orang. Best dan pengalaman yang baru, jadi kami bersembang sepanjang malam dengan makcik2 dan pakcik2 yang spoting ituw.
china 6-2009 1210
Stesen Keretapi Suzhou
03.06.2009 (Rabu) - Sampai di Suzhou kira-kira jam 8 pagi, maka mengeluhlah segala makcik dan pakcik mengheret beg masih-masing untuk turun tangga dan naik tangga. Kami disambut oleh Shanghai tour dan dibawa sarapan di vegetarian restoren. Memang tak sedap.
china 6-2009 602
china 6-2009 617
china 6-2009 634
Lawatan pertama ke taman persendirian (telah diikhtiraf oleh UNESCO sebagai warisan dunia)di bandar Suzhou, Kemudian sekali lagi ke kilang Sutera (siap dengan pertujukkan Fesyen lagi dan makan tengahari. Singgah untuk mengambil gambar di Great Canal (Terusan Agung) yang menghubungkan Shanghai dengan Beijing. Terusan ini telah dibina beratus-ratus tahun yang lalu. Selain itu, Shuzhou terkenal dengan gadis-gadis yang cantik. Kata orang tempatan lah. Perjalanan diteruskan ke Shanghai dengan mengambil masa 1 jam 30 minit.
china 6-2009 651
9 street
Setelah tido selama sejam di dalam bas, kami tiba di Shanghai dan di bawa ke 9 street. Jalan ini terdapat barang-barang jenama tetapi bukan high premium. Setaraf esprit dan Giagarno jer. Cuma Panda singgah ke Kedai cenderahati untuk Shanghai World Expo 2010. Selepas itu kami dibawa bersolat di Masjid Shanghai West City. Rekabentuknya lebih kebaratan dan berhampiran dengan pusat bandaraya Barat.
china 6-2009 661
Shanghai West City Mosque
Kemudian kami dibawa ke satu lagi tempat shooping bagi pelancung undapatkan baranag tiruan dari China. Ala-ala hebat dengan jenama sepeti Gucci, LV, Hermes dan lain-lain. Namanya Fenshine fashion & Accessory Plaza. Sempatlah Panda beli beg tambahan hasil shooping yang tak seberapa.
Setelah makan malam di restoren muslim yang 100% halal (yang lain ada jual arak) kami kembali ke hotel untuk bermandi-manda setelah lebih 36 jam tubuh ini tidah dijamah air. Hotel kami lebih baik di Shanghai, lokasinya berhampiran Stesen Keretapi Shanghai. Hotelnya ialah Holiday Inn Express (memang Holiday Inn, untuk bisiness segment). Sempat juga malam tu Panda dan Pakcik pergi ngurut tradisional Cina yang menyakitkan tapi best.

3 comments:

  1. i wish satu hari hari nanti pasti ann dpat g sana.. hehe

    ReplyDelete
  2. [b]Prestigio 4120[/b]

    Prestigio GeoVision 4120 – это современные GPS-навигаторы, которые позволят Вам добираться до пункта назначения с минимальными усилиями и затратами. Эти устройства достаточно компактны. Их можно везде носить с собой или быстро установить в автомобиле для дорожной навигации. GPS-навигаторы Prestigio GeoVision 4120 позволят Вам путешествовать легко и без ограничений, кроме того, они удивят Вас набором мультимедийных функций, что позволит Вам приятно провести время в долгой дороге.

    [url=http://info.je1.ru/GPS_002.html]Подробнее...[/url]

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com