Thursday, March 12, 2009

Bukit Tinggi, Sumatra Barat -Hari 2

My creation

Hari ke 2, 06.03.2009 (Jumaat)-Setelah tidur yang kurang nyenyaj akibat bunyi trafik yang membingitkan sepanjang malam, kami ke tempat meyewa spedaa atau motorsikal. ratenya RP75,000 untuk 24 jam. Setelah tawar menawar dapat juga menyewa motor Honda yang agak baru dengan kadar Rp65,000. Servis menyewa motorsikal banyak terdapat disni dan ia adalah kenderaan yang paling mudah dibawa memndangkan keadaan jalan raya yang sempit dan sesak di sini.
P3069656
Tasik Maninjau
Perjalanan di mulakan jam 0930 (WIB) ke Tasik Maninjau, perjalanan hanya 40 km dari pusat bandar Bukit Tinggi tetapi mengambil masa hampir 2 jam. Jalannya lebih mencabar dari pergi Cameron Higland melalui Tapah. Pemandangannya cantik tetapi tak lah mempersonakan sangat. Kami hanya berada disini sekitar 30 minit. Kalau hendak menginap disini terdapat juga resort **** seperti Nuasa Maninjau atau hotel-holet tak * di sekitar. Harga dalam Rp200,000 semalaman. Tetapi kalau Panda kat sini mesti mati kutu punyer...
P3069732
Pekan Batu Sangkar
Setelah itu, kami kembali ke Padang Luar untuk menikmati makan tengahari, nasi padang. Ditepi simpang masuk ke Tasik Maninjau, Kosnya tak setinggi semalm, just RP65,000 sahaja. Setelah itu kami menggunakan laluan Minangkabau pakej melalui Pekan Padang Panjang dan ke Batu Sangkar, Pada mulanya ingin singgah di Tasik Sengkarak, tapi kerana salah masuk jalan (ada persimpangan di sumpur), terus sahaja ke Batu Sangkar. Disini dikatakan pusat bagi masyarakat Minang. Tidak jauh dari Batu Sangkar, terletaknya Pekan Pagaruyung yang mempunyai kaitan dengan pemerintahan Yam Tuan di Negeri Sembilan. Malangnya Istana Pagarruyung telah hangus terbakar tahun lepas (?) dan akan siap dibina semula dengan menggunakan teknologi terkini. Jangkaan siap pada 2010.
P3069722
Batu bersurat di Prasasti Kubu Rajo

Kawasan ini juga banyak istana-Istana lama seperti istana Lindungan Bulan (pics utama) dan lain-lain. Tetapi tidaklah sebesar Istana Pagaruyung. Sempat juga singgah di kubo Rajo... Disini terdapat batu bersurat zaman Srivijaya atau lebih awal lagi... Nisan di kuburan ini agak unik dan besar...Almaklumlah kubur Rajo....

Perjalanan balik menggunakan jalan sungai Tarap (terkenal dengan pembuatan kopi di Bukit Tinggi) walaupun kami tidak menjumpai kedai kopi di sini. Singgah sebentar di lama untuk bersolat dan meneruskan perjalanan ke Baso. Melepasi pekan Baso, motor yang disewa pancit. Maka mengheretlah Paten termerloh motor itu sebanyak 500 meter. Waktu telah mencecah jam 1800 (WIB). Nasib kami agak baik kerana masih terdapat kedai Speda yang masih dibuka. Charges menampal adalah Rp5000 (RM1.80). Kami tiba di Pekan Bukit Tinggi dalam jam 1900 (WBI) dan sempat lagi meronda di sekitar bandar untuk mencari terminal bas, dengan harapan ke Padang esok akan menaiki bas....
P3069836
Gunung Merapi
Perjalanan dengan motorsikal agak memeritkan, walaupun ala-ala sejuk, tetapi matahari memancar terik. Hitam lah panda yang tak berapa putih ni. Tetapi ia adalah pengalaman yang agak manis dan menarik. Disamping keindahan kehijauan sawah padi yang meluas berlatarbelakangkan Gunung Merapi dan Gunung Tandikat.
Pekan bukit Tinggi taklah happening sangat pada waku malam kecuali sekitar Jam Gadang dan Pasar Bawah yang banyak menjual CD Minang (local Artis). Bagi Panda pun, bukanlah tempat yang sesuai dengan jiwa Panda ini. Rasanya lebih seronot ke Kota Baru dan lebih banyak pilihan.....

3 comments:

  1. Salam, blog awak agak menarik dan berinformasi.
    Saya dan suami juga bercadang ke sana tetapi tragedi gempa menakutkan kami. Andai ada nasihat ttg tips, hotel dan apa sahaja berkenaan bukit ting bolehlah beritahu kami di pentau_2879@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

    ReplyDelete

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com