Wednesday, December 10, 2008

Korban

PC105881
Hari ini, 10.12.2008 (Rabu) seperti yang dirancang beberapa bulan yang lalu terlaksana sudah. Semalam 09.12.208, seekor lembu jantan yang cukup umur telah sampai, dan sepanjang malam kami tak dapat tido. Entah dari mana datangnya anjing yang di utuskan telah menjaga lembu sepanjang malam. Tak dapat kami tidur semalaman. Anjing ni dok pakat2 menyalak ke lembu tur. Tapi bila aku pasang spotlight senyap lak, bangun subuh baru la berhenti menyalak dan terus menghilangkan diri....

PC105891PC105919

Program bermula pada jam 7.30am, dengan upacara menunggu peserta yang mengambil bahagian, 5 bahagian korban dan 2 bahagian aqiqah. 8.00am, upacara menumbang lembu, selepas itu breakfast nasi lemak, melapah, memotong dan siap pada jam 10.00am. Part lain lak, di dapur dengan acara menyiapkan bahan-bahan masakan. Menunya, Sup Lembu, Daging Goreng, hati masak kicap. Menu tambahan, kerabu mangga, air asam, sambal belacan, sambak kicap dan meehoon sop. Buntat gak kami. 1/3 sahaja untuk di kenduri, 1/3 untuk peserta dan 1/3 untuk sedekah.

Acara tamat, selepas membersihkan apa2 yang patut, semua tetamu balik jam 3pm. Acara diteruskan oelha kamu, tuan rumah untuk membersihkan segala periuk belanga. semuanya siap kira-kira jam 5pm. Hari unhujan...kami pun dah flat. Apa2 program pun, tan rumah yang penat Ooo. Anyway aku penat tetapi sangat seronot, lama dah nak buat program sedemikian ini, sejak aku bekerja di Seremban lagi. Setelah 4 tahun 1/2 baru la tercapai,tetapi di Ipoh.. Thanks bagi yang terlibat secara lansung dan tak lansung.

Tak banyak pics yang dapat diuploadkan, sebab 3G Celcom kat Ipoh ni makin teruk dan teruk, macam kat KL gak.Klu berterusan macam ini, aku terminate 3G ni baru padam muka aku. lepak kat vanggey tiap2 hari update blog. Xdapat la RM68 dari aku Celcom Ooooik!!!

Esok petang akan memulakan perjalanan ke PulaiSpring di Johor Baru. Trasit KL semalaman, penat hari ini tak abis lagi, sok nak drive lagi. Banyak tempat perlu di singgah. Antaranya Shah Alam dan Seremban nak abik passanger:-)

1 comment:

  1. Tahniah di atas blog U ni. Saya suka photografi , gambar-gambar dan cerita-cerita asli yang menarik.
    All the best!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My World Travel....

my world traveller...
Make yours @ BigHugeLabs.com
Make yours @ BigHugeLabs.com